Nuffnang

Monday, August 9, 2010

Shimmering Flora M|Maizza




Baju ini sudah 2 kali dipakai. kedua2nya adalah pada majlis pertunangan sahabat baik dan anak saudara. Tapi baru hari ini saya rasa nak buat satu entri tentang manik ini. Ini design manik sekebun bunga ataupun shimmering flora. Saya ada tengok2 di blog pakar2 seni manik dan cuba jahit sendiri sambil buat sedikit perubahan inovatif ikut kesesuaian dan tahap kebolehan saya. Hehe. yelah, ini kali pertama jahit manik design ini. Cantik! tapi memang perlu sangat tekun nak menyudahnya.

Saya buat di kedua2 belah tangan dan juga di leher.

Kain ini kain satin yang sangat halus teksturnya. Masa tengok2 warna untuk baju tunang hari tu memang berkenan dengan warna ini. tapi, encik tunang tak minat. Jadi, disebabkan cantik, saya beli juga. untuk dibuat baju kurung.

Saya sayang baju ini.


****

Itu antara hasil terbaru koleksi manik saya.

Sekarang ni tengah fikir corak yang sesuai untuk baju raya pula. Tahun ini catat rekod sebab baju raya dah siap sebelum puasa pun lagi. :) Alhamdulillah, mungkin Ramadhan kali ini boleh lebihkan pengisian yang lain2. InsyaAllah.

Saya dah jumpa!


2 comments:

Cik Lily said...

Salam. Pandainye buat shimmering flora. Berminat nak buat ni, tapi tak pandai. huhu.

mawar @};--- said...

Wsalam. Lily, sebenarnya xla pandai sgt,uba2 je. SF tu x jadik sgt pun. lain je kn. men ubah2 skit. BUT first try puas hati jugak la. Jom la cuba buat.