Nuffnang

Wednesday, July 29, 2009

UPSI isyhtiharkan cuti segera.. H1N1..


huu.. hari ini kaku di bilik.. malam td upsi umumkan hari ini semua pljr dikuarantinkan.. ada beberapa kes yang di suspek H1N1.. dan semua kelas dibatalkan.. yahuu.. mula tu agak seronok la.. sebab kelas pukul 8 dah terkecuali.. hehe.. tapi yg seronok dah bertukar kalut.. semua duk menunggu kata putus.. agak2 macam cuti. tengahari tadi dapat pengumuman lagi.. akhirnya:

UPSI diisytiharkan cuti sehingga 9hb Ogos 2009..

cuti seminggu? maknanya? dah termasuk cuti pertengahan semester yg di awalkan. huhu.. tiket dah pun dibeli utk cuti mid sem.. 'burn' lah lg. dah dgr pengumuman tu, semua sudah menyerbu kaunter tiket balik kampung.. beratur panjang.. aku? aku masih lagi di rumah ni.. sibuk 'call' sana.. 'call' sini.. tanya perkembangan.. hehe. mcm YB dah gayanya aku.. (ngeh3).. ingat nak aje angkat kaki terus malam ni.. tapi tak bolehhh... ada perkara yang perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang ni..

saat ini, sudah buat keputusan.. malam ni berangkat ke KL dlu.. pagi esk ke Perpustakaan Orang Asli Gombak.. buat apa ke situ? orang lain sibuk nak balik kampung kan.. aku kena segera kumpul bahan untuk tesis sebelum bercuti panjang di kampung... sekurang2nya, tidak la aku goyang kaki kat umah nanti.. dan malam esk trus berangkat balik Besut.. yes!yes! balik kampung.. (patut ke yes2 mcm 2?).. huuu..

kisahnya H1N1? huhu.. sibuk cerita perkembangan diri aku.. hehe.. maklumla, terlalu gumbira nk balik kampung ni.. hanya mampu berdoa semoga tdk ditimpa sebarang tanda2 tersebut.. semoga kita bebas semuanya dan sihat hendaknya.. kpd yang ada tanda2 spt demam, selesema & batuk2 tu.. cepat2 la rujuk ke klinik ye..

...Salam Balik Kampung...
(+_+)


Sunday, July 26, 2009

entry khas: RIZQI SALADIN


*******


malam ini.. kesunyian sedikit menyelubungi diri (cheewah)... intro yang mungkin takde kaitan dgn tajuk kat atas tu.. tapi mungkin juga ada relevannya.. teringat-in
gat pada budak kecil yang comel kat umah.. anak saudara yang mendapat nombor giliran ke-28 antara sepupu2nya.. ;).. 28? ya.. 28.. tahniah buat abang dan kakak ipar terutamanya yg selamat melahirkan bayi lelaki, seberat 3.44kg.. Nama diberi Rizqi Saladin.. Rizqi Saladin? pertama kali mndgr nama itu, tertanya jugak. apa istimewanya nama itu. pada aku, sedikit unik lah nama yg diperkenankan tu.. tapi dia punya alasan tersendiri. ya, anak itu pemberi rezeki. ada kisah disebalik tu. berkenan betul dia pada 'Saladin' itu...

Alkisahnya nak diceritakan.. abg aku ni sungguh lah 'excited' menunggu kelahiran Saladin ini. yelah, anak sulung. kebetulan waktu tu aku sedang bercuti.. cuti semester.. awal2 lagi dah tempah aku untuk turut sama menyambut kelahiran Saladin ini. dalam erti kata lain, aku telah dilantik untuk menjaga kakak ipar akulah sms di hospital nanti. huhuu.. bersalin di Pusat Perubatan Pantai, Cheras... pagi 18.06.09 aku sampai di hentian putra.. kakak ipar pun dijangka bersalin pada tarikh itu.. Rizqi Saladin ini terpaksa dilahirkan scr pembedahan krn sdkt mslh. lama menunggu 'jalan' terbuka. Saladin tak juga nak keluar2.. ;) akhirnya.. pd jam 2.33 ptg itu, dgn selamatnya Rizqi Saladin dilahirkan..

masih simpan mesej abg aku yg terlalu gumbira pd waktu itu;
salam. nor dah selamat melahirkan baby lelaki pada pukul 2.33 ptg. berat 3.44kg. Comey macam ayah dia... (Aduhh.. sempat lg dia tulis ayat yg terakhir tu..)
tahniah..tahniah...tahniah.. selamat menjadi ayah yang baik..

lima hari di Pusat Perubatan Pantai Cheras, seterusnya menemani kakak ipar berpantang di rumahnya di KL. tak dapat nak balik terus ke kampung.. yelah, luka pembedahan amik sedikit masa untuk sembuh.. lagipun kena sedikit sembuh utk tempuh perjalanan berjam2 balik ke Besut.. tapi Rizqi Saladin memg hebat.. ms dlm kandungan sudah keliling Semenanjung Malaysia. ikut mummny n daddynya konvoi Superbike.. hari ke 13, Adin balik Besut. semasa di KL itulah, aku terpaksa jadi 'ibu segera'. hehe.. ape maksudnya tu? pengalaman yg sungguh berharga. mana taknya, anak saudara yang seorang nilah bagi peluang pada aku merasai mcm mana perasaan menjaga baby dr umur sehari. sebelum ini pun aku 'kekok' utk pegang baby yang terlalu kecil.. bukan boleh pegang mcm baby yg dah besar tau! tapi demi Saladin, Cik Su biasakan la jg. akhirnya? yess.. berjaya jd ibu segera dgn jayanya.. hehehehe... seronok.. sampaikan tdk sbar nak rasa pengalamn anak sndr pula. (hik3)..

ok.. waktu ini kakak ipar sedang berpantang di Besut.. ye, umah aku.. sebab itulah, betul2 menggamit fikiranku untuk balik kampung.. rindu pada RIZQI SALADIN.. jom lah layan gambar Rizqi Saladin ataupun nama manjanya Adin..


********************************************************

..Adin dlm nursery..





..Elok je Adin minum susu.. dlm perjalanan balik Besut..


..Adin dlm pelukan mummy..

abg aku. yg kini dh jd daddy.. mummy peluk Adin..


mana aku?



..tetap manis memangku Rizqi Saladin..

Saturday, July 25, 2009

La Tahzan >>>



alhamdulillah, akhirnya berpeluang memiliki sebuah buku yang sudah lama menjadi idaman.. LA TAHZAN.. terima kasih pd abg yang sudi memberi peluang ini untuk aku. siapa yang tidak kenal dengan hasil tulisan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni bukan? memiliki buku ini membuatkan aku sungguh gembira sekali.. mungkin sesuatu. malah lebih dari itu yang aku perolehi. waktu terluang, pantas saja tangan aku membelek, membaca, merenung dan berfikir daripada setiap ayat yang aku baca.. sungguh setiap hasil tulisan ini, bab2 yang terkandung di dalamnya membuatkan aku berasa tenang. santapan rohani yang melahirkan suatu perasaan tenang dan yang pentingnya membuatkan kita lebih bermotivasi! ingin saja selalu berasa dsamping buku ini..

memetik kata penulis;
Buku ini akan berkata kpd anda: "Bergembiralah dan berbahagialah!" atau "Optimis dan tenanglah!" Bahkan dia akan mengatakan kpd anda: "Hiduplah dengan kehidupan sebagaimana hidupnya kehidupan itu sendiri, dengan kebahagiaan dan kerelaan yang membuat anda selalu hidup gembira." Buku ini membimbing anda agar tdk terus-menerus melawan arus kehidupan, menentang taqdir, berseteru dgn manhaj, dan mengingkari bukti2. lbh drp itu, buku ini mengajak anda melalui ruang yang sgt dekat dari diri anda sendiri, melalui sisi roh anda agar selalu merasa tenang demi kebaikan perjalanan hidup anda,percaya pada kemampuan diri, mengembangkan potensi, serta melupakan kepahitan hidup, sesaknya perjalanan usia dari beban perjalanan kehidupan...

aku sepenuhnya menyokong kata-kata penulis, bahawa: setiap kali mengulangi pembacaan buku ini seolah-olah terasa baru membacanya! Oleh itu, bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan JANGAN BERSEDIH!


...Syukran Ya Rabb...

berkorban demi cinta



bermula gemilang cahaya

petunjuk pimpinan yang Esa
menempuh jalan hidup di dunia

cabaran yang silih berganti

dugaan mematangkan diri
mengajar erti hidup ini...


berjuang berkorban demi cinta
suka dan duka suratanNya

mengenal makna jalan bahagia

masa yang silih berlalu

semakin hampir saat itu

Ya Tuhan tunjukkan

moga selamat bersamaMu...


biarpun bersama kekurangan
namun bersyukur kurniaan Tuhan
iman di hati sabar menjadi pemujuk diri

denganMu kupunyai segala

takkan be
runtung seisi dunia
limpah kurniakan petunjuk bantuan
tempuh hari yang mendatang...

semoga sisa hidup ini takkan terbuang lagi
setiap detik masa dalam amalan jua

jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan...


semoga dengan ini jambatan menemui
cinta yang sejati itu yang abadi..

berjuang mencari iman taqwa
perisai menempuh pancaroba
penentu tempat rahmat bahagia

seiring teman dan saudara

pimpinan tauladan baginda

Ya Tuhan bantulah moga selamat selamanya...


waktu2 begini, layan lagu nasyid sebegini sungguh lah enak.. buat santapan jiwa dan rohani.. semoga kita kan sentiasa beroleh kasih sayang dariNya. Amin.. ;)



Thursday, July 9, 2009

demam

Salam untuk semua.. ;)

..DEMAM..
tiada 'mood' untuk menulis..
sungguh tak larat utk beberapa hari ni.. asyik baring je kat katil.
baring..tidur..makan ubat..stok ubat pun banyak tuu..
moga2 cepat la sembuh... huhu..
permulaan sem yang agak kurang seronok..
terperap je kat bilik..huhu.. tolonggg!