Nuffnang

Tuesday, June 1, 2010

kembali


Hari berganti hari.. bulan berganti bulan. Pejam celik hari ini sudah 1 JUN 2010! Tapi disebabkan kekangan ruang dan masa, semacam ada banyak kisah yang tertinggal di mawar terindah ni... Sebenarnya, dilanda kemalasan untuk menulis! Episod di Batu Gajah sudah berakhir. Kini kembali menyambung waktu keemasan di teratak Bonda & Ayahanda..

SMK Pusing saya tinggalkan pada 14 Mei 2010, hari Jumaat. Genap 14 minggu menjalani latihan mengajar dan 2 minggu menjalani ROS disitu. Hampir sebahagian tahun 2010 saya habiskan di Batu Gajah. Segalanya cukup manis untuk dikenang sampai bila2. Menimba pengalaman di sekolah pertama.. Malam 14 Mei itu juga, saya tinggalkan Batu Gajah. Ayahanda menjemput dan membawa pulang segala barang2. Alhamdulillah, selamat sampai di Besut pada 15 Mei.

Sekarang? Masih bersama keluarga. Belum ada apa-apa perancangan...

2 comments:

Naurah said...

okeh,nnti bila konvo bgtau ek. akak nk dtg sana jalan2 bwk aisya jmpa mama ija

mawar @};--- said...

hihi. seronoknya dapat jadi mama ija. nanti jumpa aisya nak cubit pipi die yang comel tu. x puas tgk gambar. Akak, konvo i'Allah bulan 10 ni.. Mishh u. kim salam A.Zaidi deh.