Nuffnang

Wednesday, October 27, 2010

Bila sampai waktunya, dia layu juga.......

Saya kebosanan ni....

tolong!!!

Bosan juga kan kalau duk mengadap benda sama tiap2 hari? Saya memang cepat bosan @ cepat jemu dll dgn sesuatu benda. (bahaya neh). Cari-cari gambar dalam kamera, jumpa muka bunga ni. Jadi, rasa nak tempek dekat sini sebagai kenangan pada masa akan datang. Bunga yang dapat masa konvo hari tu dah kering. tapi masih cantik oh. Memang akan cantik sebab pembalut tu saya tak tanggalkan lagi pun.

waktu segarnya dia mekar kembang.......


Sampai waktunya, dia sudah layu dan kering....



tink***
tiba-tiba





Cantik kan. Ada aura.


Saya sepatutnya layak diberi anugerah sebab berjaya update dua rumah dengan lajunya.. (waah, apakah bahasa ini? berbelit-belit sangatkah?)

;)


bakal guru


Entri penuh makna.

Tadi, saya ON mukabuku. Jumpa 2 artikel yang dikongsi oleh kawan2 di mukabuku itulah. Rasa macam tertarik untuk kongsikan disini. Sebenarnya malas juga nak kecoh2 tentang isu ini walaupun dalam hati Tuhan saja yang tahu kan. Saya tak terkata. disebabkan sudah macam 'muak' menantikan tarikh sebenarnya untuk penempatan itu, kalau2 ada orang bertanyakan tentang itu pun saya dah tak ada perasaan untuk memberi respons.

Cuma sekarang, saya hanya duduk bersenang lenang di rumah. Goyang kaki dan disara sepenuhnya oleh bonda&ayahanda. Mungkin itu lebih bagus. Apapun, saya hanya mampu berpegang pada kata bahawa 'setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya.' iya! MUNGKIN. itu ayat orang pasrah. hehehe.

Saya paste kat sini beberapa perenggan yang dipetik ye?

...Kami tidak menyalahkan pihak GSTT tetapi kami mohon KPM membuka mata dan melihat dari segala aspek adakah patut sekali lagi graduan pendidikan diketepikan setelah pelajar IPG, KPLI, DPLI dan kini GSTT didahulukan? Rata-rata graduan pendidikan yang menceburi bidang ini adalah melalui minat yang amat mendalam dalam bidang perguruan sehingga sanggup berhempas pulas menamatkan pengajian kami selama 5 tahun bagi pelajar lepasan matrikulasi, 6 tahun bagi pelajar lepasan STPM dan 7 tahun bagi pelajar lepasan diploma untuk menggenggam segulung ijazah berTITLE PENDIDIKAN. Setelah itu kami sekali lagi diuji dengan ujian INSAK dan TEMUDUGA dan apabila kami melepasi cabaran-cabaran yang diberikan wajarkah sekali lagi kami disingkirkan? Dimana keadilan buat kami graduan-graduan pendidikan?...

DAN

...Menurut pihak tersebut, sebab-sebab pembekuan itu adalah ekoran ekonomi negara yang agak teruk sehingga tidak mampu untuk menampung gaji guru-guru baru. Bagaimanapun, kerajaan cuba menutup kelemahan itu melalui Timbalan Menteri Pelajaran, Muhd Puad Zarkashi yang mendakwa kononnya masalah penempatan ini terjadi ekoran wujudnya lambakan guru di IPTA tempatan. Walhal, Muhyiddin Yassin kira-kira setahun lepas pernah menguar-uarkan bahawa berlakunya kekurangan guru khususnya guru lelaki sehingga mencapai angka ribuan (melebihi sepuluh ribu). Adalah mustahil kekosongan itu telah dipenuhi dalam masa setahun. Sehingga kini, belum ada pihak khususnya dari pemerintah BN yang mengakui masalah ekonomi sebagai punca pembekuan tersebut.
..

.
.
.
.
.

Untuk lebih lanjut, boleh ke link ini;

*Graduan pendidikan IPTA mohon perhatian
*Masalah penempatan guru


p/s: duduk di rumah lagi best lah! 24 jam mengadap lappy. bahagianya~
haha



Monday, October 25, 2010

intai sahaja



Motif?
Mengintai dari sudut kamar...



Intai juga baju2 sekolah zaman dahulu kala. Kalau jumpa, ON kan sahaja. kalau tak jumpa, harus dipertimbangkan. kalau ada pun, dah sah2 tak cantik kan. Saya kan rajin pergi sekolah. Rajin pulak tu basuh baju! ok. ok. saya tak boleh lebih2 disini. :)



Sunday, October 24, 2010

penghargaan buat dua insan hebat!

Moga tajuk sudah dapat mentafsirkan segala-galanya..


Istimewa buat dua insan hebat ini.. Bonda & ayahanda saya!

Terima kasih atas segala pengorbanan kalian membesarkanku dengan penuh kasih sayang, perhatian yang tak berbelah bagi, layanan baik atas setiap permintaan si puteri bongsu ini. :)
DAN.. segala2nya. Memang tak terucap dan takkan dapat ku tulis setiap inci jasa dan perhatian kalian terhadapku. Umur 24, saya berjaya menggenggam segulung ijazah. Hadiah buat bonda & ayahanda. Saya sentiasa perlukan doa bermakna dari kalian untuk terus berjaya pada masa akan datang. Dunia yang pastinya penuh dugaan berliku. Doakanku menjadi anak solehah.. dan berjaya di dunia dan akhirat pastinya.

Saya akan jejak langkah ayahanda menjadi seorang pendidik! Walaupun tugas dan galas seorang pendidik sekarang ini dipandang sepi oleh sesetengah pihak, namun jika hendak ditafsirkan betapa bermaknanya tanggungjawab itu, pasti tak termampu. Saya pegang setiap amanat dan semangat itu. Pasti!


ikhlas;
puteri bongsumu...


cerita konvokesyen

.


Salam dan hai semua..

Fuhh. fuhh. ambil nafas sikit untuk update blog ni. Rasa macam lama aje saya tak masuk sini. Banyak sangat kerjanya ye? tiada update selepas balik dari konvo tempoh hari. kekangan waktu selalu mencemburui saya. Tapi, apapun saya masih disini. di teratak bonda & ayahanda saya. mengisi waktu berbakti kepada dua insan hebat ini! sementara belum dipanggil oleh KPM untuk ditempatkan di mana2 sekolah. Sebenarnya... saya sedang giat bertamu di rumah baru. Impian bakal terlaksana. nanti saya kongsikan.

Cerita konvokesyen....

Alhamdulillah, selesai dan selamat segalanya. Hampir seminggu menghuni Kolej Harun menunggu hari konvo. itu pun, rasa macam tak cukup. Kalau boleh nak tambah lagi seminggu kan. Boleh jalan2 ke sana, ke mari. Haishh, duit tak banyak ok. Jadi, segala aktiviti jalan2 dibekukan. :) Tunggu kerja.. baru boleh pergi ke mana sahaja! Lagi halal, bersama suami tercinta. Tunggu saat itu.

Hari bahagia diraikan bersama rakan2. Hanya kekanda saya, Saiful Haizan dan kakak ipar serta tunang tersayang hadir bersama. Walaupun tanpa diraikan oleh bonda & ayahanda pada hari itu, tapi jauh dari itu saya tahu mereka selalu mendoakan yang terbaik buat saya! Bonda & Ayahanda tak berapa sihat, jadi elok saja saya usulkan pada ayahanda wakilkan saja kepada kekanda saya di Kuala Lumpur itu. Apa pun, setiap langkah saya di atas pentas keramat itu diiringi doa dan harapan mereka berdua. Pasti! Gambar banyak kan? hehe.



Selesai istiadat, terus pulang jubah sebelum balik. Mujur kaunter pemulangan buka, dan terus ambil transkrip. Keesokannya, balik ke Besut bersama Encik tunang. Terima kasih juga buat si dia kerana sudi hadir dari jauh nun. Janji tetap dikotakan. Cayala.... :) Sejambak bunga mawar merah dari dia. Sekarang ini yang tengah tunggu kering. (Memang dah kering pun..) Tunggu mawar merah seterusnya pula di di hari bahagia nanti.


Sudi tak nak tengok wajah2 bahagia saya di hari konvo? Silakan.. bismillahirrahmanirrahim. :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





abg zan & kak Nor & Adin. Saya dapat daisi dari mereka. Terima kasih..

2 bear dari adik Faa & Raja. :)

Bersama Haini.

Akhir sekali.. terima kasih buat semua yang meraikan. Tahniah buat semua graduan UPSI khususnya Pendidikan Bahasa Melayu. Semoga cemerlang dalam bidang perguruan nanti.. insyaAllah...



Wednesday, October 13, 2010

hari dinanti sudah tiba


**update secara pantas

Sengaja curi masa sekejap. Sebenarnya tengah berkemas2 juga ni. Petang ini saya berkonvo. Tengah gementar nak naik pentas! Tipu.. ibarat kata penolong pendaftar yang beri taklimat semasa raptai semalam... "Seorang cikgu hatinya mestilah ibarat laut. Campak air sirap pun tak ada kesan apa..." (lebih kurang la). Ok. hati ibarat laut.

Jam 2.30 petang di SITC.

Gambar akan ditempek kemudian. :)

Saturday, October 9, 2010

Makan makan




Jumpa balik beberapa orang kawan malam tadi. Makan2. walaupun perut sebenarnya dah agak penuh masa tu, tapi oder juga sepinggan char kue teaw. tapi sayang, tak berapa selesa masuk tekak. Saya dah teruja dengan air jagung Tanjong Malim. Milo cincau, jagung cincau, anggur cincau! uhhh. sangat mengancam.




Dapat juga habiskan beberapa kerat jam saja dengan si Haini ni. terselit pulak tragedi sandal vincci nya yang hilang. Baru masuk rumah tak sampai sejam agaknya dah lesap. Mungkin tak ada rezeki hari tu. :) Kat bawah ni muka tengah risau kena balik kaki ayam. :))

Dengan cik adik Faa. Itu tangan Faa. Kat kedai makan pun ada lesen cik adik manis. :)



*******

(Sabtu...)

Pekan Tanjong Malim sebenarnya tak da apa yang istimewa sangat pun. Sebuah pekan kecil yang biasa2 sahaja. Langsung tak segah bandaraya Kuala Lumpur pun. Tapi pasar malam sabtu ni memang jadi tempat paling seronok untuk cari makanan2 sedap. Ibarat boleh masuk tekak orang Kelantan la. Dah namanya pelajar Upsi kat sini pun kebanyakannya dibanjiri orang2 Kelantan kan.

Sempat jalan2 sekejap cuci mata dengan adik Faa ni. Beli lagi kain pasang sama corak. kenangan tu dik. Nanti tengok baju tu, ingat kak ye? keluar lepas Asar balik dah dekat Maghrib. tiba2 rasa macam student lagi je. haihh, kak konvo boleh sama ke dengan adik kolej? :))

Belakang tu ada sikit latar belakang pekan TG Malim ye. Konon2 bangunan bersejarah dekat Melaka la tu kan. Tengah tunggu bas. Lambat sangat, akhirnya ambil teksi RM5. Bukan jauh je pun padahal. Ke pekan naik bas Upsi, sempat jugalah merasa berebut bas sekali lagi. tapi kali ni dengan penuh sopan santun la sebab sedar diri. :)



Ini yang memang ditunggu2 berbulan dah nak masuk tekak. YTF gerai abang ni sangat sedap! Selalu memang saampai 2 atau 3 menu beli. hak ni memang takkan lupa. Jadi ini mungkin yang terakhir...


Satu lagi kat bawah ni, putu mayam. tapi, kalau sebelah Terengganu @ Kelantan saya tak pasti kalau2 yang sama sebijik macam ni ada ke tidak. Sebab putu kan ada macam2. ada yang berkuah tu. Tapi yang ini, dicicah gula dan kelapa parut. Dulu tak suka pun, tapi pernah sekali rasa, terus suka. Budak2 ni kata.. itu makanan orang tak ada gigi! haha. Tapi serius, sedap wehh. Rasa jugak semulut dua nasi kerabu yang cik adik Faa beli. terima kasih dik suapkan kak. :)



Banyak makan ni! Macam2 nak makan sebelum balik. hajatnya datang sini nak diet sikit untuk naik pentas konvo nanti. tapi nampaknya... sia2lah! jadi harus pandai pose untuk nampak slim. Haha

Friday, October 8, 2010

Jubah dan pra konvo



**Blog saya update bila sempat & berbantukan lappy cik adik Faa. TQ faa!!


Ok, hari ni dari pagi sampai tengah hari barulah selesai urusan pinjam jubah, tempah gambar untuk atas pentas nanti & yang paling seronoknya mestilah sebab dapat merasmi jubah konvo hari ni! Akhirnya kan... perasaan gembira tak terucap sebab berjaya tamatkan pengajian empat tahun ini! Paling penting juga dapat rasa sarung jubah ini. (Dulu pernah juga pakai jubah ala2 konvo masa graduasi di MRSM dulu kan. Tapi masa tu saya kecik lagi, tingkatan 3!) Sekarang berubah angka itu.


Inilah jubahnya. Selempang untuk Fakulti Bahasa warna merah jambu. Sweet tak? Sebab itu baju kurung nanti ada samar2 warna merah jambu jugak. :)




Ok, cukup satu gambar dulu ye? Nanti basi! Sebab saya tak konvo lagi nih. Saya dah penat bergambar pre convo ni tengah hari tadi. Dah siap2 baling topi dah. Sebab teruja sangat la konon!



Tadi sempat jumpa kawan2 yang sama program. Tapi tak ramai sangat, sebab ramai yang wakilkan sahaja. Cuma, petang ni saya sedang tunggu kawan baik sampai dari Pahang dengan suaminya. Petang ni nak tambah rehat2. penat semalam tak hilang lagi ni. Duk sini cepat sangat dahaga. Sempat ke nak cukupkan 2 liter air sehari ni?


Rindunya!!!



Sudah


Dah sampai Tg malim pukul 6 petang tadi. Haih, sedih nak cerita perjalanan ke sini siang tadi. Sangat lain dari yg sebelum2 ini. Bas dari Kota Bharu rosak. terpaksa tunggu sehingga sejam lewat di Tanah Merah. yang itu tak ada masalah la, cuma kasihan pada bonda dan ayahanda kena tunggu lebih masa sampai saya naik bas. kali ni tak boleh tidur pun sepanjang perjalanan. Tak sampai sejam je kot saya sempat lena. Cuma rasa loya dan pening agak teruk.

Saya tumpang tidur di rumah adik serumah dulu di kolej. Masa tengah tulis post ni pun mata dah nak terkatup. badan letih. Dah mati ayat nak karang ayat panjang2. Malam ni nak pakai yang tempek2 kat kaki tu. :)). nanti saya tunjuk hasil.

Lama saya kat sini ni. Ada apa2 rancangan ke tak ye. Rasa nak mandi sungai je...

Esok ambil jubah.

Wednesday, October 6, 2010

nak yang baru~

Saya inginkan satu blog baru.
Segalanya tentang dua hati yang bakal menjadi satu.
Sekarang tengah mengumpul semangat, mengumpul bahan2 khazanah (lama benar ni).
Ada sesuatu kejutan untuk dia.
Ok, nanti dah cantik, bakal dirasmikan.

")

Selamat tinggal

Khamis esok, saya akan ke Tanjong Malim. Lagi dan lagi kan. Sebelum ni yang terakhir ke sana kira2 4 bulan lepas, ambil transkrip. Kali ini ke sana lagi selesaikan beberapa misi. Yang paling utama adalah untuk hari besar konvo nanti. Tapi, untuk itu saya ke sana seminggu awal. Sebab tarikh ambil jubah 8hb, Jumaat. Jubah tu sebabkan rasa tak ada sesiapa yg nak diwakilkan, saya ambil sendiri. sambil2 bercuti sekali. kononnya lah, saya kan kaki berjalan!


Ini kasut baru. Ah, terkilan. disebabkan kecuaian diri sendiri dapat kasut baru. ??



Dah beli tiket. Ambil tiket ke Tanjong Malim terus. Malas nak singgah2 di KL, nanti penat. Konon! Oleh kerana seorang diri, ayahanda suruh ambil tiket siang hari. Pening kepala lagi nampaknya. :(

Tak lupa... borang pinjaman jubah dan slip bayaran sekali. penting ni.

Cantik tak warna ni? Ehemmmmm~




Jumpa di sana...
Doakan saya baik2 dalam perjalanan nanti dan tiada penyakit muntah2 dan pening2.


Friday, October 1, 2010

konvokesyen


Minggu ini asyik saja bercerita tentang tragedi Oktober! Akhirnya, sebelum Oktober itu datang, macam2 penyakit datang. Tapi tak apa, ada penyakit, ada ubatnya. Iyee, dan hari ini Oktober sudah menjenguk. Ada apa dengan Oktober ini? Jawapannya mungkin segala2nya. Teka teki semakan penempatan sudah melepasi tahap pertama. Itu mungkin separuh dari segala2nya dah kan? Ada lagi beberapa bab yang akan menghiasi Oktober ini.

Ok.
13 Oktober 2010 (Rabu) ini, jemputlah datang beramai2 memeriahkan majlis konvokesyen saya, di Dewan SITC, UPSI ye? Datang dan bawakan saya sejambak bunga mawar yang segar bugar itu, tunggu di depan pintu. :) Sejambak dah mencecah RM50-60!

Dalam kepala macam2 dah rancang. Tapi buat aje belum. Yuran konvo belum bayar. Tiket ke sana belum beli. Oh, tarikh ambil jubah 8hb (Jumaat). Nampaknya hampir seminggu juga dari tarikh konvo itu. Ingatkan nak pergi ambil jubah sendiri, dan lepas tu mahu lepak2 dengan adik2 sayang di sana beberapa hari. Ini mungkin kali terakhir la kan saya boleh merasa angin Tanjong Malim lagi. InsyaAllah.

Baju konvo? Eh, haruslah baju baru kan, baru la ada semangat baru nak senyum dan nak naik pentas penuh semangat. Kasut pun kena baru ye? Alahai.. mana orang nak sponsor ni.


.
.
.
.


Sayang, terima kasih. Rupanya ada hadiah istimewa untuk saya sebab jawapan menggembirakan semalam. Hadiah terbuka pulak tu! Hurmmm.. nak mintak apa ye?



Ada sinar disitu



ALHAMDULILLAH
~




Syukur yang amat. Akhirnya penantian saya dan rakan2 lain berakhir juga di penghujung September ini. Semalam, dah tahu keputusan temuduga GST bulan Julai tempoh hari. Hasilnya, BERJAYA! Syukur tak terkata sampaikan terlompat2 di depan saksi 3 beranak. He2. Nasib la kamu yang jadi saksi itu. Tapi masih dalam keadaan sopan la sebab masa tu saya pakai baju kurung. :)

Sudah boleh tidur lena. Sudah kurang gelora di hati ini. Cuma, sekarang masih menunggu keputusan penempatan. Harap2 tak tercampak ke seberang Laut China Selatan. Harapnya dapat negeri seperti yang dimohon la. Dekat dengan bonda & ayahanda, dan dekat juga dengan 'bakal' saya itu.

Buat semua rakan2 yang berjaya, TAHNIAH. Rahsia Allah tak siapa tahu. Bersyukur lah menerima apa yang Dia telah tetapkan. Syukran~


OK. Perhatian;

Urusan penempatan adalah tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan opsyen. :)

Terengganu masih kosong lagi kan??

.
.
.
.
..
.





psss: Broadband dah kena barred. Siapa nak tolong bayar ni?
:)