Nuffnang

Saturday, September 26, 2009

salam mohon ampun

.
.

Salam aidilfitri untuk semua.. rasanya belum terlambat lagi, meriahnya suasana raya tetap masih terasa. hari tu tak sempat nak sampaikan salam aidilfitri lebih awal.. balik kampung 2 hari sebelum raya.. tenet kat umah pula macam siput.. aduhaii. lagi la terasa malas nak mengadap 'mawar terindah' ini..

Aku, yang paling awal sekali sampai di rumah untuk raya ini.. hanya aku yang masih 'seorang', apa lagi.. jadi la tuan rumah.. dari pagi, mulakan servis rumah.. tak habis pun sehari, sambung hari berikutnya.. aku pulak macam dah bertenaga sangat.. ;) biskut raya? satu pun tak terhasil dari air tangan cik mawar tahun ini.. tak sempat lah.. hehe.. (alasan yg paling bagus aku kira..) yang ada pun semuanya hasil tunjuk2 kakak2.. tapi yang mesti ada, tat nenas! sedappp sangat.. seterusnya, menunggu kepulangan kakak2, abang2, dan anak2 buah yang kiut miut..


Di kesempatan ini, cik mawar ingin mengucapkan;

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN,
Salam penuh kemaafan atas segala kekhilafan diri yang serba kekurangan ini,
Ampun segala untuk salah bicara, salah kelakuan, dan apa jua,
Semoga kalian beroleh keberkatan hendaknya..
Amin..

.

Tuesday, September 15, 2009

cerita rindu yg tertangguh

.

sepatutnya yang ini minggu lepas lg bercerita.. tapi disebabkan tersangat2lah sibuk..hee.. baru hr ni cik mawar dapat meng'klik' publish post dgn senang hatinya.. dari minggu lepas hingga ke minggu ni, macam2 berlaku.. ke sana, ke sini.. macam tu, macam ni.. satu penerokaan dalam hidup yang mudah2an akan mematangkan diri.. rasa mcm bertimbun2 tugasan yang tak siap.. tapi minggu ni, alhamdulillah, semuanya dah diselesaikan..

minggu lepas ke Desa Petaling, umah abang, daddy kepada si adin ni.. dah berkali2 plan nak kesana, tapi asyik tak menjadi je.. hari tu nekad jugak pergi sebab rindu sgt2 kat anak buah sorang ni.. dah 2 bulan tak tgk adin.. itupun dyra yg mms gambr terbaru si adin, tembam sungguh pipi die.. gerammnya... w/pun dalam otak masa tu tgh berserabut sgt2, dgn mcm2 benda nak kena pikir.. tapi bila tgk budak comel ni.. terhibur plak rasa.. oh, dia dah pandai membebel pun.. hehe.. adin..adin..

tgk pipi die, tembam.. dah lain sgt berbanding kali terakhir tengok.. kejap je sempat luangkan masa ngan adin..tak mengapalah, raya nanti kita jumpa lagi ya.. ;) pagi sabtu tu, balik ke tg malim, ngan 'my sister' kak da.. yang ini pun ada di upsi sekarang ini, mengikuti DPLI.. sempat singgah di Jln TAR, teman si kakak 'bershopping' baju raya.. ramai orang boleh tahan la.. masing2 sibuk mencari keperluan.. tapi aku hari tu, sekadar peneman ajelah.. tak ada mood nak bershopping.. tapi dalam tak ada mood tu pun, tersangkut jugak pd satu benda! itu mujur tak ada mood... hehe..

lama jugak kami disitu, merayau2 cari baju melayu untuk suami n anak2nya.. yelah, dah ibu 2 org anak ni jadi student balik, tak sempat nak buat persiapan raya sgt.. dia sedih tu, tinggal anak kecil, si aqil.. kalau boleh, tiap2 minggu agaknya nak balik... sabar ajelah kak ye.. hehe.. aqil dah tumbuh 2 batang gigi..



Align Center
apapun untuk budak kecil 2 org ni, tunggu lah raya nanti ye.. kita ambil gambar banyak2.. biar letih kamu berdua ni nak senyum n berposing.. yang penting, shoot yang menarik.. ;)

.

Thursday, September 10, 2009

Jika kau

.
.



Jika kau merasa kecewa,
Pandanglah ke sungai,
Airnya mengalir biarpun
Berjuta batu menghalang..

Jika kau merasa sedih,
pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa
ALLAH SENTIASA BERSAMAMU...



Tuesday, September 1, 2009

pembuka selera.. menu dari kampung...

.
.

..yang penting. menarik, sedap & menyelerakan..

..semangkuk. sedia untuk berbuka..


hehe.. puas hati. lega sebab dapat jugak merasa puding coctail ini. teringin la.. beberapa hari di rumah pada bulan yang mulia ini, memberi peluang kpd cik mawar menyiapkan beberapa menu yang tertangguh.. biasa la, duk umah macam2 terbayang nak makan.. (makan aje aku ni..) .. gambar yg ada ni hanya separuh sebab tak larat nak 'snap' semua.. nanti x pasal2 gmbar makanan banyak2 ni men'cemburu'kan insan2 yang tak balik kampung.. hehe.. teringat pula pd seseorang bila tgk puding coctail yang sedap ni.. (+_-) tak mengapalah...

seronok berbuka puasa di rumah. meriah. walaupun tak semua balik berkumpul.. tunggu sajalah raya nanti.. oh ya. lama x berkesempatan bertemu mata dgn kakak kedua dan ketiga di k. trg nun.. masing2 sibuk, anak2 buah terlibat dgn peperiksaan tahun ini...



...sira labu ni pun best.. air tangan bonda.. cukuplah sedap...

..ketupat sotong..

yang ini paling diidamkan. beria benar aku nak makan. tapi masuk yang ke 4, dah menyerah... hehe.. tau pun cik mawar.. malam tu, terkilan sebab tidur awal, x dapat nak jenguk 'dia' di dapur untuk kali kedua.. ;)

.
.

atas kosong, bawah kosong, aku? terus juga mengosongkan...



.
.



...puasa keenam-10 yang penuh makna...

alhamdulillah, sudah sampai kembali disini dgn selamat pagi ini.. hehe.. puasa yang keenam itu aku buat keputusan balik kampung yg entah siapa duga.. sepantas kilat bersiap semata-mata nak balik berbuka puasa dgn bonda dan ayahanda.. tak sampai sejam. mujur tiket pun ada.. memang dah rezeki cik mawar hari itu.. ;) balik seorang, beranikan diri aje.. sebenarnya, ada sesuatu yg menggerakkan hati untuk balik kampung.. ?? isteri orang yang berdua ini awal2 lagi dah angkat kaki balik umah suami.. yang bujang berdua di atas itu pun sama.. aku paling terakhir tinggal jejak disini, semata-mata tak mahu tewas, tak mahu buka puasa sorang2.. bukan yang lain tak ada, tapi macam sedih je.. lagipun bagus juga, ambil berkat bulan Ramadhan ini bersama bonda ayahanda..



gerak hati bukan sebab apa pun,
tapi sebab aku x boleh sunyi disini sorang2.. huhu.. sungguh tak mampu.


.