Nuffnang

Tuesday, April 28, 2009

.awan indah.


Sejuk mata memandang keindahan yg Tuhan jadikan..

dari satu sudut tingkap yang strategik ini..
sempat aku rakamkan keindahan yg x puas untuk dinikmati..
sungguh cantik. indah. begitu harmoni.
subhanallah...
Cuba kita renung sejenak akan keindahan alam ciptaan Allah..
Tiada tadingan, tiada tolok bandingnya..
terpegun kan? Masya Allah..
Maha Suci Allah.. Segala puji-pujian bg Allah..
Tiada Tuhan Melainkan Allah.. ALLAH Maha Besar..




"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata. "Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka". (Surah Aali-Imran: ayat 191).

"Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang2 yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka". (Surah Al-An'am : Ayat 1).

"Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji". (Surah Luqman: Ayat 26).

Monday, April 27, 2009

bakal berakhir?


Masih ada lebih kurang seminggu lagi sebelum semester ini berakhir.
maknanya juga, dalam ruang waktu inilah juga saat2 aku bakal berakhir di kolej tersayang..
huhu.. sem depan dah tak duduk kolej..
sayang pulak rasa.. sudah 6 semester saat2 pahit manis terakam disini..
6 semester menginap di kolej..
dan akhirnya.. sem 7 aku terpaksa akur pada 1 keputusan..
huhu.. pindah keluar ke bahtera tarrace..!
penghidupan baru. suasana baru. sesuatu yg baru. pada semester hadapan..

* * * * * * * * * * * * * * * *

12 April 2009 -9.30pm-
turun je dr bas.. ( baru balik dr KL )...
hp bising2.. kak ma rupenye call, x henti2..
ingatkan kenape.. pas2 masuk je pintu kolej..
dah.. nmpak kak ma ngan cik 'abe' die tersenyum2..
kak ma dah kalutt...
"JAA! kite tak dapat kolej"
aku? muka slamber lagik... tp senyum pun dah kelat.. hee~
"Yeke....? Haini dapat? Fara?"
dalam hati (mintak2 la tak dapat jugak)..
jahat tul.. hehe.. sebab nak suruh diorang sama2 kluar kolej.. ;)
Haini: "Jaa! aku pun tak dapat la.."
(hehe.. alhamdulillah)
cuma Fara je masih ada rezeki di kolej ni.. huuu~

-13 April 2009-
.dah pegi tempah umah bahtera terrace.
deposit RM100 (adoii.. melayang lagi duit hujung2 sem ni)
sewa utk 1 sem RM 720..
mahal la jugak bg org yang x mampu mcm aku ni..
duk kolej kan lg jimat..
duit yang berbaki masih boleh beli baju, kasut, beg... (mcm2 lg la..)
tapi.. sem depan nak kena jimat sikitt.. huu~

..KHAR..


-Inilah kolej tersayang a.k.a Kolej Harun Aminurrashid.. ;)-

DAN

..yg kat bawah ni pulak Bahtera Terrace yg bakal didiami..


..rumah teres dua tingkat..
rumah ni pun comel kan.. x kurang la jugak..
gambar ni diambil dari satu sudut tingkap aku..
hari2 menikmati pemandangan serupa ini dari aras 4~
dan hari2 jugak sibuk duk melihat ragam2 manusia dari sudut yg comel ini.
dan juga pernah lihat dr tingkap ini 'seseorang' yg teramat dirindui..
;) ..... sape? biarlah rahsia.. hehe..
bahtera terrace ni x jauh pun..
sebelah pagar kolej je.. ngeh3..
hari2 boleh nampak..

Friday, April 24, 2009

3 yang berbaki

.alhamdulillah.
3 kertas peperiksaan dah selamat dijawab.
2 kertas geografi dan 1 kertas Bahasa Melayu.
subjek kaedah mengajar kena buat rancangan mengajar.

alhamdulillah, tapi macam tak sangka pulak dalam masa kurang lebih 45 minit tu aku mampu siapkan rancangan pengajaran.

sebelum ini, siapkan RPH untuk 'macro teaching' pun memakan masa beberapa hari. hee~

bukan apa, nak rancang pembelajaran yg menarik katakan.. ;) (bela diri)..
tu la.. buat apa pun, yang penting ada disiplin dan kesungguhan untuk hasilkan yg terbaik!

masih tinggal 3.
menghadap yang 3 itu untuk tiga hari berturut2 sangat la memenatkan.

agak penat dari segi mental.

rabu. khamis. jumaat.
dan hari ini, aku curi sedikit ruang untuk berehat sekejap sebelum berjuang lagi untuk 3 yang masih berbaki itu.

petang aku tido. rasanya dah cukup untuk 'bekal' malam ini.

lagipun stok nescafee masih ada. ubat untuk 'mata' aku.
semoga aku masih kuat untuk tempuh 3 yang mendatang itu.


.menuju.

Tuesday, April 21, 2009

.kena tinggal.

sendiri.
malam tadi keseorangan di bilik. kak wani (roomate) yang ayu tu dah balik kampung. uikss. exam pun baru nak mula dia dah angkat kaki balik kampung.. uwaa.. jeles2.. bukan apa, kak wani balik sebab ada hal yang perlu beliau selesaikan di kampung. aku? tinggallah seorang di bilik ini. tapi tak sunyi sebab ade adik2 kat rumah ni yang selalu kecoh2, bising2, buli2. uish, buli aku? tapi takpe, aku buli balik diorang tuu.. hehe..

8.13 pm.. tut..tutt... handpone kesayangan aku menjerit2.. (hp yg byk bg income kat tuan die)
..salam jaa, k wani b'tolak dah ni. kim salam semua tau.. nnti k wani bawa ole2.. study tau.gud luck final untuk jaa n bdk2 umah tau.. jgn byk stido.....

uwaa.. k wani sempat sampaikan amanat die tu. . apa lg, lg la trase aku ditinggalkan.. tadi masa salam2, aku wat biasa2 je.. padahal dalam hati ni, Tuhan je tahu.. nak balik kampung jugakk... nak je ikut masuk dalam beg tu.. (tapi muat ke?)... h
ehe... ayat yg terakhir tu, jgn byk stido.. he2, nampak sgt aku suke tido.. k wani! bosannya tinggal sorang2 kat bilik ni.. sorang2 ngadap buku. sumber inspirasiku dah menghilang untuk sminggu.. seronok stdy ngan k wani.. aku yang mengantuk pun tak jadi mengantuk... tau knp? sebab duk jaga dia time dah 'terangguk2' tu.. comel sangat tgk dia waktu tu. hehehehe... jahat kan aku.. sokmo k wani kena buli.. tapi buli yang baik2 jela.. sunyi la nak stay up sorang2... k wani tdo pun ngan buku, puas aku duk suruh simpan buku2 tu, tido elok2.. tapi mana nye dia nak dgr.. sayang katanya... rugi, kurang2 biarlah buku yang baca kite plak... ;)

time duk sorang2 ni.. bila jeling2 ke kiri, ade pulak yang duk tengok aku... ade sesuatu la kat dinding... k wani! nape tinggal 'abg' kat sini.. ehh, jap.. (abg ape?)... hee.. tak abis2 nak kenakan k wani... oklah.. sambung study okehh.. sunyi la. bila
sunyi. sepi? mata pun dah merah2.. ngantuk! tapi kena ingt pesan k wani... jgn byk stido!

antara rasional dan emosional?

.emosi terusik lagi.

ah!
duhai hati.. knp payah sungguh utk mengheret semua itu. kadang terasa diri ini kalah.. tewas? akukah itu? kalah mungkin krn mengalah. atau memang wajar aku kalah. bodohkah aku utk semua ini.. tapi pedulikan apa org kata. yg penting aku. pokok pangkalnya dari aku sendiri. bersalah kerana memberi ruang. beri ruang pd sesuatu yg mungkin tak patut untuk aku. mungkin. tapi mungkinkah? ingin sekali aku seret semua itu jauh2 dari aku. pergilah jauh dr aku.. jauh juga dari bayangan aku! malah juga dr fikiran aku. jiwa dan raga aku. krn nyata aku perlu buang segala. kerana jika itu tak mungkin buat aku. bukan hak aku. aku takkan lagi sekali2 menuntut yang itu menjadi hak aku! tak mungkin. DAN andai benar yang itu bukan untuk aku. bawalah ia jauh2..

Aku punyai satu 'hati' yang mesti aku jaga. walau sesempit mana kesempitan dan kepayahan yang aku lalui, aku cuba sedaya mungkin utk menjaga hati yang satu itu. kerana aku sedar, bukan mudah menghadapi satu realiti yang satu ini. Ya Tuhan.. Maafkan diri ini.. krn terlalu memikirkan. dan juga mempersoalkannya. hati yang rapuh ini sgt mudah goyah. mungkin byk amalan2 perlu ditingkatkan. perlu lebih dekat dgnMu Ya Tuhan. Ya! Hanya Dia Tuhan yang Satu. dan Engkaulah jua mengetahui segala apa yang terkandung dalam hati dan jasad ini. kerana hanya Engkaulah jua pemilik segala hati. Engkau mengetahui segala walau hanya sekecil zarah. hati ini mudah benar goyah. mungkin kerana sering terleka dan lalai menunaikan kewajipan aku kpdMu.. walau hanya sebesar zarah lekaku pdMu dalam mengingatiMuYa Tuhan, maafkanlah aku Ya Tuhan.. Aku bukan insan sempurna. jauh sekali untuk sempurna kerana aku bukan malaikat. aku insan yang penuh kekurangan, kelompangan, ketempangan dalam mengisi ruang2 kehidupan aku. aku adalah wanita. wanita yang sangat lemah dan perlukan bimbingan dlm meniti jalanMu Ya Tuhan. dalam menuju jalan yang diredhaiMu..

Aku, insan yang mendambakan keredhaanMu Ya Rabbi.. Subhanallah.. menitis air mata tika merasai kemanisan yg Engkau kurniakan.. Jadikanlah aku insan yang benar2 bersyukur.. bersyukur dgn apa yg telah Engkau kurniakan. Nikmat hidup yang tdk terhingga, sedarkanlah aku bahawa nyawa yg aku punyai hari ini hanya pinjaman drpMu.. bila2 masa nyawa ini boleh terpisah dr jasadnya.. terima kasih Ya Tuhan.. sedarkanlah aku bhwa semua ini hanyalah pinjaman semata2... lantas untuk apa aku terus lena begini? sampai bila? bangkitlah!

Renungilah firman Allah s.w.t . Al Baqarah: 216..
Maksudnya; kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui....


SEKIAN,
.aku puas untuk malam ni.
('_')


....
...
..
.

Sunday, April 19, 2009

'sesuatu'


Hati ini sangat penuh jua sarat dengan perasaan.. sangat sukar untukku usir 'sesuatu' yang hadir dalam mindaku.. yang mungkin jua menyinggahi jiwa dan perasaanku.. sukar untuk diterjemahkan apa yang ada dalam hati saat ini... walau mungkin hakikatnya, diri ini sentiasa menzahirkan kekuatan.. namun, ada tikanya hati ini kalah jua pada keadaan dan perasaan.. bukan mudah untuk semua tu..

Ya Rabb..
kurniakanlah aku kekuatan.. kurniakan aku ketabahan, kurniakan aku kesabaran dalam menempuh segala ujian..
tanda tarbiyyah jua kasih sayangmu Ya Tuhan..

Ya Tuhan,
terangilah jalan hidupku dgn cahaya kasihMu..

bimbinglah daku dgn hidayahMu..
suburkan jiwaku dgn keimanan...
dan jangan biarkanku tanpa arah yang pasti...
dalam menuju keredhaanMu Ya Allah..
Amin...


Friday, April 17, 2009

coklat dan emosi

- ...pilihan hati: cadbury... -

minggu lepas dpt cadbury dr s'sorg.. tima kasih... siap bg stok utk bekalan exam lg.. lagipun mmg dah paham sgt aku ni mcm mane.. hiii.. pas2 kalau tambah 'bulat' nanti jgn marah la ye.. ;) coklat pilihan hati smestinya cADBury.. rasenye memang sukar utk aku gambarkan.. bagi aku, coklat blh mempengaruhi perasaan dan juga mood aku.. sebab tu lh, waktu tensen2 skit, x salah menikmati coklat yg best sgt ni.. asalkan jgn terlalu melebihi.. tambah2 lagi waktu study exam ni, benda ni patut jadi keperluan... at least sbg penenang utk otak yg keletihan dan juga mengembalikan mood aku yg sering nak marah2 kat org sejak 2 menjak ni.. (xtau knp)... sensitif.. tapi harap2 jgn la jd t'lalu sensitif pulak.. aku jgk yg susah nanti..

Nak tahu knp?
... Nikmat yg kita rasa semasa makan coklat adlh disebabkan pengeluaran kalenjar t'tentu iaitu zat serotinin dlm tubuh kita yg dapat mengurangkan rasa sakit, meningkatkan mood, memulihkan emosi dan juga membuatkan kita rasa segar dan tenang. Jumlah kalenjar yg dihasilkan oleh tubuh kita tdk cukup utk mengurangkan rasa sakit ataupun meningkatkan mood s'sorg.. jadi, besar kemungkinan gabungan antara rasa, kandungan khasiat dan ramuan psiko-aktif coklatlah yg menjadi pendorongnya.....

Jadi, utk kawan2 yg agak2 nak rs lbh relaks skit masa stdy.. nikmatilah coklat bg mengurangkan kerisauan dan mengembalikan mood anda... :) selamat mencuba...

ade lg tak sape2 nak hadiahkan cadbury? hehe...

exam oh exam!



Exam is just round d corner..

22/04/09-05/05/09


sedarlah wahai diri.. aku perlu lebih fokus.. fokus dan FOKUS..

minggu depan dah mula exam… baru nak hilang penat perah otak wat asgment..

letihh tu.. letihh ni.. aduhai.. (mengeluh lak aku neh!)

tambah pula ngan takdak STUDY WEEK..

agak sukar bagi aku utk cuba fokuskan otak aku neh…

kalau wujud la stdy week sem ni kan besh… mesti mcm2 benda aku blh wat waktu2 begini..

sekurang2nya ada la masa aku nak amik mood study dulu kan? he2..

tapi walau apa pun, inilah saat2 yg perlu jua aku tempuh..

study… study… study…



~paper exam aku~

……………………..

..Rekabentuk Pengajaran BM..

..Kajian Alam Sekitar..

..Kaedah Pengajaran Geografi..

..Rekabentuk Instruksional & Teknologi..

..Penilaian dlm BM..

..Penyelidikan Bilik Darjah..

*****


-nota dah siap dikemaskini-

-study... ape yg penting? semestinya cadbury.. utk mood study-

Tapi.. kadang fokus nak study tu sering jua terganggu dek krn benda2 asing..

benda asing ke? Ntah laa.. huu..

waktu2 mcm ni.. sume org pun duk tunjuk muka tensen.. (tmasuklah aku sendri)

tapi pengurusan stress perlu diberi perhatian okehh…

jgn biarkan diri anda dibelenggu benda2 asing yg boleh mengurangkan fokus utk study..

berfikirlah dgn lebih rasional..

..berjuang habis-habisan untuk 22/04/2009 – 05/05/2009..

.Wish me luck.

yeah….!