Nuffnang

Wednesday, February 16, 2011

berkira-kira mahu cuba dR silky.

Sekarang ini konon macam lagi membuak-buak nak jadi CANTIK. hihi. Saya memang mahu kulit cantik dan gebu untuk dipegang. iyela.... untuk siapa jugak kan.. Tapi sekali fikir, jadi risau pulak mencampurkan beberapa suplemen ni dalam satu-satu masa. Ada kesan ke tak ek? Gila. Rasa macam tamak je. Haha. Setakat ni saya amalkan EPO dari Cosway. Lepas tu baru je cuba jugak Virgin Coconut Oil, dealernya anak sedara sendiri. Makan jugak Herba Kencana setelah dipromote oleh kawan baik saya. DAN.. DAN beberapa hari lepas, ada call dealer HPrima konon nak oder JM5 sekotak. Akak tu cadangkan pulak dR SILKY ni. Macam juga saya percaya pada JM5.. teringin nak cuba dR SILKY pulak. Tapi.. bolehke campurkan semua supplemen itu ea....


Kat bawah ni saya petik tentang produk dR SILKY. -Google-


Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan sejak dahulu lagi. Pelbagai cara sanggup dilakukan demi memiliki tubuh yang menawan serta kulit yang cantik. Payudara merupakan bahagian tubuh badan yang paling dititikberatkan oleh kaum wanita. Payudara yang kecil dan kendur boleh membuatkan seseorang wanita berasa rendah diri terutama kepada suami.

Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) memahami keperluan wanita kerana beliau dahulu merupakan pakar sakit puan dan ini menimbulkan idea untuk mencipta produk dR Silky yang mampu memenuhi kehendak kaum wanita.

Kebolehan dR Silky membentuk payudara dan pinggul akan memberikan keyakinan dan kepuasan kepada wanita untuk memiliki bentuk badan idaman. Selain itu juga, dR Silky juga boleh menstabilkan hormon dimana ianya amat penting dalam mengekalkan tahap sel-sel badan wanita berada pada tahap yang terbaik dan membantu pertumbuhan organ pembiakan wanita.



Vitamin C:
Anti-Oxida yg melindungi dari kecederaan radikal bebas yang menyebabkan sakit jantung dan kanser dan membantu pertingkatkan imuniti badan dan penghasilan kolagen.

Vitamin E
Anti-Oxida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan badan.Ia juga penting dalam proses pembekuan darah dan membantu menyembuhkan luka. Ia mampu menlindungi otot jantung dari tercedera

Folic Acid
Amat penting untuk pembentukan sel darah dan sel-sel yang cepat pertumbuhannya. Vitamin utama untuk funsi dan pembaikian sel-sel badan.

Marine Kolagen
Mampu membantu pembentukan kulit dan mengurangkan kedut.

Lobata
Kaya dengan phyto-estrogen yang akan mempercepatkan dan stabilkan hormone wanita. Ia amat penting dalam mengekalkan tahap sel-sel badan wanita berada dalam tahap yang terbaik membantu pertumbuhan organ pembiakan wanita.

Mirifica
Merupakan tumbuhan yang ada natural phyto-estrogen yang amat berkesan dalam memperlahankan proses penuan seperti kedutan kulit, rambut, tulang dan payu dara yang kendur.



Ada berani?
(Entri pantas: banyak kerja di sekolah. =)



Tuesday, February 15, 2011

tak puas cuti lagi.....=)



Hai.. saya sudah kembali. =)

Sesampai petang tadi, mandi solat terus bukak my lappy. Rindu mahu berfesbuk n update blog ini. 10 jam dalam bas, sampai sembab kaki. Hoho. Baru tahu jauh KB-Rompin. Dan kejadian mual pening kepala berulang lagi bila naik bas siang hari. OMG. Tuhan saja tahu. Tapi takpe, saya sangat berpuas hati balik kali ni. Cuti 4 hari bersambung dan yang paling puas hati sebab dapat jenguk bonda lagi.

2 malam jaga bonda di wad. Bonda nampak bertambah baik tapi masih kurang darah dan bergantung pada oksigen. Bila malam, suhu badan naik n demam. Jadi, tak tahu bila baru boleh stabil sepenuhnya. Dah masuk hari ke-13 di wad. Mujur juga kami adik-beradik dapat gilir2 cuti jaga bonda. Dah semuanya bekerja, terpaksa la bergilir2. cuma saya la payah sikit nak balik gilir, pasal agak jauh. Sabtu ni sekolah ganti. Ohhhh!

Tangan cucuk sana. Cucuk sini. Habis lebam badan bonda.

Ini masa d CCU. Amik gambar dari jarak jauh je.


Walaupun masih dalam dilema pasal mabuk warna, tapi syukur pasal dah jumpa sesuatu. Lega..... takdelah masih tercari-cari. Mujur sempat curik masa sekejap balik Besut uruskan yang itu. =)


Mahu berehat dan tido..



Thursday, February 10, 2011

Esok balik Kota Bharu.


Esok Jumaat!
yeayy, rasa minggu ni cepat betul masa berlalu. Isnin. Selasa. Rabu. Khamis. Jumaat! punyalah sibuk berperang dengan budak sampai hari pun cepat aje rasa berganti. Minggu yang agak kelam kabut. Fikiran berserabut tapi cuba jugak tak menzahirkan sangat bebanan tu. Huhu. Hebat tak? Tahniah buat diri sendiri. =)

Petang tadi balik lewat sikit dari sekolah. Siapkan rancangan mengajar dan tanda buku2 budak yang belum bertanda. Terus lepas balik, singgah beli tiket balik kampung esok! Musim macam ni memang tak risau nak beli tiket lewat pun. InsyaAllah, ada. Tengah hari esok harap dapat keluar awal sikit, tapi kalau nasib baik bas tu sampai lewat sikit pun takpe. Pasal tiket pukul 11.30 pagi tapi p&p kat sekolah habis 12.15. Mujur stesen bas depan sekolah je kan. So, menapak je la esoknya.

Saya balik dengan bas pasal ayahanda tak izinkan saya balik dengan kereta. Huhu. Katanya, nanti penat. Haruslah ayahanda tak kasi kan. Jalan nak balik pun saya tak ingat lagi! Mana boleh nak drive sorang-sorang. Nanti ada je sesat tengah jalan. Ho3. Lagi.. semua orang sibuk kerja, kesian pulak nanti tak pasal kena hantar saya balik sini. Sudah la tunang dah ambil cuti Ahad 3 minggu berturut-turut semata-mata nak jemput saya dan hantar saya kesini semula. Nasib la, pasal masing-masing kerja lain negeri yang cutinya tak sama. Saya cuti sabtu ahad, dia cuti jumaat, sabtu. Payahla sikit nak travel. Hanya boleh luang masa sabtu je. Nanti kawen macam mana la ye...... ( sila jangan pening memikirkan tentang itu!)


Dia pernah kata.. "biarlah jauh-jauh. Baru ada rindu & nanti dah kawen pun agak-agak bila nak jumpa sampai melompat pasal teruja sangat"


Haipp, lari topik dah. Esok saya tinggalkan kesayangan saya di Rompin. Saya dah pun ambil Cuti Rehat Khas (CRK) untuk isnin nanti. Jadi, cuti terus Sabtu ----> Selasa. Selasa cuti Maulidur Rasul. Mujur juga ada cuti selasa tu. Tak la saya terkejar2 nak balik sini semula. Cuti Sabtu Ahad mana lah cukup kan nak balik Besut. Jauh. Doakan perjalanan saya selamat sampai. Terus ke Kota Bharu jumpa bonda kesayangan di Hospital Kota Bharu... Nampaknya balik kampung pun tak balik rumah jugak la. Harap bonda dapat keluar wad bila saya balik nanti.


Petang tadi ingat nak cari parking siap-siap sebab esok nak tinggalkan CCS. Boleh la selimutkan dia siap2kan. Tapi... sedihnya, dah dapat parking tapi gatal jugak keluar makan petang tu, balik dah takde kosong parking. Payah jugak parking tak berbumbung nak kena berebut ni kan. Siapa cepat dia dapat. Kira rezeki la camtu. Setakat duduk sini seminggu baru malam ni tak dapat parking. Tapi saya parking kat port paling special. Berpagar! Haha. Selamat tak kat situ? Jangan busukk sudah.



pssttt: semalam pergi ekspo kat Rompin ni. Jumpa gerai yang jual benda alah yang kiut ni. Biasa tengok kan. Tapi biasanya orang tulis nama. Bila tengok pun takde la feelnya sangat nak buat satu. Tapi, semalam bila tengok ada sampel yang buat nombor plat kereta ni macam cun pulak! Jadi, special untuk kesayangan saya untuk diletak pada kunci. Satu huruf tu RM1.50. Semuanya RM 12! Mahal tak? Tapi ok la... cantik dan kiut. Saya suka... sekarang ni suka je tengok hitam vs merah. Haha.


Saya nak packing barang!



Wednesday, February 9, 2011

bonda......

Fuhh. saya mahu amik nafas tanda sedikit lega. Sebenarnya malam ni tengah kumpul mood nak menulis. punyalah macam payah kan nak tulis blog sekarang ni. Kadang dah buka facebook, jenguk blog sekejap. Lepas tu, agak-agak macam malas terus tekan tanda X. =)

Sejak balik Besut, rasa tak berapa stabil. Semalam kat sekolah tiba-tiba rasa sejuk macam nak demam. Mujur kat dalam kereta saya ada letak shawl yang boleh dibuat selimut tu. Jadi, tengah hari semalam berselimutlah saya kat dalam bilik guru tu. Pening-pening tapi gagahkan juga masuk kelas mengajar. Nak cakap kat budak suruh buat kerja sendiri macam tak sampai hati pulak. Jadi, mengajarlah jugak. Huhu. Dah pun beli ubat migrain. Sebijik rm 1.80. Entah la, saya tak pernah makan ubat tu sebelum ni. OMG, lagi satu bila dah sakit kepala macam tu, saya memang alergik pada bau2an dan cahaya. Paling teruk bila masuk bilik sendiri, ada bau wangi pun rasa menyampah! haha.

****

Sebenarnya, saya juga sedang menghiburkan hati sendiri. Dalaman saya sedang bersedih. Saya rindu bonda saya... Saya rasa jauh dari dia saat dia sedang sakit macam ni. Bonda sakit teruk lagi dan kritikal kat hospital macam 6 tahun lepas. Cuma, semalam dapat mesej dari abang saya kata bonda dah boleh pindah ke wad biasa dari CCU, pun dah buat saya lega sikit. Walaupun kalau tengok keadaan bonda macam masih lemah, sekurang2nya itu dah ada tanda positif kan.

Minggu lepas cuti sekolah seminggu. Lebih kurang sembilan hari. Hari sabtu saya sampai rumah, bonda masih boleh sambut kepulangan saya. Esoknya dan hari2 berikutnya, bonda langsung tak boleh duduk apalagi nak berjalan. Ohh Tuhan. saya ingatkan itu sakit2 biasa aje. Beli ubat itu ini, tak jugak hilang sakit. Masa tu bonda hanya mampu makan dan solat sambil baring aje. Serius kami adik beradik memang ingatkan bonda sakit biasa2 je.

Petang Rabu tu, tragedi yang cukup memberi kesan pada saya. Saya lihat dengan mata sendiri saat bonda saya sesak nafas ibarat bertarung nyawa. Terkejut! Masa tu memang ingat tak mampu jumpa bonda lagi....... Tubuh bonda dah hampir biru. kelam kabut tunggu ayahanda balik dan masa tu mujur ada abang ipar tak lepas dari sisi telinga bonda ucap kalimah 'lailahaillallah...". Sungguh, saya rasa serik nak ingat kejadian waktu tu. Tunggu ambulans agak lambat, akhirnya pakat jugak adik beradik usung bonda dan bawak ke hospital besut.

Saya sempat jaga bonda satu malam di wad hosp Besut tu. Esoknya, bonda terus dirujuk ke hospital Kota Bharu. tengah hari tu memang bonda tambah kritikal.. terus dimasukkan ke unit CCU. 6 hari jugak bonda di CCU baru lah dipindahkan ke wad biasa. Syukur! Harap itu tanda positif.

Saya jauh disini. Tak mampu nak usap dan cium kepala bonda setiap hari lagi... Cuma, dari jauh saya mampu doakan kesihatan bonda pulih seperti biasa. Saya harap sangat bonda dipanjangkan umur. Saya tak puas lagi nak berbakti pada bonda. Bonda baru dapat rasa gaji pertama saya. Saya mahu bonda rasa gaji kedua saya... ketiga dan seterusnya.. sampai bila-bila.


Ah. air mata sangat murah tika tulis entri ini!
Berikan saya kekuatan itu.
Semoga bonda pun kuat dan cepat sembuh seperti biasa.
INsyaAllah..