Nuffnang

Monday, March 29, 2010

20 sen

.Ini perihal 20 SEN.
Kebiasaannya setiap minggu mesti 20 sen akan hilang.
malah kadang bukan setakat 20 sen, malah sampai 40sen. hehe.
Sebab tak puas hati.
minggu ni entah kenapa rasa nak simpan 20 sen yang minggu ini untuk minggu depan.
tak yakin la.

memang tak yakin.

Saturday, March 27, 2010

aura angin di penarik


Abaikan jika laporan ini sudah basi. :)
(Seminggu kemudian...)

Gambar-gambar di bawah ini ialah hari terakhir saya di Terengganu sebelum balik semula ke Batu Gajah. Cuti sekolah yang seminggu itu, pejam celik, pejam celik ibarat beberapa minit sahaja. Itulah kuasanya hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih balik di negeri sendiri. Sungguh.

Sempat lagi melunaskan janji yang dituntut anak buah. Bukan tuntut pada saya pun. Tapi pada orang yang menjanjikan tu. (Uncle, janji tetap janji eh..) tapi sebenarnya tak cukup mereka bertiga. Hanya tinggal berdua. Tapi apa nak buat, sudah rezeki. Perancangan yang tak diduga. Waah..

.
.
.


pengembaraan bermula. kereta ini berbulu.

silalah singgah. Semua ada. Versi celup tepung. Udang, Sotong, Ikan. Keropok lekor pun ada. panas2.

makan. makan. tambah sedap bila ada orang belanja ni. (hehe)

bertiga. ni tak cukup lagi seorang.

jejak pasir pantai


DAN AKHIRNYA

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

cik mawar. Aura merah pada hari tersebut.

Wednesday, March 24, 2010

Hairan. Sungguh hairan.



Beberapa perubahan sedang berlaku pada diri saya minggu ni.
Hairan juga.
Kenapa ye?
Tak serasikah?

(Tanya & jawab sendiri....)
Huhu


Saturday, March 20, 2010

"sila beritahu jadual cikgu....."

pagi ini celik mata, capai handphone. Tup! Terpapar satu mesej. (Dalam hati dah dup dap dup dap)

"..sila beri tahu jadual cikgu untuk hari khamis dan jumaat.
."

Ini tandanya masa dan giliran untuk saya hampir tiba. 4 sahabat sudah diselia dengan sebaiknya, kini giliran untuk 4 sahabat lagi. Termasuklah saya.


Jadi,
DOAKAN SAYA..
Teruja ni.

.
.
.
.
.
v

"Eh, baju warna ni boleh tak?"
"Aku pilih hitam putih ni dah"
"Eh, tudung?"
"Tudung aku banyak manik2 la"
"Ala2 ariani tu la, selamat. tak ada manik2.."
(ingat ye, baju tak boleh terang2. tudung tak boleh ada manik2)

Hehe

Friday, March 19, 2010

monolog

Jumaat lagi. Alhamdulillah. Seminggu yang berlalu ini saya perolehi kebahagiaan dan kedamaian yang penuh dan tepu. Pagi Jumaat ini dibasahi titisan hujan. Udara lembap. Sejuk. Menerpa dan menyapa lembut sisi tubuh. Nyaman. Situasi yang amat jarang untuk dinikmati, tambah2 lagi dengan keadaan sekarang ini. Lantas bercerita di mawar terindah. Rasanya sudah agak lama tidak bermonolog sebegini. Monolog sekadar meluahkan. Tetapi tersalah bermonolog payah juga.

Jenguk facebook. Sekadar meluahkan sedikit apa yang terbuku. Pesan seorang teman, banyakkanlah berzikir. Hari ini hari Jumaat, pasti tenang. Iya, Jumaat kali ini memang tenang. Alhamdulillah. Kita sering berdoa dan berharap supaya segala urusan kita dipermudahkan oleh Dia bukan? Berfikir sejenak. Ligat. Terkadang ada urusan kita memang dipermudah oleh Dia. Tetapi, terkadang bila ada urusan kita yang tidak dipermudah oleh Dia, mengundang kita untuk mengeluh. Tanpa kita sedar, sebenarnya tersembunyi terlalu banyak benda untuk kita renung dan fikir. Mungkin jarang muhasabah.

Teringat pesan ayahanda, istiqamahlah untuk muhasabah diri kita setiap hari. Dengan itu, kita akan jadi hamba yang pasti akan selalu ingat Dia, syukuri nikmat Dia, sedar kurang kita, dan perbaiki apa yang kita kurang, perbaiki amalan yang lompang, dan pastinya lagi menjadikan kita seorang yang sentiasa berjalan dengan mengharapkan redha Dia Yang Maha Pemurah.

Saya buat. Saya cuba. Tetapi ada saat saya buat, ada pula insan yang menjatuhkan hukuman pada saya. Katanya saya kejam. Sebenarnya, saya hanya mahu positif dan tak mahu berfikir apatah lagi bertindak mengikut pe'el perasaan. Ah! sangat sinis tanpa dia sedar apa yang sebenarnya saya cuba usahakan. Saya tak mengharapkan pada siapa2 untuk faham saya seratus peratus. Sebab saya sedar, orang tak boleh baca apa yang ada dalam hati saya. Tapi, selagi saya rasakan saya ada di landasan yang betul, saya akan teruskan. Jangan tanya lagi kenapa.


pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itulah yang hakiki
kalau hati itu bersih.

pesan berpesan


Temanku,
Allah menjadikan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun dengan berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya..
‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.’
(Surah Al-Tin:4).


Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata??
Mahukah kita hidup terhina??
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya..
‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’
(Surah Al-Mujadilah:11).


Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang dan bahagia..

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan..
‘You are the best ummah.’(Al-Imran:110).


Ketinggian seseorang kerana iman,
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
’(Ali-Imran:139).


Lantaran itu, carilah redha Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha × istiqomah – malas / masa+yakin,
Asas kejayaan.
‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.’(Ar-Ra’d:11).



Monday, March 15, 2010

akhir dan mula


"Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan." (QS. Ad-Dhuha [93]:4)

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Seharian. Saya renung ayat ini dalam-dalam. Renung bukan hanya di mata, tapi meresap jauh ke sudut hati. Malah minda ligat berputar mencari sebuah jawapan. Konflik lagi. Wajarkah? Patutkah? Kejam sangatkah? DAN akhirnya, berpaksikan kerasionalan demi sebuah kepastian. Saya redha. Saya relakan akhir ini demi satu permulaan. InsyaAllah. Usah ditanya mengapa. Segalanya urusan Dia. Dia yang lebih tahu.

Saturday, March 13, 2010

Selamat sampai

Saya dah sampai Besut pagi tadi. Alhamdulillah, perjalanan yang tiada halangan. Selamat sampai. Cium tangan bonda dan ayahanda.. Awal pagi sampai, dijemput oleh ayahanda. Berehat secukupnya. Dan petang berkumpul adik beradik dan anak-anak buah. Anak buah saya tegur lagi.. "Waah, c'sue, dah lain la, nampak kurus.." Hee.. sedap sungguh ayat tu menyapa di telinga saya.. Usaha saya tak sia2 la kan.. Petang tadi, sempat saya keluar. Tak jauh pun. Ke Empangan Jajar, menemani anak buah saya, si Dyra yang mahu ambil gambar sampel tudung annur. Dialah modelnya.. Alahai.

Hurm.. Kawasan Empangan Jajar sekarang ni tak seindah dulu lagi. Dulu dengan luasnya padang golf yang sangat sesuai untuk menikmati pemandangan. Sekarang diganti dengan pembinaan. Kalau tak silap, pembinaan jalan alternatif banjir. Betulkan kalau saya silap. Dulu, tempat ni cantik sungguh. Abang saya, ambil pakej foto kahwin outdoor disini lah. Hasilnya sangat memuaskan. Hari tu pernah berhajat la kan nak ikut jejak langkah tu, tapi sekarang sudah tak ada lagi... :)

Hari ini saya jadi photographer. Sempat juga saya menyelit. Hehe. macam biasalah, pantang tengok kamera ni..

.mujurlah masih ada juga pokok bunga ni buat penambah seri.


.ini modelnya. Tudung annur (awning thai silk). Saya letak gambar ni sebab saya dah cop warna ni. Cuma tunggu saiz yang lebih besar sikit. Kalau ada yang berminat nak jenguk2 koleksi annur yang lain, boleh lawat di facebook. Harga berpatutan dengan kualiti.

Seronok hirup udara di Besut. :)
Oh ya, hari ini hujan. Jadi, suhu saya dah kurang panas.
Tak sepanas di Batu Gajah.



Friday, March 12, 2010

24 sudah


Jumaat. 12.03.2010..
Alhamdulillah.
Dah genap 24 tahun.
Bila dah cukup 24 ni, kena lebih banyak muhasabah diri.
Yang lepas2, dan yang lebih penting untuk masa akan datang pastinya.
sebab tulah, selalu panjat doa agar dipanjangkan umur serta memperoleh berkat rezeki yang lebih murah dan diberkati Tuhan.
Saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi sampai hari ini.
Nikmat yang terlalu banyak untuk disyukuri.
Kebahagiaan, jalinan ukhuwah antara ibu bapa, keluarga, kawan2 yang menyejukkan.
Kesederhanaan. penting supaya kita tidak leka.
Kaki perlu melangkah lebih jauh lagi..


BONDA;
terima kasih kerana melahirkan saya ke dunia ini.
Saya bertuah punya bonda yang begitu memahami, menyayangi saya, menjaga saya tanpa sikit jemu pun, menasihati saya, mendampingi saya.
bonda beri didikan yang tiada tolok bandingnya.
Hari ini anakanda dah cukup 24 tahun.
terima kasih bonda.
penghargaan setingi2nya untuk tanggal 12.03.1986..
(rasa nak menitis2 kolam air mata..)
rindu bonda.

Terima kasih juga buat teman2 yang tak lupa mendoakan kebahagiaan saya. terima kasih. semoga kalian juga diberkati hidup oleh Dia dan dipanjangkan umur hendaknya..


. ini kek drp teman serumah saya.. di post kek ini di FB. Kek buah tuh! tahulah saya on diet.

. bila mengidam sangat2 ni, semangatlah cari di google. sedapnya! menggiurkan.


. tak dapat sebiji, sepotong pun jadi la.



Wednesday, March 10, 2010

adakah kerana nasi?

Sudah 2 hari sakit kepala.
saya jadi cukup sensitif pada bau.
wangi tak boleh.
busuk lagi la tak boleh.
Maaf la pada siapa2 yang jadi mangsa.
muntah.
tapi tak termuntah.

Semalam saya kena ceramah.
pasal apa?
pasal NASI la..
siksa tubuh.

uh!
(mengeluh...)
tak tahu sampai bila.
Maafkan saya, NASI...



Tuesday, March 9, 2010

petanda mimpi dia?


ihsan google

Tadi saya sampai di sekolah awal. Lebih kurang 12.35 tengah hari. Tengok jam. Dalam hati berkata, ada masa lagi ni.. Cepat2 buka lappy saya. Mesyuarat Sukan Tahunan jam 1.10. Dengan tidak sabarnya, seperti biasa saya akan singgah laman sesawang facebook dahulu. Baru je singgah tak sampai seminit, saya dapat mesej di chat box. Nama yang tertera seorang adik di sekolah lama saya. Perempuan.

Dia:
Salam kak maiza!
nak share mimpi orang ni.. tak tau macam mana tiba2 mimpi duk majlis di tunang kak maiza... tunang dengan mat saleh pulak tu.. :)

Saya:
Haa?
terkejut ni... tiba-tiba orang jauh mimpi kak maiza ni..
dah sampai seru la agaknya tu..

Dia:
Lama dah sebenarnya mimpi tu.
dah sampai seru la tu. Jangan lupa hantar kad ye..

(?????)

Saya tersenyum sorang2... biar betul adik ni. Dia sekarang kat sarawak. Jauhnya mimpi tu sampai pada saya. Sudah la lama tak berjumpa. saya juga yang dia pilih untuk hadir dalam mimpi tu kan? Saya bertunang???

BELUM LAGI.

Thursday, March 4, 2010

ABC special vs ABC biasa..


Minggu lepas kononnya berani la nak bertaruh ngan kawan-kawan. "teka berapa berat aku minggu ni?" Itu masa saya sembang-sembang kosong dengan kawan2 serumah. Tiba-tiba terfikir seronok juga kalau buat macam ni kan.. Hee.. Syarat pertandingan, tekaan jawapan hanya boleh ralat 0.1 sahaja! Saya ni lagi lah.. setiap minggu tak sabar nak tunggu hujung minggu. Bukan apa, dulu kes yang fobia nak jumpa penimbang dah jadi lain pula sekarang ni. Jadi sungguh teruja!

Minggu lepas kononnya saya ingat turun la beberapa kilo. Maksudnya bukan sekilo seminggu. Tamak kan? Yelah, saya dah masuk geng aerobik high impact tu... 3X seminggu. memang terasa kelainan bila berpeluh ni. Tambah bertenaga dan tak penat2 macam dulu lagi.. Tapi kan, tapi kan.... hasilnya minggu lepas pun sama. Saya turun 1kg juga.. Saya tak berapa seronok la.. Tapi kawan2 yang lain duk cakap itupun dah cukup bagus. konsisten penurunan berat saya.. yela... saya tahu. tapi kalau boleh saya nak banyak lagi..

Cikgu di sekolah.. "Ang ni terlalu obses la nak kurus.." Ada cikgu lain pula... "Rossel, nasi tu kena makan.. mana boleh tak makan nasi..." Alahai.. saya tak tahu dah nak cakap macam mana.. saya sekarang ni sudah tak bernafsu seperti dulu lagi.. Nafsu tu ada. tapi dah dapat dikawal sebaiknya.. takpelah.. nanti dah capai berat idaman saya.. Saya makan nasi ye? itulah jawapan saya.... heee...

sambung bab taruhan berat saya minggu lepas. Dah naik mesin penimbang tu. Tup! angka tu betul2 tepat yang diteka. Ralat pun hanya 0.1 tuu.. Jadi, janji mesti la ditunai.. Si Haini dgn si suzie.. Tahniah la.. ABC special 2 mangkuk!

Cukup-cukup menggoda kan? tapi saya tak layan aiskrim tu, jadi yang saya punya tak ada aiskrim. (aih, cik penganjur pun dah langgar pantang?)

Nampak tak... ABC dia ada aiskrim.. ABC saya tak ada.. Sedihnyaaa...

Tapi, saya dah berpuas hati pun.. Saya dah hilang hampir 11!