Nuffnang

Sunday, August 22, 2010

sengih2 macam kerang busuk! Err... tapi bukan semua kerang itu busuk oke.

Err, sekejap.

kerang tu busuk kah?
kenapa kalau suka sengih2, orang akan kata 'macam kerang busuk'?


Semalam keluar, sambil2 bayar bil broadband tu, singgah di satu pasar raya ni. Satu2nya yang ada di tempat saya. :) Lorrh? Sambil membimbit dan berlenggang di tempat makanan basah tu, tiba2 nampak kerang yang dah siap direbus ni. Comel je dia bertenggek kat situ.


Belek2 tengok, sikit je ni. Em, kalau dah sikit macam ni rasanya tak jadi masalah. (Siapa cakap?) Err.. dah berkira2 jugak. Nak beli ke tak nak. Beli ke tak? Haih, bukan apa. kalau nak selalu saja mulut sedap tapi badan yang sengsara takdok guna juga kan.

Teringat pulak orang tua2 cakap;
makan sikit tak apa, yang sikit tu la jadi penawar.
Hee.. ada ke?
sudahnya, malas nak pikir2 lagi. Dah makan baru tanggung ye.

Jadinya, hari ni untuk berbuka nanti, saya dah siap masak kerang berempah. Macam masak merah tu, cuma tambah serai, halia dan belacan.

Ini dia.. tapi warna tak cantik sangat sebab saya cepat je tambah lada mesin tu. lupa nak tanya bonda mana letaknya cili kering. kalau letak cili kering tu lagi berseri merahnya ya.

Emm.. berangan teringat pula berpuasa di bumi Tg Malim dulu2. kat bazar Ramadan tu selalu aja ada kerang ni. RM 2 baru cetet et je. Mahalnya.. tapi takpelah, bukan selalu pun boleh makan kerang ni. Jarang2 tak salah kannnn? Hari ni, 12 Ramadan masak biasa2 je. Semalam pun masak biasa2 jugak. Tapi lastnya penuh jugak meja tambah menu yan dibawa kekanda.

Ingat ye, masak biasa2 je. Jangan sedap sangat.

Pagi tadi lepas sahur saya siap pesan dekat bonda lagi. Bonda tak payah la masak sedap2 sangat2. barulah saya ni tak tergoda nak makan nasi. Haih, boleh pulak ye pesan siap2 kat bonda macam tu. Hari ni janji nak makan nasi satu sudu je dengan sambal kerang berempah tu.

Selamat berbuka!


4 comments:

Arif Dzulkifli said...

ari tu gi make colek kere..tp gak isi, ya rabbi, celeh jah..xngapuh,celoh gigi pun xlekat..hahaha

*kalau xphm sila angkat tangan!

Mawar Maizza said...

haha. baru ku tahu. itu kamu ciplak dari mana2 or kamu mmg penutur sejati yorke? paham bebenor.

waah. colek kere meme sedap tuh. lagi jeliro kalu hirup skali ngan air kuah dia tu. hehe.

yorke, pilih kere gemok2 sket. barulah isi banyokk.

Arif Dzulkifli said...

ak pkai google translate..hahaha

Mawar Maizza said...

expert menggunakan google secara maksima. TAHNIAH. :)