Nuffnang

Friday, March 19, 2010

monolog

Jumaat lagi. Alhamdulillah. Seminggu yang berlalu ini saya perolehi kebahagiaan dan kedamaian yang penuh dan tepu. Pagi Jumaat ini dibasahi titisan hujan. Udara lembap. Sejuk. Menerpa dan menyapa lembut sisi tubuh. Nyaman. Situasi yang amat jarang untuk dinikmati, tambah2 lagi dengan keadaan sekarang ini. Lantas bercerita di mawar terindah. Rasanya sudah agak lama tidak bermonolog sebegini. Monolog sekadar meluahkan. Tetapi tersalah bermonolog payah juga.

Jenguk facebook. Sekadar meluahkan sedikit apa yang terbuku. Pesan seorang teman, banyakkanlah berzikir. Hari ini hari Jumaat, pasti tenang. Iya, Jumaat kali ini memang tenang. Alhamdulillah. Kita sering berdoa dan berharap supaya segala urusan kita dipermudahkan oleh Dia bukan? Berfikir sejenak. Ligat. Terkadang ada urusan kita memang dipermudah oleh Dia. Tetapi, terkadang bila ada urusan kita yang tidak dipermudah oleh Dia, mengundang kita untuk mengeluh. Tanpa kita sedar, sebenarnya tersembunyi terlalu banyak benda untuk kita renung dan fikir. Mungkin jarang muhasabah.

Teringat pesan ayahanda, istiqamahlah untuk muhasabah diri kita setiap hari. Dengan itu, kita akan jadi hamba yang pasti akan selalu ingat Dia, syukuri nikmat Dia, sedar kurang kita, dan perbaiki apa yang kita kurang, perbaiki amalan yang lompang, dan pastinya lagi menjadikan kita seorang yang sentiasa berjalan dengan mengharapkan redha Dia Yang Maha Pemurah.

Saya buat. Saya cuba. Tetapi ada saat saya buat, ada pula insan yang menjatuhkan hukuman pada saya. Katanya saya kejam. Sebenarnya, saya hanya mahu positif dan tak mahu berfikir apatah lagi bertindak mengikut pe'el perasaan. Ah! sangat sinis tanpa dia sedar apa yang sebenarnya saya cuba usahakan. Saya tak mengharapkan pada siapa2 untuk faham saya seratus peratus. Sebab saya sedar, orang tak boleh baca apa yang ada dalam hati saya. Tapi, selagi saya rasakan saya ada di landasan yang betul, saya akan teruskan. Jangan tanya lagi kenapa.


pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itulah yang hakiki
kalau hati itu bersih.

2 comments:

ahmad fais ishak said...

pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itulah yang hakiki
kalau hati itu bersih.

sy tersentuh dgn petikan ni..
tq~

mawar @};--- said...

sama2 fais..
saya pun tersentuh juga.
bila merenung.
renung lama2 pasti lagi tersentuh.