Nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

pre-convo outdoor part 1



Free
tak?


kalau free meh baca.


Jom cuci mata gambar konvo dari kamera cabuk saya yang sangat berjasa nak? Tiba-tiba mood datang. Layankan aje ye? Gambar sehari sebelum konvo. konon-konon buat sesi outdoor lah. Macam pengantin tu.. ada sesi2 bergambar wedding outdoor. huu. Tapi kalau betul boleh buat outdoor wedding kat sini memang cukup cantekk. panorama yang cukup indah. Yang ini decide pun kira macam on the spot jugalah. Ada geng, jadi je apa2 pun kan? :) Geng suka bergambar. thanks to Mr Akem yang sudi bawak kitorang ke Tasik Proton City yang indah sangat2 ni. (Suzi, if read this post, feel free to drop comment. hehe)

Step pertama, bila sampai tu semua pakat keluarkan jubah dari beg. Masa kami sampai tu, kami geng yang pertama jubah pink sampai kat situ. Gambar kat bawah ni konon-konon tengah tlg pakaikan jubah la ---->




Awal lagi kot. Cuaca pun tengah panas. Bila kami dah nak balik, baru nampak beberapa geng lain datang bergambar juga kat sini ramai-ramai. Tapi, masa ni kami tak sempat round semua la. sebab penat asyik gelak aksi melompat yang payah nak jadi tu. hiii. kelakar habis. Dah la panas. pakai lagi beautiful masa tu, mesti banyak kalori bakar. haha. Ada banyak lagi port yang cantik kat sini sebenarnya. Disebabkan takde cermin nak tengok, kena lah bantu membantu kan? --->





Dah siap semua. bawak barang2 yang banyak tu menuju ke jambatan Tembok China Proton City. (Ah, ada aku kesah. tapi boleh la. jambatan tu cantik. kalau boleh buat kat rumah satu, lagi cantekkk)----->




Eh, sebelum tu beratur dulu satu barisan posing beberapa kerat ( tak semua gambar letak sini pasal banyak sangat gambarnya. ---->



Duduk2 pulak kat sini. (pun masukkan sikit). --->




Lambung tinggi-tinggi. Cubaan pertama. Ala.. mortar board tu tak nampakk tali dia la. tak real. ---->




Cubaan kedua. Cantik! OK. dah nampak tali. hehe. ----->



Sesi melompat beramai-ramai. Banyak gambar. Tapi tempek 2 ajela. Yang ni penat jugalah duk gelak-gelak. Adoi. gambar yang kedua tu, tengok saya lompat. Ada gaya kelawar ke? haha. ---->




Tengok inai di jari saya. pakai dengan adik Faa. tengah hari sebelum pegi proton city lah pakai. inai instant tu memang cepat merah. Paksa dia suruh pakaikan. :) hari2 besar dalam hidup wajib pakai inai. ke guane? Masa ni dah nak balik. Penat. pun tetap senyum. pasal rasa bahagia~ ---->




Maaf, cerita ni dah agak basi la. Pasal tarikh kejadian ialah 12 Oktober. Hari ni dah 9 November. Tapi dalam hidup saya, takde istilah basi pun. Apa juga peristiwa manis sepanjang hidup kita pasti wajib kena ingat sampai bila-bila. betul tak? Setelah kita susah payah harungi kisah pahit, tak salah kita nak bergembira meraikan sesuatu yang berharga kita dapat. Selagi kita masih punya orang2 tersayang. Selagi kita masih disayangi orang. Selagi kita punya orang2 penyayang yang boleh untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan kita. Sapa2 yang rasa tak boleh, boleh undur diri. Sila jangan menyemak. :)


p/s: Saja pakai tulisan warna warni sikit.

2 comments:

Ku Tak Sempurna said...

berapa kali melompat??

.
.

kita kalau nak dptkan gmbr melompat, mau turun sekilo baru dpt shot yg cantik.. lompat lebih 100 kali kot


hihihi... kameraman tak pandai amik gambar..

.
.
kita suka citer basi... :D eh.. citer pun ada basi ke :D

Mawar Maizza said...

hik3. KTS, banyak kali jugak lompat tu. fuh. fuh. penattt. memang dah turun skilo agaknya. tu pun tambah yang duk gelak2 lagi. haha.


hihi. lompat dah satu hal. kalao kameraman plak x pandai amik gambar, lagi la penat yang tukang lompat nak lompat. kan? kan?


Ada kot cerita basi. hiii. nanti sakit telinga kalo dengar. :) syhhh~