Nuffnang

Wednesday, June 30, 2010

rindu pada kalian

Malam ni tiba-tiba rasa rindu. Sambil membelek2 stok gambar dalam lappy ini, gambar2 ini cukup mengingatkan saya pada sekolah pertama, SMK Pusing. Kenangan mengajar subjek Bahasa Melayu dan Geografi di sekolah yang kebanyakan anak2 didik saya adalah berbangsa Cina. kebanyakan mereka ada yang mempunyai minat untuk subjek Bahasa Melayu. Malah ada juga yang cukup menguji kesabaran bila mereka tiada langsung minat untuk itu. Hari-hari cukup sabar dengan karenah kalian.

Ada hari yang saya bawa mereka ke bilik media untuk mengajar subjek ini, mereka sangat seronok. Anak2 ini cukup teruja belajar bila ada lagu, ada permainan, ada video, ada lakonan! Tapi bukan selalu kamu boleh main2 sambil belajar. Masih ingat pada Chong Zeng Lam, 2B yg sangat nakal. tapi dia boleh baca pantun. saya masih simpan video itu., Dinesh juga yg dipaksa baca pantun. hehe. Chong Kar Weng, ketua kelas yg awal2 bila saya masuk kelas dah hulur borang kawalan disiplin. Bila habis waktu, cikgu... nak main lagi. Isk.

Minggu terakhir saya di SMK Pusing, penuh juga dengan majlis makan-makan. Jamuan yg dibuat khas untuk saya dan Haini oleh anak2 2A dan 2B. Hari terakhir ada sedikit jamuan ringan oleh guru2 sesi petang. Dan pastinya minggu2 terakhir sebegitu minggu yang penuh dengan gambar! :) Minggu terakhir juga baru saya tahu yang Nasi Lemak Ayam Golek di Batu Gajah tu sangat sedap. tapi, dah terlambat. minggu terakhir baru tahu betapa sedapnya Nasi Lemak tu. Tambah pula, waktu tu saya berpantang nasi. hampir 5 bulan berpantang.


Berkesempatan photoshoot outdoor bersama anak2 2A & 2B. Jamuan di kantin.

Bersama guru pembimbing, En. Megat Termizi.

Terima kasih buat kalian untuk majlis penuh makna ini.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eh. Eh.
hari ni bila tengok balik gambar yg sebulan lepas ni, rasanya dah lain sikit. dah kurang pantang di rumah ni. hehe.



Seksa juga hidup penuh pantang larang ni.



menunggu 'beautiful'


Anda sebenarnya memiliki sesuatu yang paling INDAH dalam dunia, iaitu badan anda sendiri. :))


e-GST

Sedar tak sedar hari ini sudah penghujung bulan Jun! Sekejapnya.. (pinjam jari jap...) Rupanya dah sebulan lebih saya tersadai di teratak ini. Masih belum ada apa2 perancangan. Cuma yang pasti, beroleh ketenangan jiwa disini. Baru sahaja selesai mengemaskini borang e-GST di www.emoe.gov.my. Mengisi borang untuk temuduga. Jadi, buat seterusnya ini, saya menunggu panggilan temuduga dan seterusnya bersedia untuk penempatan di mana-mana sahaja. Moga2 dipercepatkan rezeki itu.


update

Ohhh!
kosongnya?
Rasa macam bertahun meninggalkan rumah saya ini tanpa berpenghuni.
Hari ini saya mula nak jadi rajin.
.
.
.
.
.
.
.
Harap2 jadilah. :)


Rasanya tak siapa kisah kalau rumah ini sepi pun
sebab 'rumah' ini cerita separuh milik peribadi
rumah ini bukan rumah milik seorang artis
bukan jua milik seorang rupawan
tak punya 'follower' yang beratus2 yg menantikan cerita baru setiap hari
CERITA?
Memang banyak cerita.
cerita tersendiri milik saya..
tersangat2 banyak sehinggakan tak terluah
jalan cerita yang sebahagiannya berjalan sendiri
tanpa SKRIP
ada yang tersimpan rapi
ada yang terzahir
ada yang tak terzahir

ok.ok.
Saya janji saya rajin.

Monday, June 21, 2010

ikatan 11Jun 2010

11 Jun 2010 (Jumaat)
Terima kasih buat kalian semua
Kalian yang sangat2 saya sayang..
Bonda, ayahanda, kekanda2 dan seisi keluarga
majlis sempurna pada hari itu dengan adanya kalian...




Alhamdulillah... :)
Saya menerima takdir Allah yang membawa saya ke tahap ini.

Tuesday, June 1, 2010

kembali


Hari berganti hari.. bulan berganti bulan. Pejam celik hari ini sudah 1 JUN 2010! Tapi disebabkan kekangan ruang dan masa, semacam ada banyak kisah yang tertinggal di mawar terindah ni... Sebenarnya, dilanda kemalasan untuk menulis! Episod di Batu Gajah sudah berakhir. Kini kembali menyambung waktu keemasan di teratak Bonda & Ayahanda..

SMK Pusing saya tinggalkan pada 14 Mei 2010, hari Jumaat. Genap 14 minggu menjalani latihan mengajar dan 2 minggu menjalani ROS disitu. Hampir sebahagian tahun 2010 saya habiskan di Batu Gajah. Segalanya cukup manis untuk dikenang sampai bila2. Menimba pengalaman di sekolah pertama.. Malam 14 Mei itu juga, saya tinggalkan Batu Gajah. Ayahanda menjemput dan membawa pulang segala barang2. Alhamdulillah, selamat sampai di Besut pada 15 Mei.

Sekarang? Masih bersama keluarga. Belum ada apa-apa perancangan...