Nuffnang

Saturday, March 13, 2010

Selamat sampai

Saya dah sampai Besut pagi tadi. Alhamdulillah, perjalanan yang tiada halangan. Selamat sampai. Cium tangan bonda dan ayahanda.. Awal pagi sampai, dijemput oleh ayahanda. Berehat secukupnya. Dan petang berkumpul adik beradik dan anak-anak buah. Anak buah saya tegur lagi.. "Waah, c'sue, dah lain la, nampak kurus.." Hee.. sedap sungguh ayat tu menyapa di telinga saya.. Usaha saya tak sia2 la kan.. Petang tadi, sempat saya keluar. Tak jauh pun. Ke Empangan Jajar, menemani anak buah saya, si Dyra yang mahu ambil gambar sampel tudung annur. Dialah modelnya.. Alahai.

Hurm.. Kawasan Empangan Jajar sekarang ni tak seindah dulu lagi. Dulu dengan luasnya padang golf yang sangat sesuai untuk menikmati pemandangan. Sekarang diganti dengan pembinaan. Kalau tak silap, pembinaan jalan alternatif banjir. Betulkan kalau saya silap. Dulu, tempat ni cantik sungguh. Abang saya, ambil pakej foto kahwin outdoor disini lah. Hasilnya sangat memuaskan. Hari tu pernah berhajat la kan nak ikut jejak langkah tu, tapi sekarang sudah tak ada lagi... :)

Hari ini saya jadi photographer. Sempat juga saya menyelit. Hehe. macam biasalah, pantang tengok kamera ni..

.mujurlah masih ada juga pokok bunga ni buat penambah seri.


.ini modelnya. Tudung annur (awning thai silk). Saya letak gambar ni sebab saya dah cop warna ni. Cuma tunggu saiz yang lebih besar sikit. Kalau ada yang berminat nak jenguk2 koleksi annur yang lain, boleh lawat di facebook. Harga berpatutan dengan kualiti.

Seronok hirup udara di Besut. :)
Oh ya, hari ini hujan. Jadi, suhu saya dah kurang panas.
Tak sepanas di Batu Gajah.



No comments: