Nuffnang

Thursday, May 6, 2010

pra perpisahan: laksam oleh cik mawar


Ini sambungan kisah tepung beras cap gelang tiga yang tak jumpa. tapi akhirnya diganti dengan tepung beras cap teratai.

Semalam, berkampung di rumah dila dan ina. Memasak laksam yang pada awalnya permintaan kak shikah, cekgu di PUSING itu. Setelah berbasa basi, akhirnya pada hari itu jadi konon2 majlis pra perpisahan buat saya dan haini, cekgu praktikum di sini. Menu utama laksam. Ini kali pertama masak laksam tanpa ada bonda disisi. (hehe...) Kalau sebelum ni hanya tolong2 bonda di dapur sahaja. Kali ni terpaksa jadi ketua chef. Tapi, walau apapun, berpuas hati sebab menjadi. Alhamdulillah. Risau juga kalau2 bancuhan tepung beras tu tak menjadi...

Hampir 4 jam menyiapkan menu ini. dibantu penolong chef: haini, dila dan ina. Lama juga bersauna di dapur dengan wap 2 kukusan itu. Bakar lemak. hehe. JOm layan gambar.

laksam sedang dikukus

hasil gulungan dan juga yang sudah dipotong bulat2.

yang ini kuah laksam (ikan, santan, bawang merah, putih, halia, lada hitam, asam keping, garam secukup rasa)

comel2 laksam ni.. :)

ini pula ulam untuk dimakan dengan laksam tadi. bawa ke sekolah, ada cekgu yang gerun bila tengok belacan tu hidup2 saya bawa ke sekolah. tanpa dibakar atau digoreng. hehe

*
*
*

Jamuan bermula:
Mujur tekak orang perak boleh terima makan laksam ni.
Ada yang cakap sedap.
Ada yang minta resepi.
Ada juga yang suruh buat lagi sekali sebelum balik terengganu.


Lega. Puas hati. terima kasih sebab sudi makan.
hehe


6 comments:

mawar @};--- said...

resepi kak ti.. hehe. x lupa pada pemberi resepi.

zulkbo said...

salam mawar..
sedapnya..laksam..
kegemaran ku..
nak carik la lepas ni

mawar @};--- said...

zul, nak rasa laksam sedap pegi kelantan ye. hehe. memang sedap dan kaw.

connie said...

Cikgu yang cantik , saya rindu akanmu sangat..haha..Laksam yang cikgu buat sangat sedap..Tak kan saya lupa rasa tu walaupu cikgu dah nak tinggal sekolah ini....

::ienafazlyna:: said...

lame tak mkn laksam nie

mawar @};--- said...

connie, jumpa kamu jejak cikgu. cikgu rindu kamu juga.. belajar rajin2 ye..

iena, jom makan laksam. saya belanja.. :)