Nuffnang

Saturday, December 25, 2010

selamat tinggal dia.... selamat datang kamu!





Setiap kali hujung tahun, kita mesti muhasabah setiap perkara yang dah kita lakukan sepanjang tahun itu kan. Macam juga kita disarankan muhasabah diri setiap kali sebelum tidur, renung apa yang dah kita buat sepanjang hari. Yang baik perlu diteruskan dan ditambah baik, yang buruk pastinya perlu ditinggalkan. Gitulah sekadar berbasa basinya. Dari bulat kecil... ke bulat yang besar. Macam tu lah juga perumpaannya. Dari hari ke minggu, ke bulan, dan ke tahun! Sekadar berkongsi.... 2010 pada saya cukup bermakna dan sangat membahagiakan. Syukur.


@ Latihan mengajar (Jan-Mei)

Semester 8! Sebelum masuk semester akhir ini, selalu je perasaan bercampur2. Risau lah. Itulah. Inilah. Kira macam sangat tabik pada senior2 yang dah lepas menjalani latihan mengajar ni. Sebab saya tahu bukan mudah nak mengajar. Apa lagi bukan setakat mengajar, tapi jugak mendidik. Tapi syukur, walau diuji macam-macam. Saya seronok di Batu Gajah. Sekolah yang pelajar majoriti Cina tapi cikgu2nya semua baik! Dapat kawan yang sejiwa. Itu cukup lengkap bagi saya. Yang penting saya diselia oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan tau. DAN tempoh 5 bulan ini jugaklah saya diet tanpa nasi dan turun 13kilo. Haha. Bestttt.


Latihan mengajar: mengajar segala2nya.




@ Ikatan dua hati (Jun)

Jari manis saya disarungkan cincin permata satu! Bukan dari sudut materialnya yang hendak diperbesarkan. Malah sesuatu yang lebih besar nilainya dari itu sebenarnya. Sebuah silaturrahim dan yang paling penting berharganya ikatan itu dalam menuju dan mencari cinta yang halal disisiNya. Pstttt: Mencari Cinta Halal. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja dan alam pertunangan yang sungguh mengajar saya banyak perkara! Jujurnya, saya rasa alam pertunangan ini adalah anugerah yang cukup indah. Sungguh lain. Mungkin lebih komitmen kot. =) takleh main-main dah cik mawar.



@ Temuduga (Julai)

Dah tamat belajar, bukan boleh terus ditawarkan penempatan ye. Pasal kami di UPSI bukan anak kandung KPM, tapi kami anak kandung suluh budiman. Waah, tiba-tiba rasa bangga pasal dah habis belajar ye. Dulu, masa belajar tak sabar benar nak habis. Haha. Berhutang dengan PTPTN, bukannya dapat elaun KPM. Julai menghadiri temuduga di Kota Bharu. Masa ni taktahu nak gambarkan perasaan. Berharap tapi risau juga kalau-kalau akhirnya kosong! Dah la saya ni jenis kecut perut sikit bab-bab temuduga ni. Paling ingat dan pasti ingat, bab disuruh berpantun 4 kerat tema percintaan secara spontan. Aduhai...... =) Dan, akhirnya, lepaslah ujian INSAK dan temuduga lisan. Alhamdulillah, lulus!! =) Terima kasih untuk panel itu, semoga beliau dimurahkan rezeki dan terima kasih Allah~


@ Konvo (Oktober)

Penat lelah 4 tahun belajar di Upsi akhirnya dapatlah naik pentas dan berjubah biru yang ada secalit songket itu dan berselempang warna pink! Itu baru dikira 4 tahun di u kan. Waah, kalau dikira dari umur tadika dah berapa tahun kak? Selama 19 tahun bergelar pelajar tuuu. Alhamdulillah, walaupun pernah bertukar-tukar bidang masa di sekolah dulu akhirnya grad juga dengan ISMP Bahasa Melayu!



@ Posting (November)

Akhirnya kemuncak penantian berakhir juga di tahun 2010! Syukur lagi pasal dapat jugak merasa gaji bulan Disember 2010. Hehe. Lebih kurang 6 bulan menunggu untuk penempatan ini. Eh, baru tersedar yang lama juga saya duduk di rumah membina badan. =) Walaupun sedikit jauh tapi syukurlah, sekolah ok dan seronok disini setakat ini. Harap berpanjangan hingga akhirnya.


* * * * * *


Itu semua yang manis-manis sepanjang perjalanan tahun 2010 ini. Bukan bemakna takde yang pahit tau. Banyakkkkk! Tapi biarlah. Semoga yang pahit itu kita telan dan tak perlu diluahkan di merata-rata tempat. Perbanyakkanlah komunikasi dengan Dia, pasti hati lebih tenang. Kita luahkan pada manusia pun belum tentu manusia mampu nak faham kan. Jadi, lebih baik kita luahkan pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Memahami.


Jazakallahu khayran.


Masam manis pahit tawar itu pasti! Tapi jika pandai mengadunkannya, pasti sedap juga. =) percayalah! Selamat Datang 2011~


Wednesday, December 22, 2010

Benci rasa ini



Saya sebenarnya masih tak tenteram di sini. Dalam masa 2 minggu ini pun, banyak sangat benda nak kena lalui dan tanggung. Tuhan, kuatkanlah hatiku. Saya memang tak boleh otak kusut, kalau tak cepat aje migrain menyerang. Cuma mungkin kali ni antibodi saya masih kuat, jadi mampu melawan beberapa rasa yang bercampur baur. Tuhan memang adil. Walaupun bukan semua yang kita nak, yang kita mintak, kita dapat namun jauh disebalik tu, kita kena bersyukur benda2 yang kita tak mintak pun, kita dapat. (Huhu, berbelitnya ayat saya, seolah menggambarkan sedikit kekusutan dalaman).


Oh. Bencinya pada orang yang moody. Lagi tak suka pada orang yang suka nak tunjuk-tunjuk yang dia tengah moody! Ya Tuhan, sabarkanlah hati aku untuk berhadapan dengan orang-orang yg macam-ni. Penat tahu tak saya nak kena pujuk hati saya sendiri supaya saya juga tak moody. Benci tahu tak nak tengok muka awak yang moody tuh! Ya, jujur saya kata saya pun kadang moody jugak. TAPI, cubalah pandai-pandai control sikit. kita bukan budak-kecil lagi...... Banyak sangat benda penting yang saya nak kena hadapi, tambah2 awal tahun depan. Penat aaaa gni.


tak apelah, selagi saya boleh sabar.. saya sabar.


Sekarang ni dengan status rumah yang masih menjadi isu. Penat la saya. Penat... Tolong la kesiankan saya ni. Saya mungkin pengecut pasal saya bukan jenis 'mulut lepas'. Saya lebih suka pendam setakat saya mampu. Saya pendam pun sebab nak jaga hati dua-dua pihak. Jadi, tolong la. Apa lah salahnya kalau cuba faham sikit. Saya tak boleh hidup dalam keadaan yang tak tahu mana hujung-pangkal. Nanti semua kerja saya tak boleh buat! Saya dah dapat quarters pun. Tapi benda lain pulak datang bertimpa-timpa. Entahla, bukan nak mengeluh. Baru je rasa nak gembira-gembira kan, ada pulak benda2 camni. Mungkin sedikit ujian kot.


Kadang-kadang, serius saya cakap.. Saya lebih rela survive sorang-sorang.


ESOK, saya terlibat dengan majlis penyampaian keputusan PMR. Walaupun ada banyak kerja menanti, saya curi juga peluang untuk balik kampung. Balik beberapa hari je pun. Tapi, rasanya dah cukup benar untuk ubatkan hati saya yg dah sedikit tercalar. Saya rindukan orang-orang yang sayangkan saya. Saya rindu bonda saya..


Mungkin, saya kena lebih bersabar. ;'(
(Rasa lebih lega bila dapat tulis mcm ni. Maaf, sekadar meluahkan apa yang terbuku. Saya tak mampu nak tanggung sorang-sorang. Saya perlukan seseorang..saat ni..)


Dia senyap beberapa ketika, tapi baru hari ni DIA muncul kembali. Sampai hati!




Tadi kan... tadi.., selepas mandi dan solat Asar, seorang budak comel dan sedikit chubby ON lappy. Tiba-tiba tergerak hati dan rajin nak buka. Sedangkan dah beberapa hari lepas seorang-budak-comel itu sudah tiada rasa tarikannya untuk mengadap skrin lappynya. Gara-gara si hitam itu. Si hitam yang sangat banyak menyuntik titik-titik keceriaan dalam hidup dia, tapi berpaling muka seketika.



Tapi, tak tahu kenapa petang ini ada sesuatu yang menggerakkan hatinya.




Authenticating........
.
.
.
.
.
..
.
.

Authenticated!



Oh. oh!




YES!
Dapat update blog. hi hi







Walaupun terkilan pasal tak dapat nak shopping Y.E.S seorang-budak-comel tadi masih mampu mengubat hatinya.




=, (




hatinya diketuk kembali!
aduhai.... kenapa diketuk hati ini lagi...



Friday, December 17, 2010

Rumput dan kasih sayang



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.



*Artikel ni saya ambil dari iluvIslam. =)



Wednesday, December 15, 2010

Hijrah kedua dan Pantai Hiburan



Masa mula-mula lapor diri hari tu, bila tahu kawasan sekolah saya ni dekat dengan pantai dalam hati duk kata: waah, ini memang jodoh saya kuat dengan pantai. Dekat umah sendiri pun macam rutin pergi pantai petang2 kan. itu bila rajin la. Jadi, berhijrah ke sini pun kira macam masih senang la nak rasa angin dan pasir pantai.





Pantai Hiburan. Mula-mula tengok nama ni, ingatkan pantai untuk hiburan ke apa ke kan. Rupanya memang dah namanya Pantai Hiburan. Tak jauh dari bandar baru Kuala Rompin ni pun, kira-kira 2km aje. Nanti tempat ni dah boleh jadi port saya jogging. yeayy! (Hihi, perasan macam banyak masa je kan). Ramai juga orang2 singgah pantai ni biasanya sebab ia dekat laluan Johor Bharu-Kuantan.




Kat sini memang banyak resort. semuanya memang menghala ke pantai. Banyak sangat, saya pun tak ingat nak sebut kat sini. Tapi yg paling hampir dengan Pantai ni, Rompin Beach Resort.





Petang semalam sebenarnya saya dah angkut semua barang keluar dari rumah warden tu ke rumah keluarga saya menumpang. Dah penat mengangkut, petang singgah la Pantai Hiburan ni sambil pekena ABC. Macam2 kot menunya. Macam sedap pulak Cendol pulut semalam. Lama tak makan. Sebenarnya tak boleh nak snap gambar dari kamera handset sendiri. Aih, geram pulak rasa. Sebab tu takde gambar tuan tanah kan. =) Kalau tak, dah lama dah aih.



Saya dah intai dah. Ada trek jogging kat tepi pantai ni. Si Yusma, sahabat lama yang 10 tahun tak jumpa dah offer nak bawak saya datang pantai ni tiap2 petang untuk jogging. Saya jumpa kawan-lama saya kat sini la. Jodoh kuat betul kan. Masing2 pakat terkejut pasal sekolah saya dengan hospital dia pun dekat2 aje. =) itula.. apapun tak mustahil dalam hidup ni kan.


Banyak kejutan dalam hidup saya beberapa hari ni.


*Gambar2 di atas ihsan google images


Tuesday, December 14, 2010

A message



Sahabat berjuta belum tentu sama tandingannya dengan sahabat seorang.

=)


Monday, December 13, 2010

Hijrah pertama



Assalamualaikum!



Saya mahu menulis. Tapi macam tak tahu nak mula dari mana. Terlalu banyak yang terbuku di hati dan dalam kepala ni. Saya cuba yang terbaik. Sebab kalau tak menulis rasa macam tak meluahkan la pulak kan. =)



Cuti 2 minggu saya dah habis! Rasa macam cepat betul. Dalam rasa tak sabar tu juga sebenarnya banyak rasa: Eh, betul ke aku ni..?. Dan semalam saya dah pun selamat berada di tempat baru yang serba indah (walaupun hakikatnya saya saja yang tahu). Kali ini terpaksa susahkan ayahanda dan kekanda lagi. Hantar anakanda ke tempat baru. Sebab tulah kadang rasa tak percaya yang saya ni dah masuk alam kerja dah. Sebenarnya, dalam hati ni masih rasa muda dan remaja, macam budak sekolah jiwanya. Dimanjakan? tak sangat. Tapi perhatian yang cukup tu sudah cukup membuatkan saya rasa saya ni masih anak kecil. haha. OK! sedar diri dah cukup-umur-dan-menjadi-dewasa. Layanan dari ayahanda dan bonda cukup hebat! Dah tiba masanya saya kembali membalas jasa. insyaAllah!



Petang semalam dah usai tengok2 rumah baru kami keluar pusing-pusing kawasan sini. Ummm.. cukuplah dapat pusing-pusing buat hilangkan rasa berdebar nak menghuni tempat orang kan. Rumah baru ini selesa. Tapi ada banyak benda yang buat kami rasa macam tak berapa nak tenteram untuk terus duduk disini. Tak boleh nak cerita banyak pasal kami pun diberi hint sahaja. Tapi syukurlah, mungkin dah cukup buat kami mencari yang lebih baik.



Petang tu kami singgah solat di Masjid Rompin. Jumpa pulak kawan lama abang. Dan disitu jugak saya dijemput oleh seorang-kawan-yang-baru-kenal, tapi dia lain sekolah dengan saya untuk ke rumah dia. Mulanya, ayahanda menolak atas alasan tak mahulah menyusahkan keluarga kawan tu kan. Tapi beria2 kawan-baru tu mengajak. Akhirnya, kami pergi jugak. kenal-kenal keluarga. Sebenarnya yang lebih bertuahnya saya disuruhnya duduk di rumah keluarga tu sementara cuti sekolah ini dan asrama kosong. Budak-budak SPM dan STPM bakal tamat dalam minggu ni jugak. Waah! sebenarnya serba salah pasal lama juga kan terpaksa menumpang. Tapi syukur lagi, keluarga tu betul2 ikhlas dan bersungguh ajak kami tinggal dengan dia pasal bimbangkan kami dan bimbangkan makan minum kami! waah. tiba-tiba rasa bertuah jumpa orang yang baik-baik. Rumah tu agak jauh untuk dicapai dengan berjalan kaki. ke sekolah. Mereka offer lagi transport. Berganda-ganda kan murah rezeki?



Malam tadi tidur di rumah warden. Berani pasal ayahanda dan kekanda ada. Malam ini? kami mahu keluar. Tak sanggup nak bermalam-berdua pasal rumah itu besar untuk dihuni 2 orang 'manusia'. Jadi, hari ini bermulalah secara rasmi saya menghadirkan diri ke sekolah! Tapi masa dalam perjalanan ke sini semalam, dapat mesej dari si Haini yang lagi skema bunyinya: Esok bermulalah kerja kita sebagai penjawat awam. Hi hi. Apapun, itu semua sama.. yang penting hari pertama ni diberi peluang oleh Dia untuk memiliki gelaran 'cikgu'. Dah dengar perkataan itu dari mulut pelajar2 skolah baru ini yang tinggal beberapa kerat je.



"Cikgu.. cikgu ni cikgu baru ye?"
(Dalam kalut-kalut nak masuk dewan peperiksaan. Hari ini kertas Seni Visual. Nampak mereka lebih sempoi. yela... nak masuk dewan untuk melukis dan mewarna kan. Bukan kena hafal macam-macam pun)


"Cikgu.. cikgu ajar apa?"
(Sempat lagi nak tanya w/pun tahun depan tak sempat nak berguru dah)


"Cikgu.. jemput makan"
(Masa lalu sebelah dewan makan. Tapi sayang, masa tu dah isi perut)



Apapun, dalam berat hati saya sebenarnya jauh lebih bahagia disini. Alhamdulillah. Hati kian terubat. Thanks to my sayang kerana sudi mendengar segala luahan rasa yang berbaur hari ini. Semoga dapat menjadi pendengar setia saya sehingga akhir hayat. Rasanya terpaksa tinggalkan rumah baru untuk menumpang di rumah keluarga kawan-baru-yg-lain sekolah-itu. Mereka sangat baik.


Tuesday, December 7, 2010

Adik pun akan berhijrah la kakak

Salam Maal Hijrah 1432...


Harap semalam kita semua dah selamat membaca doa akhir tahun & juga doa awal tahun. =) Mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan hidup. Mudah-mudahan setiap apa jua perkara yang kita buat mendapat keberkatan. kerana berkat itu penting. Dan semoga kita juga bebas dari segala bisikan syaitan yang direjam. Semoga kita dipelihara daripada fitnah-fitnah syaitan. Semoga tahun baru yang kita tempuh ini memberi sejuta kemanisan. Amin..


.
.
.
.
.
.
.
.


Ada satu kisah. Kisah ini kisah benar. Kejadian petang tadi. Tadi pergi rumah kakak. Sambil tu di dapur sempat sembang kosong. Macam mana la boleh terkeluar topik tu tiba-tiba*



Kakak: Dah 24 kan? *Sambil sengih-sengih. (Soalan dia tu macam dia tak percaya adik dia dah 24. Sampai hati kakak!)
Adik: Haihh. Aah. 24 la.
Kakak: Tahun depan kahwin 25?
Adik: ... Aah la ek. 25. ??
Kakak: Hahaha. *tiba-tiba gelak.
Adik: Hahaha. (Adik pun gelak sama pasal tetiba rasa dah tua benor). 25 kahwin. 26 baru dapat anak. itupun kalau rezeki awal kan? haha (Adik sambung gelak lagi). Berenti gelak. Ah? 26 baru dapat anak. Dah tua la baru i merasa dapat anak ye. Patut la kawan-kawan sebaya i dah kahwin ye. Hik3. Buat-buat terkejut.


Giliran si adik pulak bertanya


Adik: Dulu kakak kahwin umur berapa dah? (Adik lupa pasal masa tu dia kecik lagi...)
Kakak: 23! (Senyum bangga dia wei..)
Adik: Oh. Bersalin yg sulung umur berapa dah? (Adik lupa juga pasal anak sdara ramai..)
Kakak: Emmm. 24! Heehe
Adik: Amboi... mana aci camni.. i 24 tak kahwin lagi. u dah siap ada anak masa umur 24 ye. Nak balik paksa ayah bagi kahwin tahun ni jugak la camni! haha.



Hai kakak! kamu sungguh kejam. Haha. Tapi itula, baru rasa yang adik ni agak 'lewat' berbanding kakak-kakak diatasnya. Namun, si adik sebenarnya tak kisah mana pun. Si adik tahu, cepat-lambat mana pun percaturan hidup masing-masing dah pun ditetapkan oleh Dia.


Alaa, dah masuk tahun baru Islam pun kan hari ni. Maknanya adik pun akan berhijrah dalam masa beberapa bulan saja lagi. Hijrah yang sangat-sangat adik tunggu kakak. Berhijrah dari segi status. Berhijrah dari segi umur. Berhijrah dari segi tanggungjawab. Berhijrah segala-galanya. Berhijrah ke arah yang lebih baik...~


Semoga 'hijrah' adik mendapat keberkatan dariNya. Adik sungguh tak sabar kakak!

Sunday, December 5, 2010

yakin akan ketetapan qadha





Seorang pesakit bertanya kepada seorang doktor psikoterapi tentang kegelisahan hidup. Doktor muslim tersebut berkata kepada pesakit tadi. "Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menciptakan makhluk dan mengurusnya. Tidak ada satu gerakan atau desahan nafas pun, kecuali dengan izin Allah. Jika demikian, mengapa harus risau dan gelisah? Sungguh Allah telah menuliskan takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum Dia menciptakannya.


Seorang adik (pada peringkat umur) pernah bertanya kepada saya.
.. "Akak percaya pada jodoh?"


Adik yang saya maksudkan, kenal saya melalui blog picisan ini. Dia silent reader dan akhirnya add saya di mukabuku. terima kasih dik! kalau dia baca entri ni mesti tersenyum. Harap dia tahu dialah yang saya cuba maksudkan. Soalan tadi diajukan masa sembang-sembang di mukabuku.


Soalan yang dia ajukan pada saya tu cukup mudah dan ringkas TAPI entah kenapa cukup-cukup menyentuh hati. Bila dengar perkataan 'jodoh' saya rasa sebak. Dan masa tu saya rasa terbuka hati untuk luahkan kepada adik tu apa sebenarnya jawapan saya disebalik soalan ringkas dia tu. Huh, puas hati seketika. Walaupun tak terluah secara total dan saya tahu memang takkan berlaku sesi luahan secara total dimana-mana pun, saya dah cukup lega kerana rasanya adik tu mampu rasa apa yang saya rasa. Alhamdulillah, walaupun pernah diuji macam-macam. Dan susah payah menyimpan sendiri. akhirnya saya sudah dekat dengan jodoh saya. =)


Kamu, jangan anggap kita didatangi masalah kerana Tuhan tak sayang kita. Tapi, jauh disebalik itu sebenarnya kitalah insan terpilih oleh Dia untuk melalui ujian itu. Jadi, untuk apa bersedih. untuk apa terlalu mengikut perasaan. kerana kita tahu, Tuhan takkan beri ujian yang kita tak mampu nak tanggung. OK? Berpeganglah pada prinsip itu. Moga-moga kita mampu membina hati yang lebih kuat.


Memang bukan mudah nak bina hati yang kuat! Berpura-pura di depan orang yang kita ni kuat sedangkan di dalamnya, kita sebenarnya sangat-sangat tak bermaya? Itu sudah bagus. Saya cukup bangga kalau mampu buat macam tu. Sekurang-kurangnya, kita sudah mendapat pencapaian hebat untuk diri sendiri! Bermain dengan soal hati, cabarannya dengan soal jodoh. tak ada satu perkataan pun yang mampu saya nyatakan secara tepat. Cuma, kalau kamu sendiri yang lalui, pasti kamu tahu. Masam manis, pahit tawarnya.




Semoga hidupmu selalu indah
selagi kehidupan manusia lainnya terasa pahit.
Semoga engkau sentiasa nyaman
selagi banyak manusia merasa hidup tertekan.
Jika cinta yang kau miliki adalah cinta sejati
maka segalanya akan menjadi mudah.
Setiap yang berada di atas tanah adalah tanah juga.


***

Tiba-tiba buat entri macam ni. Dah berkurun menampakkan manis. Sekali sekala tunjuk pahit secara tersurat. Hehe. Masih mampu tersenyum. Alhamdulillah....






ke negeri cik siti wan kembang


Semalam hari Sabtu. Hari untuk bersama keluarga bagi orang-orang bekerja. Saya? Dah berbulan-bulan luangkan masa bersama keluarga besar tercinta. =) Keluarga kecil belum ada lagi. Hik3. Sekarang ni negeri2 Pantai Timur dah mula hujan. Tapi sekarang bukan jenis hujan lebat. Hujan gerimis, tapi gerimis banyak-banyak gitu. Dan kadang-kadang tak henti, dari pagi-malam.





Semalam walaupun dalam keadaan hujan gerimis tu, saya dengan gigih drive kereta ayahanda ke negeri cik siti wan kembang bawa bonda. Ayah tak ikut pasal susah nak tinggal tugas dia di Masjid. Nanti nak kena tinggal lagi, hantar saya ke Kuala Rompin. Haha. 2 jam je pun drive tapi dah rasa betapa lagi seronok kalau dapat drive keta auto! Ah, sungguh tak cekal kan. (u.p: encik tunang jugak. ki2) Family trip la konon2nya dengan satu lagi keluarga kakak saya.





Sebenarnya, nak pergi tengok rumah baru abang ataupun rumah baru cekmek Najihah. Abang dah dapat tukar balik MRSM Tumpat. Teruja benor anak buah saya tu mengajak sepupu2, mak2 sedara pergi sana. Dah berhari-hari jugak dia pujuk suruh tido sana. Tapi, tak kesampaian juga pasal ahad semua orang dah keje. Kesian Najihah.




Menu makan tengah hari, walaupun simple tapi sangat-sangat sedap. Pandai betul kak Fara masak ye. Sampaikan semua orang tak cukup sepinggan. Saya tahan je makan jugak walaupun perut ber'beautiful. Sedap punya pasal. hik2. Sup tulang, ayam goreng, ulam-ulam, budu, sambal! Sup itu sangat sedap. Tambah pula kena angin pantai sepoi2. perghhhh. Pantai Sri Tujuh belakang rumah aje. Beshnya.





Sebelum sampai Tumpat, singgah di Ariani Wakaf Che Yeh. Anak-anak buah memang peminat Ariani, dan saya berkenan pulak 2 helai. =) 2 helai je pun. Dapat duit bonus lagi. Haha. tipu! Itu duit rezeki namanya. Amin.. Moga-moga rezeki bertambah murah lagi.




Petang, ke Pengkalan Kubor. Dari MRSM Tumpat tu lebih kurang 5 minit je pun nak sampai PK. Pengkalan Kubor ialah kawasan bebas cukai yang sama waktunya dengan Rantau Panjang. Dan tak lama lagi bakal dibuka di Tasik Kenyir jugak kan? Waah. banyak betul. Habis la duit nanti. Kat sini nak shopping peralatan2 dapur bolehlah. Macam-macam ada. Baju-baju pun. Tapi puas cari tapi tak satu pun berkenan di hati. Payah. Payah. Beras Siam pun sedap kan. Pasal tu tiap kali makan rasa macam berselera je. Adoii.


Pukul 6 bertolak balik. Lebih kurang pukul 8 baru sampai umah. Penat.. dan tido sepuas2nya. (Eh. eh. dah rasmi baju-baru-warna-warni-lah!)


Friday, December 3, 2010

:: mood pending


Ada lagi seminggu saya dapat goyang kaki kat rumah ni. Minggu depan dah nak balik Kuala Rompin. Sobsob. Malasnya nak berkemas. Suka tapi malas, ada ke? Suka pasal bila berkemas barang2 ni, dapat mood baru. Saya kalau berkemas, lama tau. Lama tu pulak pasal suka buat sikit-sikit. Macam sekarang ni dah berjaya keluarkan baju-baju kurung dari almari. Saya susun cantik-cantik, tinggi dan tunggu masa nak roboh je. Haha. Beg besar gedabak tu pun dah turunkan dari almari jugak. Cuma tunggu masa disumbat baju-baju. Tengok... betul kan saya suka buat kerja ada peringkat. OK, setakat ni baru peringkat himpun satu tempat, supaya mudah nampak depan mata. Nanti senang, masukkan je dalam beg.


Peringkat kedua.. tunggu mood nak berkemas itu datang secara 100 peratus. =) Barulah menjadi secara 100 peratus juga. dan bukan lagi 10 peratus macam sekarang ni. Hehe. Saya dah belajar hidup secara nomad selama empat tahun. Setiap tahun mesti kena angkut barang2 yang banyak pasal kolej asrama saya tu memang kena kosongkan setiap kali hujung semester. Kemuncaknya, angkut barang masa praktikum. Awal praktikum tu belajar berdikari, ayahanda suruh sewa avanza sorang pakcik tu angkut barang saya dari Tg Malim ke Batu Gajah. Then, dah habis praktikum tu, tak pandai berdikari la pulak dan ayahanda yang pergi jemput. Satu Storm tu penuh barang saya. Sampai melimpah2. haha. Banyak betol. Saya pun hairan. Tapi itula.. semua benda nak kena ada dan complete kan. =)


Dan.... malam tadi boleh pulak saya bermimpi pasal berkemas2 nilah. Dalam mimpi tu, saya kelam kabut duk pilih baju yang nak dibawa, pilih buku-buku yang berguna untuk mengajar nanti. Time tu juga ada baju kurung yang tak sempat dihantar untuk dijahit. Haha. Menyeramkanlah mimpi malam tadi. Saya tak boleh nak bayangkan kalau situasi tu betul2 terjadi. Waktu nak pergi tu terpaksa sumbat dan pilih barang2 yang nak dibawa. Oh tidakkkk! Saya langsung tak boleh bayangkan. Hehe.


Hurmm. Mungkin petanda mimpi tu nak suruh saya kemas awal-awal. Pasal banyak betul barang nak dibawa ni. Nak masuk rumah baru kan. Tahun depan pun tahun baru. Dan baru juga nak bergelar guru baru. Semuanya baru. Tapi nasib baju-baju kurung saya kali ni bukan semua baju baru. Kalau tak, habis botaklah tunang kesayangan pasal di paw oleh si tunangnya membeli baju baru. Tapi... rasa nak paw jugak sepasang baju baru buat tambah semangat. Hehe.


Kali ini tak jahit banyak baju pasal selama beberapa bulan di rumah ni. Baju yang baru buat memang masih baru lagi. Baju raya pun baru pakai sekali je. Ada lagi beberapa pasang. Cuma, ada sepasang dah siap dijahit kawan saya tapi belum ambil. Janji nak pergi ambil hari ini. Yahoo. Tak sabar nak tengok baju tu siap. Saya beli baju tu masa konvo tempoh hari. Pertama kali tengok, terus berkenan! Jadi, yang pertama kali pandang tu terus berkenan, mana boleh tak dihakmilik kan. Jadi, beli sepasang. Lagipun, motif2 polka dot pun timbul balik sekarang ni kan. =)



Sama corak, warna lain-lain. Saya punya yang warna warni tu. Faa, nanti dah siap jahit baju kelabu tu, tunjuk ea. =)



Yang ini beli hasil sponsor kekanda saya. kak Da! He2. Ada lagi tak sape2 nak sponsorkan untuk saya beberapa helai baju kurung? Saya memang suka kalau dapat hadiah kain baju kurung. Ehemmm. Ini hint ye, untuk sape2 nak bagi hadiah. Haha.


Seorang kakak masuk bilik saya dan tertengok la baju-baju yang saya dah siap susun. Waaah! banyaknya.. nak bawa semua ke ni? Haha. Saya jawab, mestilah nak bawa semua. kalau boleh nak tambah lagi. Hik3. Bayangkan kalau dah hari-hari berbaju kurung, mestilah agak-agak dua bulan, tiga bulan baru boleh rotate semula baju tu, ye tak? Haha. kejammmm. Tapi betul la tu, barulah tak bosan dan semangat tu ada. =)


.
.
.

Entri mengarut kot ni. Esok nak jalan-jalan. =)




Saturday, November 27, 2010

cerita orientasi



Salam semua.

Wah! Seminggu tanpa berblog dan berfesbuk. Rasa ‘sesuatu’ yang semacam cantik. Agak mengasingkan diri dan rasa punya kehidupan yang di’privacy’kan. Apapun, saya masih sayangkan orang2 yang sayang saya dan ambil berat tentang saya. =)



Seminggu perjalanan dan penuh kejutan serta kehidupan baru. Bermula dari titik menjalani taklimat dan orientasi peringkat JPN Pahang. Ayahanda dan keluarga kak da menemani dan tunggu saya di sana. Kesian Aqil dan Adeeb bila balik, kena selesema.




Mula mendaftar di Green Park Temerloh pukul 8 pagi. Awal2 dah janji jumpa dengan Haini. Slot pagi tu, maklum sajalah. Baru jumpa, dan macam2 cerita terkeluar. Haha. Tapi, kami menyembang dengan penuh sopan. Sambil mata mendengar taklimat. Satu hari slot yang penuh sampai pukul 10.30 malam. Tapi ok la kan, pasal semua slot tu memang bermakna buat orang2 baru macam kami. Banyak info dan yang lebih penting menyuntik semangat kami untuk mengajar! Bila difikirkan, banyak hikmah juga dapat di Pahang. =)




Malam tidur di katil empuk. Walaupun hati tak berapa nak tenteram duk fikir pasal esoknya, tapi akhirnya lena juga sebab badan dan otak dah letih sangat.





Pagi esoknya, sarapan tak selera sangat dah. Mak aihh, baru tahu macam mana debarannya. Tambah pula perut tak selesa. Memulas2, berdebar nak terima surat agaknya. Kelakar! Paling best la kan, masa penyerahan surat penempatan saya siap sejuk tangan dah. Duk meramas2 tangan si Haini yang kononnya memang tak berdebar langsung. Dah kamu memang tahu dapat sebelah umah kan, mana nak berdebarnya. Hehe. Berbanding dengan saya yang memang menyerah diri bulat2 dimana saja saya ditempatkan. Masa tu muka masing2 penuh suspen. Bila dah dapat surat, si Haini ni lah paling teruja nak tahu saya dapat mana. Adoi. Dan masa nak buka sampul surat tu, agak payah sikit pasal ada gam melekat. Saya dalam hati dan di mulut: manalah aku dapat ni. Apa petanda payah nak buka sampul tu. Then, mata meliar cari nama sekolah kat atas kertas surat tu.....



Kuala Rompin!


Terus tergamam sekejap. Dan cepat2 ambil handphone dan sms seringkas mungkin pada ayahanda. Keluarga mesti tahu dulu pasal tengah hari tu memang nak gerak terus ke tempat saya dapat tu. Then, sms tunang tersayang! Feedbacknya dari dia...



“Jauh tu sayang dari Kemaman. Rompin tu sempadan ngan Johor dah”



Haha. Bertuah tunang. Patutnya cakap la TAHNIAH! Haha. Siap ukur jarak jam lagi dia. Kira-kira 3 jam. Semangat betul dia. Nampaknya, terpaksa juga berjauhan beberapa tahun. Sedih juga pasal duk angankan dapat la Kuantan kan. Tapi tak apa, saya lebih percayakan aturan DIA. Mungkin di sana ada kehidupan yang lebih baik dan lebih berkualiti. Pelajar di Rompin mungkin lebih memerlukan saya. Hehe. Mari menyedapkan hati. =)




Tengah hari tu kami gerak ke Kuala Rompin terus. Sampai pun dah petang. Sempat masuk sekolah dulu jap dan cari hotel. Hotel yang ketiga baru ada kosong. Esoknya, rabu saya lapor diri di sekolah. Bincang dengan Penolong Kanan, secara ringkasnya saya pilih masuk bertugas 3 mingu terakhir sebelum sekolah buka. Ada banyak hal-hal pentadbiran nak kena uruskan. Orientasi pun dah 3 bulan. Bincang juga dengan partner baru saya yang baru posting, kami pilih untuk duduk di rumah warden asrama di sekolah tu. Jadi warden? Ehem.. teragak2 juga nak terima tapi untuk permulaan mungkin ok juga. Semuanya ada dan lengkap. Tak payah nak fikir cari rumah sewa diluar, transport pun tak payah fikir juga. Makan? Pun free kan. Kakak saya siap perli bagai, dah boleh saya besarkan baju2 yang sedia ada pasal nanti dapat makan free. Hoho. Tolong sikit ea, tahun 2011 adalah tahun D.I.E.T. Hik3. i mesti jugak slim~



2 minggu ini saya masih di teratak bonda & ayahanda......



Kalau direnung2kan.. Saya rasa saya ni dah berganda bertuah sebab dapat Semenanjung. Bukan dapat Sabah Sarawak. Dapat pula negeri sebelah aja. Bukannya kena merentasi beberapa negeri. Dapat sekolah yang di tengah bandar, ada kemudahan. Walaupun bukan di bandar2 besar segah Kuala Lumpur. Tapi Kuala Rompin dah cukup dah. Bersebelahan PPD, dekat dengan stesen bas (senang nak balik kampung, hehe), dekat juga dengan pantai. Dan bolehlah jogging ye? Kalau rajin! Di mana-mana saja pun, asalkan nawaitu kita betul dan ikhlas, segala urusan pasti dipermudah oleh Dia. Betul tak kawan? Terimalah apa yang dah ditentukan. Pasti ada hikmah dan baik buruknya. Apa yang kita suka, bukan semesti untuk kita. Jangan risau, Dia Maha Mengetahui.... =)




Sehingga saya menulis lagi...

SMK Rompin.... aku belajar untuk mencintaimu!