Nuffnang

Monday, August 23, 2010

ini yang ku janji

Inilah baju yang tungkus lumus saya duk jahit manik mula 1 Ramadhan hari tu. Dah beberapa hari siap, cuma baru hari ni terlepas masuk blog ni. Kali ni memang buat yang simple aje, hanya ikut corak2 yang dah ada di baju ni. Baju ni dark purple. Hadiah masa tunang hari tu. Tunang cakap ni sutera exklusif Terengganu. Bila saya asyik cakap nak cari baju raya, mesti dia bebel. Alang2 dah macam tu, saya buat je baju ni untuk raya. Cantik dan saya suka.

Eh, mesti la suka kann.


Baju ni corak memang terletak cantik di tengah2 bahagian depan tubuh. Lagi senang nak tambah manik. Saya pilih manik Apple Beads kali ni. Gambar2 ni saya zoom dekat2. Jadi, kalau nak tengok corak penuhnya kenalah tunggu model beraksi raya nanti ye. hehe. (takot basi)


Ini bahagian daun.


Corak tengahnya adalah jenis menjalar ke atas.

Ini bahagian lengan. Part ni memang lama sungguh saya jahit. 3 kali tukar corak. Akhirnya say buat yang simple mcm ni sebab kat bahagian tengah tubuh dah sarat. Nanti mabuk pula.

OK.
itu je. ini bukan entri promote baju raya ye.
Baju raya kalian dah siap belum?
Untung saya kali ni, baju dah siap awal.
dah boleh gantung lawa2 dalam almari.

Masih dibuka untuk tempahan. haha.


4 comments:

nono said...

Wah sayang... cantik sungguh hasil tangan kamu.Jeles ai...:P

Ku Tak Sempurna said...

wah!!

.
.

sy , baju raya pun takde lagi...
uwaaaaaaaaaaa.....

;D

mawar @};--- said...

Azah, cantikkah? hi2. dari duk goyang kaki kat umah ni, ada jugak la benda yg terhasil dr air tangan. hehe.

mawar @};--- said...

KTS, gentar saya bila bila cakap 'wahh'. :) Awak punya air tangan lagi cantekk. kagum saya. ada tgk d mucho lolo tu. sangat cantekk.

Err, meh la kongsi baju raya. hehe. cepat2 beli. nnti xde size.