Nuffnang

Tuesday, August 31, 2010

hayatilah maksud sebenar kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! MERDEKA!!
31 OGOS 2010.


Sebelum terlambat (semalam seharian saya tak berblog), saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53 buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita dapat menjiwai maksud sebenar kemerdekaan yang telah negara kita kecapi sejak 53 tahun yang lepas. InsyaAllah......

Semalam kononlah terlalu menjiwai sambutan 31 Ogos sampai tak sempat masuk blog ni. Tapi, semalam belum jam 12 malam pun dah terbungkang ayu atas katil. Tak sempat tunggu tengok sambutan kat tv. Hee. (Sejak bertahun2 lalu, malah memang tak pernah saya menyambut malam 31 ogos di luar rumah). Heh, suci murni lagii.... :) Jadi, tengok di tv pun sudah cukup segala2nya asalkan kita tahu menghayatinya. Mana2 pun tiada kisahla.. Selalu tidur awal sejak 2 menjak ni.

Pagi tadi saya ke Pekan Jerteh. Dah niat 2, 3 hari sebelum ni lagi sebenarnya nak mencari bahan2 nak buat biskut raya. Tapi asyik tak jadi. Haih, semangat betul cik mawar tahun ni ye. Dari mana entah datang semangat tak berbelah bagi tu. Nanti saya cerita bab2 bahan biskut tu entri seterusnya ni ye. :)

Haih. Tak lupa juga. TAHNIAH buat kekanda saya Saiful Haizan yang berjaya menamatkan EM1M (Ekspedisi Merdeka 1 Malaysia) setelah 61 hari bermotosikal. Hari ni dah sampai LONDON. Alhamdulillah, segalanya lancar dan selamat. 5hb nanti dijangka tiba di tanah air. Tapi kali ni ayahanda x sempat nak menyambut kepulangan kekanda di KL.

Nak tahu lebih lanjut boleh ke link ini..
ekspedisi1malaysia


credit to his facebook
(pinjam gambar ek. kamu tahu tak kanda, ayahanda asyik menyebut2 nama kamu selama ketiadaan kamu di Malaysia )

Merdeka!
Dah. dah. sambung next entry.


Monday, August 30, 2010

Budak gumuk


Uhh. kejamnya. kejamnya.
JADI, mari pakat2 kuruskan badan sebelum raya!!
Hehe

Sunday, August 29, 2010

majlis berbuka puasa di teratak B&A

Tak ada lagi mood marah2. tett.

.
.
.
.

Jumaat, 17 Ramadhan lepas ada buat majlis berbuka puasa di teratak B&A saya ni. Minggu ni juga jadi minggu berkumpul kekanda2 saya hak lain. Kekangan kerja masing2 selalunya jadi halangan untuk keluarga saya untuk berkumpul. Semuanya sudah berkeluarga dan sekurang2nya dengan majlis berbuka puasa ni boleh juga kekanda2 balik. Ini pun yang di Terengganu dan Kelantan ajelah. Yang di luar kawasan, tunggu raya nanti.

Sangat meriah. Walaupun sangat penat masak2 tapi tetap seronok. Saya pula dengan tangan penuh hitam bermain dengan arang tu, punya susah nak hidupkan. Kata kekanda, isk anak dara buat keje tak jadik2. Haha. Biasela, anak dara kan jarang main arang.

Akhirnya, tengah panggang ayam percik ibarat bersauna. Sudahlah puasa tak boleh minum air kan. Asalnya nak tempah katering tapi tak jadi sebab banyak tenaga dibazirkan nanti. :) Alang2 dah semua ada, masak secara berjemaah.

Seharian masak dan tak sempat on lappy pun. Konon penat yang amat. hehe.

Ayam percik.

Singgang merah daging. Masak kawah oh. Sedappp.


Menu biasa aje. Ayam percik, singgang daging & tulang, ikan keli masak berlada, kacang goreng, sambal belacan, dan ada puding keladi berlapis. Ada la 13 hidangan ++ termasuk di surau sebelah rumah ni sekali.


Sekian laporan untuk Majlis berbuka puasa. :)



Friday, August 27, 2010

perempuan

Kamu lelaki? kamu tahu tak apa itu 'perempuan'? Err. mesti la tahu kan. Perempuan bukan setakat pada jantina oke. Dia juga makhluk, dia juga manusia seperti kamu.. Cuma, dia banyak beza dari lelaki. Banyak yang tidak sama. Sebab itu Tuhan menciptakan 'kita' secara berpasangan. Lelaki & perempuan. Kurus & gemuk (erkkkk..). Tinggi & rendah. Siang & malam. Panas & sejuk. (Haih, penat la nak senaraikan. yang penting kamu tahu kan apa maksud berpasang-pasangan itu. Dari setiap perbezaan itulah, wujudnya istilah saling melengkapi.


Lagi, kamu tahu tak apa maksud saling melengkapi? Kalau belum tahu, sila rujuk Kamus Dewan. Jangan rujuk Tatabahasa Dewan! Tidak pun, kamu punya Kamus Hidup? Rujuklah mana satu, asal kamu tahu apa sebenarnya maksud itu. Saya bukan nak bercerita panjang lebar. (Sekarang ni sebenarnya tengah ambil mood nak ke katil, tapi dihalang oleh belog berhantu ini. Jadi, kalau2 entri ini bercelaru ayatnya, samalah juga sebenarnya fikiran saya yang tengah bercelaru sekarang ni). Saling melengkapi itu wujud disebabkan sifat kita, manusia yang tidak dapat tidak, tidak ada pun yang sempurna. Yang kurang pada perempuan, lelaki yang mencukupkannya. begitulah juga sebaliknya. Kamu tahu tak perempuan itu bagaimana sifatnya? kamu tahu tak bagaimana proses hormonnya bertukar setiap bulan? Satu kitaran yang saling tak akan terpisah sejak dia mencapai umur baligh. Tahu tak... tahu tak... (Dah mula melalut ni...)

.
.
.
.
.
.

Ini nota untuk awak;
Awak, saya tahu awak penat melayan saya bila tiba saat itu setiap kali sebulan. Dah bermacam cara awak cuba layan saya bila saya tengah moody kan. Itu ibarat rutin bulanan saya, awak. Saya selalu tak suka gurauan2 yang sebenarnya hanyalah sekadar gurauan semata dari awak supaya saya gelak, supaya saya mampu tersenyum. Gurauan yang sangat saya suka bila waktu saya normal. tapi cukup sinis dan mengganggu cuping telinga saya bila tiba waktu itu. Uhh. Kesian awak. Selalu kena layan karenah saya. Layan perasaan saya yang entah apa-apa. Teruk kan saya? Saya jadi terlalu selfish teramat sangat. Graf egoisme saya pun boleh mencapai tahap tinggi. Degil. keras kepala yang semakin mengeras. Bila tiba waktu begini, saya harap awak faham, cuba beri saya sedikit masa. sedikit ruang.
Sayang awak!

Thursday, August 26, 2010

Hendak seribu daya, tak hendak pastilah seribu dalih kan?



Ingat lagi tak entri DIET dulu? Dulu bukan main susah tu nak tulis pasal tu. Sebab antara percaya dan tak percaya saya boleh buat. Hanya kita yang tahu diri kita macam mana kan. Bonda dan ayahanda kan memang tak suka saya skip2 makan nasi ni. Tapi setelah ada semangat kental nak tinggalkan nasi tu, banyak yang saya dapat. Entri ni nak kongsi apa yang saya dapat disebalik semua tu;


Gambar atas ni kalau tengok betul2 memang ketara benarlah. Yang tahun 2009 tu masa raya aidilfitri (oktober) lepas. Dan 2010 tu masa saya latihan mengajar (mei) 2010. Kedua2nya baju yang sama, senang skit nak tunjuk perbezaan. Masa 2009 tu, punyalah bulat! Muka pun sembab hasil makan tidur masa cuti semester dan hasil kumpul semester2 sebelumnya. Bila dah turun 13kg, jari pun makin runcing. Heee. Ada banyak lagi gambar 2009 tu, tapi cukuplah kot. Rasa tak mampu dah tempek banyak2. tak sanggup.... (tapi kadang bila takde keje, seronok juga godek2 lappy tengok gambar masa kembung dulu).

Apa yang saya dapat bila dah macam ni?

Pertama keyakinanlah. Rasa lebih yakin nak berdepan dengan orang. Tipulah agaknya kalau keyakinan tak berkurang bila badan berkilo2 naik. Tapi tu mungkin juga sekadar prinsip saya. Mungkin ada yang berbadan besar, tapi keyakinannya tak pernah luntur. Saya respek mereka, kalau ada. Dulu sangat takut bila jumpa kawan yang lama tak jumpa. Mesti ayat pertama yang keluar " Makin berisilah sekarang ni ye..?" Terus mati ayat nak jawab.

Kedua, lebih bertenaga. Dulu masa berisi, alahai punyalah malas nak bergerak. Rasa berat je. Sekarang stamina pun rasa lebih kuat. (Stamina kenalah kuat kan. Nak lawan jerit2 dengan budak, nak main kejar2 dalam kelas lagi. Jadi cikgu kenalah serba boleh kann?)

Ketiga, kepuasan. Kepuasan ni orang lain takkan dapat rasa. Hanya kita yang usaha, bila kita dapat kita akan rasa sendiri kepuasan disebalik segala usaha tu. Setelah kental semangat, tak mustahil kita dapat apa yang kita nak. kita kurus semata2 sebab kita sendiri yang nak. bukan sebab pakwe yang nak kita kurus ye? kalau ada jugak kes ni memang seksa la jiwa kot. Nanti kalau ada jugak, anda boleh cakap pada si dia "Silalah cari orang lain, yang kurus macam awak nak. Saya pun boleh dapat orang yang boleh menghargai keistimewaan yang saya ada. Saya tak sanggup nak kurus semata2 sebab awak!" Ataupun, cinta tak memandang paras rupa. (payah tu nak dapat). Jadi, kalau dah dapat janganlah pula disia2kan ye. Hehe.

Nanti saya sambung lagi kisah tentang ini ye pembaca2 sekalian. Dulu target sebenarnya nak turunkan 15KG. Tapi hanya mampu 13KG dan berhenti seketika bila duduk kat rumah ni. tak banyak aktiviti sangat kan. Tapi, perjuangan untuk itu takkan berhenti selagi target tak sampai. Meh la siapa2 yang nak kawan dengan saya, kita diet sama2 nak?


Catatanku: Encik tunang tak kisah kan walau apa juga keadaan saya? kann?



Wednesday, August 25, 2010

kan dah kena ;)



Semalam, waktu tengah masak lauk berbuka. Saya termangu di meja. Sambil2 tunggu ayam masak kat dapur tu. Bonda ada sama. Disebabkan rasa tak bermaya teramat sangat semalam. Saya cakap kat bonda;

Saya: Penatnya.. x sahur. (Saya bangun sahur, cuma tak jamah nasi je)
Bonda: Tula, kan nak kurus, nak suruh cik abang tambah sayangg. Sambil senyum penuh mulut.

Dah mula perli saya la tu. Saya cakap balik;

Saya: Eh, takdelah. sebelum ni memang dah cukup sayang dah. Cuma nak suruh bertambah2 lagi sayangnya. Lagipun, saya dah comel, cuma nak suruh bertambah2 lagi comelnya. Hihi.

Bonda: iyelah tu... (hihi, bonda dah tak boleh cakap apa dah dengan ayat mati begini)

Itulah, merungut lagi! kan dah kena. mengena dan terkena. Bonda lagi rimas bila sekali sekala saya masuk bilik dia sambil selak baju yang ada berlapis2 lapisan yang membalut perut. (Upss, berlapik ye). Kamu tahukah apa yang membaluti perut itu di bulan2 puasa ni?




Catatan: Encik tunang, awak tak kisahkan siapapun saya? Hihi


Tuesday, August 24, 2010

memori terawih

Salam dan hai semua..

Hari ni panas sungguh ye? Siang tadi, setiap solat fardhu tu saya mandi. Aduhai, cabaran berpuasa semuanya tu. Tapi mungkin juga kurang minum air sebelah malamnya. Target bila berbuka sehingga sahur tu paling kurang nak minum 8 gelas air kosong. Tapi, bila dah mengadap air tebu waktu berbuka tu, rasa payah pulak nak telan air kosong ni. Tekak... tekak.

Itu mukaddimah.

Dah berbuka tu, sementara tunggu azan isyak rehat2 dulu sekejap. Dah azan, barulah saya tergedek2 ke surau. Yelah, surau betul2 sebelah rumah je. Berimamkan ayahanda. Selalunya terawih 8 rakaat + 3 witir. kebanyakan yang datang pun golongan yang dah masuk 40-an. Dan yang veteran2 dulu dah ramai kembali pada Allah. Mungkin dah boleh kira masuk generasi kedua kot.

Sekarang ni bonda dah tak mampu nak jalan ke surau. Bonda hanya solat sendiri di rumah. Ingat lagi dulu2 masa kecik, selalu ikut bonda ke surau. kalau ke masjid, masjid lah. Seingat saya lah kan, dulu bila bonda solat terawih berjemaah ni (ni masa baru2 nak belajar solat terawih la.., dah besar camni tak buat dah) saya tukang duduk je kat belakang. Jadi pemerhati. Selain jadi pemerhati, tukang jaga kueh (moreh). Hehe.

Lepas tu, dah besar sikit, dah pandai sembahyang saya solat sama. Budak2 kecik kan selalunya orang tua letak saf yang belakang sekali. Kadang duduk sebelah bonda. Masa tu 8 rakaat rasa terlalu lamanya lah. Boleh pulak tanya dalam hati kenapalah tak siap2 solat ni kan. Tak pun, dah sampai tahap 'penat' nak sambung2. mintak izin bonda taknak sambung solat lagi. hehe. Tunggu la sampai selesai solat semuanya.

Lagi.. dulu2 bila ikut bonda ke surau ni. Selalu merengek2 sebab lama solat kan. Bila waktu antara solat tu ada doa, mesti saya mintak masuk dalam telekung bonda. Bonda tadah tangan berdoa kat luar telekung la waktu ni. (Haih, dapat bayangan ke tak ni? Dapat la ek..) Nakal sungguh. Agak2 bonda serabut tak ngan perangai saya waktu ni?



Ada lagi.. lepas selesai solat terawih tu kan selalu ada kuih2, moreh la kan. Waktu budak2 dulu, tunggu saat2 ni lah yang paling seronok. Seronok nak rasa kuih macam2 setiap malam. Dulu, kat surau saya ni memang siap buat giliran siapa2 yang akan buat makanan untuk moreh ni. Kalau dulu yang glemernya mestilah Cendol. Cendol pulak banyak versi, ada yang sirap gula, ada yang bersantan tu. Ada lagi 'lompat tikam', onde-onde, puteri mandi, dan mcm2 lagi la. (Ah, abaikan jika kamu tak kenal nama2 kuih ini. nama2 tersebut nama yang saya panggil oke). Dah selesai makan, tolong jadi tukang menyibuk basuh pinggan2 pulak. Seronoknya main air malam2. :) Dah siap semua, baru balik. dan terbungkanglah tidur agaknya selepas tu. Itulah budak-budak.....

Erm.. walau apapun kenangan menjadi budak dulu. itulah sebenarnya yang mencorakkan kita secara tak langsungnya pada hari ini. terima kasih bonda, ayahanda. Mujur juga bonda tak rasa terbeban selalu bawak saya ke surau dulu2 kan.. Macam2 karenah saya ni. Dulu, saya bongsu jadi kemana pun bonda pergilah, mestilah bawa saya sekali. seiring. Betul tak?

Sekarang ni, istiqamahlah untuk bertarawih. menghidupkan kedatangan bulan penuh mulia dan keberkatan ini. Lagipun, terawih kan juga salah satu senaman. Sekurang2nya makanan yang kita makan waktu berbuka tu cepat dihadam berbanding lepas berbuka naik terus atas katil. Merenung perut yang penuh diisi, bukannya merenung untuk menambahkan sedikit pahala yang mungkin masih lagi kurang. Yang kurang tu pada sayalah, bukan pada kamu. :)



catatan: Sebut pasal moreh, sekarang ni kan dah besar, dah pandai kira kalori, dah pandai kenal perkataan diet. Jadi, moreh2 ataupun makan selepas terawih adalah tak berapa digalakkan juga tak perlu diamalkan. Cukup minum air banyak2 sebelum tidur.


Monday, August 23, 2010

ini yang ku janji

Inilah baju yang tungkus lumus saya duk jahit manik mula 1 Ramadhan hari tu. Dah beberapa hari siap, cuma baru hari ni terlepas masuk blog ni. Kali ni memang buat yang simple aje, hanya ikut corak2 yang dah ada di baju ni. Baju ni dark purple. Hadiah masa tunang hari tu. Tunang cakap ni sutera exklusif Terengganu. Bila saya asyik cakap nak cari baju raya, mesti dia bebel. Alang2 dah macam tu, saya buat je baju ni untuk raya. Cantik dan saya suka.

Eh, mesti la suka kann.


Baju ni corak memang terletak cantik di tengah2 bahagian depan tubuh. Lagi senang nak tambah manik. Saya pilih manik Apple Beads kali ni. Gambar2 ni saya zoom dekat2. Jadi, kalau nak tengok corak penuhnya kenalah tunggu model beraksi raya nanti ye. hehe. (takot basi)


Ini bahagian daun.


Corak tengahnya adalah jenis menjalar ke atas.

Ini bahagian lengan. Part ni memang lama sungguh saya jahit. 3 kali tukar corak. Akhirnya say buat yang simple mcm ni sebab kat bahagian tengah tubuh dah sarat. Nanti mabuk pula.

OK.
itu je. ini bukan entri promote baju raya ye.
Baju raya kalian dah siap belum?
Untung saya kali ni, baju dah siap awal.
dah boleh gantung lawa2 dalam almari.

Masih dibuka untuk tempahan. haha.


Sunday, August 22, 2010

sengih2 macam kerang busuk! Err... tapi bukan semua kerang itu busuk oke.

Err, sekejap.

kerang tu busuk kah?
kenapa kalau suka sengih2, orang akan kata 'macam kerang busuk'?


Semalam keluar, sambil2 bayar bil broadband tu, singgah di satu pasar raya ni. Satu2nya yang ada di tempat saya. :) Lorrh? Sambil membimbit dan berlenggang di tempat makanan basah tu, tiba2 nampak kerang yang dah siap direbus ni. Comel je dia bertenggek kat situ.


Belek2 tengok, sikit je ni. Em, kalau dah sikit macam ni rasanya tak jadi masalah. (Siapa cakap?) Err.. dah berkira2 jugak. Nak beli ke tak nak. Beli ke tak? Haih, bukan apa. kalau nak selalu saja mulut sedap tapi badan yang sengsara takdok guna juga kan.

Teringat pulak orang tua2 cakap;
makan sikit tak apa, yang sikit tu la jadi penawar.
Hee.. ada ke?
sudahnya, malas nak pikir2 lagi. Dah makan baru tanggung ye.

Jadinya, hari ni untuk berbuka nanti, saya dah siap masak kerang berempah. Macam masak merah tu, cuma tambah serai, halia dan belacan.

Ini dia.. tapi warna tak cantik sangat sebab saya cepat je tambah lada mesin tu. lupa nak tanya bonda mana letaknya cili kering. kalau letak cili kering tu lagi berseri merahnya ya.

Emm.. berangan teringat pula berpuasa di bumi Tg Malim dulu2. kat bazar Ramadan tu selalu aja ada kerang ni. RM 2 baru cetet et je. Mahalnya.. tapi takpelah, bukan selalu pun boleh makan kerang ni. Jarang2 tak salah kannnn? Hari ni, 12 Ramadan masak biasa2 je. Semalam pun masak biasa2 jugak. Tapi lastnya penuh jugak meja tambah menu yan dibawa kekanda.

Ingat ye, masak biasa2 je. Jangan sedap sangat.

Pagi tadi lepas sahur saya siap pesan dekat bonda lagi. Bonda tak payah la masak sedap2 sangat2. barulah saya ni tak tergoda nak makan nasi. Haih, boleh pulak ye pesan siap2 kat bonda macam tu. Hari ni janji nak makan nasi satu sudu je dengan sambal kerang berempah tu.

Selamat berbuka!


kerana dia nokiaku dibogel!

DONE!

Ok. Puas hati.
(Saya harap dia puas hati dgn apa yg saya buat ni).
Hanya ini je yang saya mampu buat setakat ini
Belum sampai tahap nak buang simkad ni dalam sungai lagi la. :(
Saya sudah membogelkan telefon nokia yang berisi nom 01350*****.
yang satu lagi tu saya sentiasa on.
Saya rasa saya nekad sejak semalam lagi.
selepas dapat mesej itu.
Dia memang gila!
Saya tak pernah jumpa orang segila dia.
Kenapa sanggup lempar kata yang menghiris hati saya sampai ke tulang hitam?
Sudahnya, saya harap semalam adalah kali terakhir dia dengar suara saya.

OFF.

Saya betul2 rasa terganggu.
Selamat tinggal.
Jangan pernah cuba jejak saya lagi.
Binalah kebahagiaan dalam duniamu sendiri.
jika itu yang kamu mahu.

****

Buat encik tunang,
terima kasih kerana memahami
dan terima kasih kerana berada dibelakang saya.
tetap sokong saya walau apa jua terjadi.

Saya respek awak!



Saturday, August 21, 2010

siapa rasa gemuk itu satu sumpahan?


GEMUK BUKAN SUMPAHAN!

Semalam saya asyik sangat google tentang premium beautiful. Yelah, kira2 baru sahaja sebulan saya memakainya. Dan semalam disebabkan takde benda nak buat, saya mendalami lagi tentang itu. Seronok baca testimoni2. Lagi, seolah2 menyuntik semangat yang membara2. Haih.

Saya jumpa entri ni melalui salah satu blog tentang premium beautiful ni. Hak milik asal ialah dari perempuanjomblo. Meh baca. Dan buat kamu2 yang mungkin tergolong mempunyai berat badan yg lebih tapi comel, semoga entri ini tak melemahkan semangat. Saya pula? yang pernah kurus dan pernah gemuk.


Salah satu perkara yang susah untuk dilakukan oleh kebanyakan perempuan di muka bumi ni ialah menjadi seorang yang gemuk - dan gembira.

Kalau pun memang diri dah termotivasi dengan pelbagai input-input positif dan logik, sekali orang panggil dan hina dengan panggilan 'gemuk' - mood terus jatuh merundum ke bumi yang paling bawah sekali macam tak pernah ada esok baginya.

Apa-apa perkara baik berkenaan dengan wanita/lelaki gemuk, selalu di-TAPI kan.

"Shima tu pandai buat kerja, pandai masak, kerja kat pejabat pun awesome, communication skill dia tip top, kulit putih TAPI tu laaaa...dia gemuk,"

"Daniel memang charming, pandai ambil hati perempuan, disukai ramai WALAUPUN dia gemuk,"

Sebenarnya kecantikan adalah satu perkara subjektif yang telah di set kan di dalam kepala melalui saluran media. Melalui televisyen. Melalui majalah dan melalui apa sahaja. Imej-imej yang di paparkan kononnya lebih sedap mata memandang sekiranya model yang di tampilkan berbadan kurus dan ramping. Dan berbuah dada yang besar sebagai bonus.

Kecantikan juga telah dipersyaratkan dengan faktor ketinggian, ukuran pinggang dan pinggul serta warna kulit. Tapi yang utamanya ukuran saiz badan lah. Oleh yang demikian, maka ramai lah perempuan atau lelaki yang kebanyakkan cantik dan hensem, berhidung mancung dan berkulit cerah masih berperasaan rendah diri yang kekal.

Bagi aku semua orang di lahirkan cantik kalau perangai pun senonoh.

Selalunya, kalau pun ada kenalan yang kecantikan tip top, tapi perangai tak munasabah, macam-macam lah alasan yang akan kita berikan untuk menafikan kecantikan dia.

Kegemukan adalah malapetaka kalau sebelum ini kamu bukan lah tergolong dari golongan yang gemuk. Kalau memang kamu gemuk sejak kecil, kamu mungkin dah termotivasi sejak awal. Berlainan dengan orang yang pernah kurus sekejap, lepas tu gemuk balik kerana faktor pemakanan yang buas seperti haiwan. Hati akan mudah terasa bila kenalan lama ajukan pertanyaan bodoh tanpa niat bodoh iaitu

"kenapa kau gemuk sekarang?"

Sampai sekarang aku fikir - apa kejadah jawapan yang paling mustajab untuk soalan tu?

Selain dari mengkecilkan hati, soalan tu juga merupakan killer untuk mood bagi jam jam berikutnya.

Walaubagaimanapun, seperti yang aku cakap, gemuk bukan lah sumpahan. Sampai sekarang aku tak faham kenapa orang jadikan gemuk itu sebagai bahan ejekan. Sedangkan yang ejek tu memang lah kurus tapi hidung kembang macam cawan. Dan bertelinga capang serta berjerawat mengalahkan kotoran di lantai rumah terbengkalai.

Ramai lelaki (atau perempuan) yang aku jumpa yang menetapkan ciri ciri saiz badan sebagai kriteria utama untuk calon teman sedangkan perut sendiri mempunya potensi yang maha tinggi untuk ditimpa malapetaka yang sama seperti kebanyakkan toyol.

Dan yang paling memeranjatkan mereka cenderung untuk menghina orang yang berbadan gemuk berbanding orang yang kurus tapi muka tak berapa nak manis sedangkan si gemuk itu, kalau kurus, akan menjadi 7 kali ganda lebih jelita dan hensem dari si kurus - dan si kurus itu, kurus pun tak manis - gemuk apatah lagi.

Aku teringin nak tahu kalau si kurus di ejek sama macam si gemuk - adakah perasaannya sama?

Tapi - macam yang aku cakap tadi - oleh kerana kecantikan yang subjektif ini telah diobjektifkan dengan saiz dan ukuran - dan kebanyakkan perempuan memang tak pernah berjaya menjadi si gemuk yang gembira - maka tak ada cara lain lagi dah. Kena jugak kurang kan lemak dan kapasiti badan ni.

OK si gemuk sekelian, gemuk bukan sumpahan. So kalau ada orang kurus muka tak seberapa atau orang yang sedang baru putus cinta atau mengalami tekanan perasaan kutuk kau gemok, better kau jangan layan.

p/s: Ada sape2 lagi yang rasa gemuk itu satu sumpahan tak?


kenapa sanggup begitu?


Pernah tak anda sakit hati?
Pernah tak anda rasa geram dgn seseorang?
Dan pernah tak anda rasa bagai hilang bersemangat?

DAN kalau pernah, anda memang manusia yang normal. :)

Oh, perasaan bercampur baur. Sungguh saya tak suka. Semalam payah benar nak lena tidur. Puas pejam, dah lama sikit agaknya barulah saya hanyut dalam mimpi. Semalam, satu panggilan telefon sebelum berbuka puasa cukup menyentap hati saya. Sesudah berbuka, tambah lagi beberapa mesej yang menggugatkan hati saya pula. Sudah tu, malam tadi kedua2nya tergiang2 di fikiran saya. Cukup terganggu la!

Salahkah saya? Niat hati ikhlas dibutakan oleh seorang manusia yang bertopeng. Kadang cukup rasa bodoh dengan semua ni. bodoh dan sia-sia. Tambah lagi, saya seorang wanita yang punyai satu perasaan yang cukup halus. Sangat sensitif untuk dirobek. Entah la, saya dah kehilangan kata2 yang sesuai ni. Macam dah tak boleh nak luah.

Hei kamu, sampai bila2 pun kamu takkan bebas dari fikiran kolot itu! Sampai bila2 pun keadaan tu takkan berubah kalau kamu sendiri tak mahu buka mata luas2. celik, tengok sendiri. dan fahamilah sendiri. Biarlah dia, dengan dunia dia sendiri. Saya tak punya apa2 hak, lagi la tak ada apa2 kontrak berbayar untuk jadi kaunselor untuk dia. Kononlah. Useless!

Sakit dihiris2 dan sungguh rasa seperti dipermainkan. Saya akui, saya lemah untuk waktu itu. Tapi, doa telah menguatkan semangat. menguatkan hati. supaya tak mudah goyah dengan semua ini.

Saya ok2 aje dengan encik tunang. Ini sekadar luahan terhadap kisah silam yang masih diburu. Entah la, saya sendiri tak paham! Bila la akan bertemu noktah.

Saya nak cari seseorang yang boleh tolong saya patahkan simkad ni. Ada tak? Huh! Saya benci dia.


tukar lagi

Salam dan hai semua..

Hari ni dah masuk 11 Ramadhan dah. Cepat je kan masa berlalu? Tanpa sedar dah nak masuk pertengahan bulan Ramadhan dah pun. Itulah masa, tak pernah sesaat pun berhenti dari dari berlalu. Ok. sebenarnya dah beberapa hari tak masuk 'rumah' saya ni. Dan pagi tadi bagai dapat satu perasaan baru. Lepas subuh, saya on lappy hijau ni. Saya masuk rumah ni, dan lama jugak merenung kosong pada papan skrin ni. haih!

Rasa macam nak tukar wajah dia. Saya google, cari mana yang berkenan di hati. Tapi hampa. Dari semalam duk cari, semuanya tak berkenan. Emm, payahnyaa. (Saya mmg susah sikit nak dapat sesuatu yg betul2 serasi dgn jiwa, hee). Akhirnya, saya duk main tukar design yang mana ada je kat blog ni. Dan inilah rupa, wajah terbaru blog saya. Ok tak? ok tak?

Jawab sendiri boleh? Emm, entahla! ok kot buat sementara waktu ni. Nanti bila rajin lagi nak tukar, saya tukar yang lain. ye? Semalam sebelum tidur, tiba2 rasa terdetik nak buat blog lain. Mungkinkah? Sebab kebelakangan ni, saya rasa minat dah terarah kpd sesuatu... Em, biarlah dulu. Oh , tak semangatnya saya..

Hari ni kena langsaikan bil broadband. RM 68. Ada sape2 ada duit lebih tak? hulur la sikit. :)

suami mithali idaman isteri


Lagi kisah menarik untuk dikongsi. Bertuah la si isteri jika dianugerahkan seorang suami yang begini sifatnya ya? Sangat halus, sangat manis, dan pastinya sangat membahagiakan.

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mah...kota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Oleh: Farhana Basri


Wednesday, August 18, 2010

hari ke-8 belum mampu siap


Belum lagi.
nanti dah siap hamba tempek gambar banyak2 ye.

Lambatnyaaa..

Awangku Aqil. (Bukan nama sebenar. :)


Ini gambar beberapa hari lepas. Dah lama x bergambar banyak2 dengan Awang kecik Aqil ni. (Sejak tengok tilawah Al-Quran baru2 ni saya rasa mcm berminat je dgn nama pangkal Awangku ni... Upss.) Nanti boleh la usulkan pada Encik tunang dengan nama ni ye.

Ahad lepas bawa kekanda dan Adeeb ke klinik. Bawa jugak Aqil yang asyik x duduk diam ni. Last2 bila lama sangat menunggu dia terlena di pelukanku. Merengek2 tarik kain rupanya minta didukung. Tahu pulak dia mengantuk.



Pucat je kan muka.
Memang sejak beberapa bulan lepas saya tak suka letak lipstik dah kat bibir. tak tahu kenapa. Muka pun cam pucat je.
Eh, bukan ke berhias itu untuk suami sahaja. kan?

kan? kan?

Tuesday, August 17, 2010

ketagihan puding koktail

Sambung lagi kisah 7 Ramadhan..

Maaf ye, gambar ni saya letak besar2 sikit.
Ini pun gambar pinjam puasa tahun lepas, yang tahun ni lupa nak snap2 gambar bila memasak.

Saya kira hari ini dah masuk hari ke-3 dan berturut2 waktu berbuka ada puding koktail ini. Waah, ini dah jadi tahap nak masuk mengidam sungguh ni. Harap2 takde lagi mengidam yang keterlaluan. 3 hari berturut2 okey!

Bahannya ringkas sahaja;
1 tin susu cair
1 tin koktail (mix fruit)
Nata de coco (biasanya saya guna laici)
kalau rajin boleh juga masukkan agar2 dan potong dadu.

Saya kira puding koktail ni boleh ikut tekak masing2 la kot nak letak apa.

Itu je, yang ini memang ikut selera anak tekak saya. Tak suka letak tepung custard sebab rasanya jadi lain. Dah tak rasa susu cair asli tu. Biasanya juga, saya tak letak air. Cuma masukkan air nata de coco itu je. Gula pun tak perlu dah. Hanya cukup manis2 buah mcm tu je.
Err, mix fruit tu pun sebenarnya saya tak suka sangat. Kalau buat pun, saya tak amik bila makan. Kalau buah laici tu kira ok lagi la.

Eeee. banyaknya tak suka!

Dan, bila banyak sangat yang saya tak suka kan, macam ni je dah kira ok sangat2.

.

.
.
.
.
.
.

V

Haha. Ini dah tahap kena letak nama lain dah ni.
Ini adalah... nata de coco dgn susu cair semata2.

Aduhhh. Tapi, ini lagi sedap. Sangat simple dan asyik. rasa lemak2 dan kenyal2 nata tu memang mengasyikkan. dan kerana itulah, entri ini bernama ketagihan puding koktail.


Hehe.


puasa dan diet


Salam dan hai buat semua.
Semoga masih bersemangat meneruskan ibadah puasa. :)


Puasa dan diet? tajuk bunyi macam semangat aje ye. Urm, sebenarnya beberapa bulan di rumah ni agaknya dah memberi hasil tambahan beberapa kilo berat badan saya. Huu, sangat takut sebenarnya nak tengok jarum penimbang. Mungkin beberapa kilo la.

Mula dari puasa pertama dah berangan2 tak mahu sentuh nasi. Berangan la konon, tapi tak jadi. Tapi sudah 2 hari puasa ini saya tak sentuh nasi. Lagipun nak habiskan Rxlite yang masih ada tu. Sayang pulak rasanya kalau minum Rx tapi x pantang nasi. Tak makan nasi, apa menunya? Saya kembali rutin dulu. Bihun rebus. Lagipun lepas makan beberapa biji kurma, tambah pula air secukupnya. senang saja perut kenyang.
Kuncinya, jangan terlalu ikutkan nafsu.

Okey, baru 2 hari. hehe.

Sepanjang puasa ni pun, saya cuba konsisten pakai beautiful. walaupun duduk2 saja di rumah, tetap cekal memakai benda alah tu. Haa. semangat punya pasal. tak tahu la dapat hasil yang macam mana selepas sebulan puasa ni. Harap2 ada penurunan.

Sekali lagi,
nak cantik kenalah sakit ok.

Cantik bukan sahaja luaran.
tapi juga dalaman.
Bulan2 puasa ni jugak la segala yang kita buat ada keberkatan.
Jadi, buatlah yang terbaik
dalam membuat persiapan.
Dunia dan Akhirat yang pasti.

Selamat Berbuka teman2 sekalian.


Saturday, August 14, 2010

in progress





Sedang menyiapkan manik pada sepasang baju kurung.
Urmm.. kali ini tak perlu mengejar sangat, sebab baju dah siap awal. Sementara menunggu baju2 kekanda siap dan ambil giliran untuk dijahit manik ni. Sementara proses menjahit dilaksanakan, bilik ini memang terpaksa diperintahkan perintah berkurun. Dengan anak2 saudara yang kecik2 molek ni, tak mustahil manik2 ni hilang entah ke mana.

Yang ini saya jahit konsepnya lebih kurang sama dengan yang lepas2. Baru duk siapkan bahagian tubuh. Lengan tak sentuh lagi. Rasa2 nak buat Crumble, tapi tak tahulah pandai ke tidaknya lagi. Cantik juga kalau buat crumble. Tak pun tambah sikit shimmering flora by Kak Nora tu kan?

Tengok la dulu.
Yang ini pun sentuh sikit lepas2 terawih, lepas Subuh sekejap, selebihnya sebelum berbuka. tak pun kalau rasa tak ada mood nak sentuh, memang tak sentuh jugak.
Haha.
Pemalas!


4 Ramadhan



Puasa ke-4
.Alhamdulillah, masih diberi nikmat berpanjangan dariNya.Dapat berpuasa, berbuka, bertarawih & bersahur dengan sempurna bersama org2 tersayang.


Percaya tak?

Setakat puasa hari yang keempat ini, saya belum ke mana2 bazar Ramadhan lagi.. Baik pulak rasanya tahun ini. :) Entah la, belum ada keinginan yang pelik2. Belum mengidam macam2. Setakat ini hanya memasak sendiri. Menu oleh bonda.

Hari ini, bonda dah tanya nak masak menu apa.
Katanya, hari ini nak masak menu oleh saya. Ohhhhh. Tanya balik kat bonda, bahan apa yang ada. Nampak tak? Nampak tak bahawa setakat ini masih tiada keinginan terlampau nak makan itu ini. Heee. Bagus juga macam ni, boleh juga kawal nafsu untuk berdiet. Tapi, nampak gayanya tak berani juga nak letak target berapa kilo.

Tak ada idea ni nak masak apa.
Nampak gaya kena cari resepi internetlah kot.
:)



Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan yang dirindui.. :)


Assalamualaikum w.b.t.

Istimewa buat rakan2 yang menjenguk ke blog hamba yang serba kurang ini. Tak kira follower sejati ataupun follower tak sejati. Silent reader yang mengenali hamba mahupun tak mengenali hamba.. :)

Apa jua gelaran kalian, status kalian. Jika kita memegang status yang sama, iaitu hamba kepada Allah nan Satu, SELAMAT BERPUASA saya ucapkan. Kali ini Ramadhan menjenguk lagi. Ini Ramadhan yang ke-24 dalam hidup saya. Belum tolak tahun saya mula berpuasa masa kecik2 dulu. Apapun, untuk tahun ini saya mengharapkan pengisian yang lebih bermakna. Tambah2 lagi dapat berpuasa sepenuhnya bersama bonda dan ayahanda di teratak ini. InsyaAllah. Lagi bermakna dapat bertarawih berimamkan ayahanda. Tahun ini. Syukran.

Ramadhan ini juga mungkin sedikit berbeza dengan yang sebelum2 ini. Selama 4 tahun lepas adalah di bumi Tg Malim. Berpuasa, bersahur, berbuka, bertarawih bersama2 dengan rakan2. Itu, ini semuanya dengan sahabat terbaik. Situasinya pun mungkin berbeza. Bersahur, walaupun sentiasa dikejut oleh si penggerak masa yang sejati, tetap bangun walaupun hanya secawan nescafee panas cuma. Jarang benar ada nasi sebab tak ada dapur untuk memasak. Biasanya rotilah yang dapat mengisi perut. Bila tiba Ramadhan di perantauan, sentiasa rindukan juadah air tangan bonda.

Tahun ini, saya berada di rumah. Tanpa perlu ke kelas, ataupun kemana2. Tiada lagi mungkin berbuka di kedai dengan teman2. Tiada lagi rutin seperti dahulu. Pendek kata, tiada lagi memegang status pelajar yang belajar. Jadi, puasa kali ini mungkin cukup2 bermakna. Berbakti kepada kedua orang tua tersayang. Sebelum terikat kepada status 'isteri' kelak. Itu lain cerita. Itu dah masuk bab lain. Hehe. Belum tiba masanya lagi.... Jadi, sementara masih menjadi 'anak', saya nak menikmati Ramadhan kali ini sebagai 'anak' puas2.

Puasa kali terakhir di bumi Tg Malim paling manis. Tahun lepas. Manis kerana dapat memasak sendiri juadah untuk berbuka. Walaupun ringkas sahaja, tapi cukuplah dapat rasa itu ini dengan sahabat2. DAN sebenarnya itu ini lah yang menjadikan saya betul2 bulat tahun lepas. Makan macam2. makan sungguh2 ibarat orang frust menonggeng! Huh.

Kali ini.
Canggih sedikit. mungkin. :)
Masa bersahur tadi, bonda dah bercakap2 dengan ayahanda tentang menu berbuka nanti. Saya dengar je dulu. Lepas itu menyampuk. "Cakap je nak makan menu apa, meh nak tolong cari kat internet..." hehe. Yelah, kesian juga dekat b & a, seiring dengan pertambahan usia mereka, selera pun dah berubah benar. tak seperti orang2 muda lagi.

Terawih.
Harap2 terawih kali ini tiada cacat lagi. Semoga terus bersemangat menunaikan 8 rakaat berimamkan ayahanda. InsyaAllah. Tuhan, berilah kesihatan berpanjangan kepada ayahanda dan bonda.


Oleh itu,
SELAMAT BERPUASA buat semua.
Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Kita cuba sempurnakan apa yang kurang.
Dan mudah2an mendapat keredhaan dari Tuhan.
Diberikan kesihatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya.

Salam Ramadhan.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (al-Baqarah[2]:183)

Monday, August 9, 2010

Kisah di Nilai3

Saya baru balik dari Kuala Lumpur & Nilai. Iye, KL lagi.

Bertuah la walaupun tak dapat keizinan ayahanda untuk bekerja, boleh jalan2 pun sudah lebih dari cukup. Hey, saya bahagia apa melalui rutin2 seperti seorang surirumah. tolong2 bonda di dapur. Sambil2 mengadap lappy seharian. Oh, bahagia! Kali ini di sponsor oleh kekanda saya. Terima kasih. Hehe.

Langsir.
Beberapa jam di Nilai 3 sudah cukup buat kaki lenguh. Cari kedai langsir. Memang semua tulis siap dalam 1 jam. tapi sekarang musim dekat2 nak raya, payah sikit nak cari kedai yang boleh ambik siap terus. akhirnya, jumpa juga 1 kedai yang ambil tempahan. siap dalam 2 jam lebih kurang. Langsir untuk bilik bonda.

Ini bukan model langsir. :)
Tapi ini D\di kedai langsir, muka dah pucat dan penat.

Karpet.
Sangat la banyak. penat juga tawar menawar dengan Si penjual karpet. kekanda saya ambil 3 karpet shaggy. Corak semuanya cantik2. Saya jatuh cinta pada satu shaggy berwarna merah jambu polos. Sangat sejuk mata memandang kalau boleh diletak dalam bilik. Tapi, cinta saya itu sekali lagi tak diizinkan oleh Encik tunang.

Baju.
Niat asal saya ke sini nak mencari beberapa kain pasang tambahan untuk raya dan selepas raya. Amboi. kenyataan ini kalau Encik tunang tahu siap la! Tak cukup2 lagi. Setiap kali disangkal mesti saya balas: baju kurung tu kan baju sehari2 saya. Kalau banyak pun takkan jadi banyak. (Ayat berbelit sedikit). Cari dan cari. sampai penat tapi satu pun tak jumpa yang berkenan di hati. Jujur, saya memang payah sikit nak jumpa yang berkenan.

Akhirnya, masuk satu kedai. yang jual kurung siap. Saya jumpa satu kurung moden kain leycra yang memang kegemaran saya. Kain yang lembut dan selesa di tubuh. Bermacam pilihan. hinggakan membuatkan saya tak tahu nak memilih. Ada baju yang dipakai oleh gadis2 Melayu di Tv9 tu. Id perempuan kalau tak silap saya.

Jubah.
Sepasang baju sudah. Saya jumpa satu jubah! pertama kali mata tertancap terus berkenan di hati. Tanpa ragu, saya memilikinya. Juga material leycra. Warna hijau lumut. Jubah raya!


Bahagia untuk tempoh 2 hari tersebut. Iye, 2004-2010.

:)


Shimmering Flora M|Maizza




Baju ini sudah 2 kali dipakai. kedua2nya adalah pada majlis pertunangan sahabat baik dan anak saudara. Tapi baru hari ini saya rasa nak buat satu entri tentang manik ini. Ini design manik sekebun bunga ataupun shimmering flora. Saya ada tengok2 di blog pakar2 seni manik dan cuba jahit sendiri sambil buat sedikit perubahan inovatif ikut kesesuaian dan tahap kebolehan saya. Hehe. yelah, ini kali pertama jahit manik design ini. Cantik! tapi memang perlu sangat tekun nak menyudahnya.

Saya buat di kedua2 belah tangan dan juga di leher.

Kain ini kain satin yang sangat halus teksturnya. Masa tengok2 warna untuk baju tunang hari tu memang berkenan dengan warna ini. tapi, encik tunang tak minat. Jadi, disebabkan cantik, saya beli juga. untuk dibuat baju kurung.

Saya sayang baju ini.


****

Itu antara hasil terbaru koleksi manik saya.

Sekarang ni tengah fikir corak yang sesuai untuk baju raya pula. Tahun ini catat rekod sebab baju raya dah siap sebelum puasa pun lagi. :) Alhamdulillah, mungkin Ramadhan kali ini boleh lebihkan pengisian yang lain2. InsyaAllah.

Saya dah jumpa!


Sunday, August 8, 2010

ketika Allah memilihmu untukku


Buat renungan bakal2 suami. Juga sang suami.
Juga istimewa penghayatan buat bakal isteri dan jua yg sah bergelar isteri.
Karya ini saya petik dari FB seorang sahabat
dan berasa terpanggil untuk dikongsi disini.
Saya pun cukup tersentuh.
TERIMA KASIH TUHAN untuk semua ini.
Semoga dia yg bakal ditakdirkan jodohku adalah suami terbaik untukku.
InsyaAllah.



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar..)


Wednesday, August 4, 2010

minggu ini asyik dengan sotong je.

Semalam lepas balik temuduga, dlm perjalanan tu singgah di kedai makan di Pasir Puteh. Mula2 tengok air jambu asam boi tu, dah kecur air liur. Hemm, masuk kedai lagi la teruja bila tengok ada sambal sotong yang bergolek cantik dalam tray tu. Kata hati dah melonjak2.

Motifnya, nak cakap dah lama blog saya ni tak ada gambar makanan2 kan? Semalam masa tengah makan segan pulak dekat ayahanda nak ambil gambar sotong dalam pinggan saya tu. Hehe. kalau dengan Encik tunang, rasanya dah lama dah. Sotong tu pulak bulat perutnya penuh dengan telur. sedapnyaaaa.

Ini gambar dari encik google. Disebabkan nak tempek jugak gambar sambal sotong ni.

Puas hati sebab boleh makan sambal sotong penuh telur dengan nasi putih. Itu sahaja.




Tuesday, August 3, 2010

selesai di Ahmad Maher. debaran, gemuruh kian beransur. terima kasih!


Alhamdulillah, hari ni sudah selesai ditemuduga.
Lega...


Seawal jam 630 pagi bertolak dari rumah, ayahanda temankan. Jam 8 pagi tepat ujian INSAK bermula. Jadi, kena awal sampai di sana, tambahan pula memang tak menahu langsung lokasi sekolah Ahmad Maher ni. Mujur sempat sampai. Soalan INSAK kali ini mencabar sungguh. Rasa macam tak cukup masa nak jawab. 135 soalan, 30 minit. tapi tadi rasanya 30 minit tu tak macam 30 minit. Antara soalan yg saya ingat;
Anda menjumpai sejumlah wang, anda akan
A) mengambil dan simpan terlebih dahulu B) mengambil dan menyerahkan kpd kebajikan masyarakat

yang lain2 antara ingat dan tak ingat. :)

Masuk bab temuduga lisan. Jam 930 lebih kurang bermula. Saya dapat giliran ke-5 daripada 26. sekali lagi mujur. tak perlu mendera lama perasaan gemuruh saya di luar bilik panel itu. Kedua2 panel ialah lelaki. Alhamdulillah, soalan berkisar tentang pengalaman mengajar, penglibatan KO di sekolah/universiti. dan 1 isu semasa yang diberi pilihan untuk pilih sendiri. Saya memilih isu pemansuhan UPSR dan PMR. Lagi teruja bila kena berpantun dengan spontan. Dua tiga kucing berlari saya mampu lagi. Tapi tak tahu kenapa bila masuk bab pantun tema percintaan saya jadi blurr. Erkk. maafkan saya ye Encik, saya kurang arif bab2 percintaan ni. hehe.

Apapun, saya hanya mampu berdoa dan berserah pada Dia, Dia yeng menentukan segalanya. Saya harap semuanya akan berakhir dengan baik. Usaha sudah. Berdoa sudah. dan akan terus berdoa. InsyaAllah.

SEKIAN.
Malam ini saya migrain. tumpang berpantang dengan kekanda. berbaju tebal dan berstokin. Pinjam tangan bonda minta picitkan kepala. dan alangkah ajaibnya air tangan bonda kan. dengan kuasa Dia juga, sakit kepala dah kurang. Muntah je belom.