Nuffnang

Saturday, November 27, 2010

cerita orientasi



Salam semua.

Wah! Seminggu tanpa berblog dan berfesbuk. Rasa ‘sesuatu’ yang semacam cantik. Agak mengasingkan diri dan rasa punya kehidupan yang di’privacy’kan. Apapun, saya masih sayangkan orang2 yang sayang saya dan ambil berat tentang saya. =)



Seminggu perjalanan dan penuh kejutan serta kehidupan baru. Bermula dari titik menjalani taklimat dan orientasi peringkat JPN Pahang. Ayahanda dan keluarga kak da menemani dan tunggu saya di sana. Kesian Aqil dan Adeeb bila balik, kena selesema.




Mula mendaftar di Green Park Temerloh pukul 8 pagi. Awal2 dah janji jumpa dengan Haini. Slot pagi tu, maklum sajalah. Baru jumpa, dan macam2 cerita terkeluar. Haha. Tapi, kami menyembang dengan penuh sopan. Sambil mata mendengar taklimat. Satu hari slot yang penuh sampai pukul 10.30 malam. Tapi ok la kan, pasal semua slot tu memang bermakna buat orang2 baru macam kami. Banyak info dan yang lebih penting menyuntik semangat kami untuk mengajar! Bila difikirkan, banyak hikmah juga dapat di Pahang. =)




Malam tidur di katil empuk. Walaupun hati tak berapa nak tenteram duk fikir pasal esoknya, tapi akhirnya lena juga sebab badan dan otak dah letih sangat.





Pagi esoknya, sarapan tak selera sangat dah. Mak aihh, baru tahu macam mana debarannya. Tambah pula perut tak selesa. Memulas2, berdebar nak terima surat agaknya. Kelakar! Paling best la kan, masa penyerahan surat penempatan saya siap sejuk tangan dah. Duk meramas2 tangan si Haini yang kononnya memang tak berdebar langsung. Dah kamu memang tahu dapat sebelah umah kan, mana nak berdebarnya. Hehe. Berbanding dengan saya yang memang menyerah diri bulat2 dimana saja saya ditempatkan. Masa tu muka masing2 penuh suspen. Bila dah dapat surat, si Haini ni lah paling teruja nak tahu saya dapat mana. Adoi. Dan masa nak buka sampul surat tu, agak payah sikit pasal ada gam melekat. Saya dalam hati dan di mulut: manalah aku dapat ni. Apa petanda payah nak buka sampul tu. Then, mata meliar cari nama sekolah kat atas kertas surat tu.....



Kuala Rompin!


Terus tergamam sekejap. Dan cepat2 ambil handphone dan sms seringkas mungkin pada ayahanda. Keluarga mesti tahu dulu pasal tengah hari tu memang nak gerak terus ke tempat saya dapat tu. Then, sms tunang tersayang! Feedbacknya dari dia...



“Jauh tu sayang dari Kemaman. Rompin tu sempadan ngan Johor dah”



Haha. Bertuah tunang. Patutnya cakap la TAHNIAH! Haha. Siap ukur jarak jam lagi dia. Kira-kira 3 jam. Semangat betul dia. Nampaknya, terpaksa juga berjauhan beberapa tahun. Sedih juga pasal duk angankan dapat la Kuantan kan. Tapi tak apa, saya lebih percayakan aturan DIA. Mungkin di sana ada kehidupan yang lebih baik dan lebih berkualiti. Pelajar di Rompin mungkin lebih memerlukan saya. Hehe. Mari menyedapkan hati. =)




Tengah hari tu kami gerak ke Kuala Rompin terus. Sampai pun dah petang. Sempat masuk sekolah dulu jap dan cari hotel. Hotel yang ketiga baru ada kosong. Esoknya, rabu saya lapor diri di sekolah. Bincang dengan Penolong Kanan, secara ringkasnya saya pilih masuk bertugas 3 mingu terakhir sebelum sekolah buka. Ada banyak hal-hal pentadbiran nak kena uruskan. Orientasi pun dah 3 bulan. Bincang juga dengan partner baru saya yang baru posting, kami pilih untuk duduk di rumah warden asrama di sekolah tu. Jadi warden? Ehem.. teragak2 juga nak terima tapi untuk permulaan mungkin ok juga. Semuanya ada dan lengkap. Tak payah nak fikir cari rumah sewa diluar, transport pun tak payah fikir juga. Makan? Pun free kan. Kakak saya siap perli bagai, dah boleh saya besarkan baju2 yang sedia ada pasal nanti dapat makan free. Hoho. Tolong sikit ea, tahun 2011 adalah tahun D.I.E.T. Hik3. i mesti jugak slim~



2 minggu ini saya masih di teratak bonda & ayahanda......



Kalau direnung2kan.. Saya rasa saya ni dah berganda bertuah sebab dapat Semenanjung. Bukan dapat Sabah Sarawak. Dapat pula negeri sebelah aja. Bukannya kena merentasi beberapa negeri. Dapat sekolah yang di tengah bandar, ada kemudahan. Walaupun bukan di bandar2 besar segah Kuala Lumpur. Tapi Kuala Rompin dah cukup dah. Bersebelahan PPD, dekat dengan stesen bas (senang nak balik kampung, hehe), dekat juga dengan pantai. Dan bolehlah jogging ye? Kalau rajin! Di mana-mana saja pun, asalkan nawaitu kita betul dan ikhlas, segala urusan pasti dipermudah oleh Dia. Betul tak kawan? Terimalah apa yang dah ditentukan. Pasti ada hikmah dan baik buruknya. Apa yang kita suka, bukan semesti untuk kita. Jangan risau, Dia Maha Mengetahui.... =)




Sehingga saya menulis lagi...

SMK Rompin.... aku belajar untuk mencintaimu!



1 comment:

Ku Tak Sempurna said...

tahun 2011 thn diet??

hihihihi


gogogogogogo chaiyyookk :P



tahniah... klu dpt sabah sarawak lagi best kaaaan :P