Nuffnang

Friday, May 8, 2009

seronoknyee... kahwin! :)



waahh.. cuti semester dah bermula. cuti sekolah pun bakal menyusul tak lama lagi kan? seronoknyee.. macam2 dah plan ni.. harap semuanya bakal berjalan dgn lancar. yelah, rancang org bujang2.. apalah sangat.. upss.. kembali kpd tajuk. bukan aku pun yg akan kahwin.. hehe.. aku masih single.but not available (k mega yg ckp).. bakal2 pengantin yg akan melangsungkan pernikahan pada cuti penggal sekolah ini mesti dah tak sabar2 menunggu hari bahagia. cuti sekolah memang dah jadi tarikh pilihan. sebab senang untuk berkumpul keluarga, sanak saudara, dan teman2.. pasti majlis lagi meriah. yg penting, lebih ramai yg blh menyumbang tenaga.. macam di tempat aku pun, tradisi 'big work' masih tetap utuh diamalkan. pengalaman yg sungguh manis. walau penat tetap seronok. teringat kopi hitam pekat tu. sungguh sedap bila sekali sekala minum. aku boleh la dikatakan cukup pengalaman. merasai sendiri majlis perkahwinan kakak2 dan abang2 aku. manakan tidak. 8 drp 10 dlm keluarga aku sudah punya keluarga masing. aku ke-9. tengah menunggu giliran ni.. hehe. aku? masih belum tiba waktunya lagi. (cant wait!).. tapi tetap sabar menunggu saat manis itu. hehe..

walaupun saat aku belum tiba, aku dah terima byk undangan kahwin untuk penggal cuti sekolah ini.. waah! tahniah buat teman2 yang bakal menjadi raja sehari. insyaAllah, cuba untuk memeriahkan majlis kamu. teman2 baik dah pun tersenarai kali ini. nampaknya sem hadapan aku bakal bersama dgn isteri2 orang. hehe.. harap2 aku pun bakal dapat auranya nanti.. antara 3 yang rapat, juga rakan di UPSI ni..



Nur Hayati (kak tie) &
Zaidi (AZ)
(31.05.09)

Roshazima (kak ma) &
Wan Mohamad Shafarin
(04.06.09)

Norhaini &
Fakhrul Asyran
(06.06.09)

Utk 3 pasangan ini;
TAHNIAH! selamat pengantin baru. moga kekal ke akhir hayat ye.. semoga berbahagia.. nanti cepat2 timang anak.. nanti cepat i blh jadik 'aunty'.. hehe.. tak sabar tau.. mesti anak2 kalian comel2 mcm mummy n daddynye.. :) InsyaAllah, aku akan hadir di hari bahagia kalian. andai tiada sebarang halangan.


Doa Buat Pengantin;
Dari setinggi dan seluas kasih sayang Mu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kpd pengantin suami isteri. berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga perakhirnya. sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan, dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kpd mereka zuriat yang soleh dan solehah. dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih kagi di akhirat.
..amin ya rabbal alamin..

Thursday, May 7, 2009

.selamat pagi CINTA.


dalam mengisi kebosanan.. pagi tadi sempat layan cite "Selamat Pagi Cinta".. cerita ni dah lama kan? cuma aku je yang baru tgk.. huhu.. lakonan Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani... mengisahkan dua kisah cinta yang berbeza.. kisah pahit manis perjuangan cinta yang suci. mungkin. percaya kepada satu firasat. yg nyata indah. dirasai oleh dua jiwa. hadir tanpa dipaksa2.

aku menulis mungkin kerana ingin meluahkan sesuatu. walaupun mungkin aku takkan berjaya mencurah segala apa yg betul2 berada dalam hati aku saat ini. kisah yang betul2 meresapi jiwa aku. perasaan aku. terlalu dekat rasanya. berjaya selami watak sampai mencurah2 air mata.. aduuh. betul! my housemate pun terkejut bila tgk reaksi aku sampai macam tu. takpe, aku tak kisah pun, sebab hanya aku memahami apa yang aku rasai. ok. kisah itu sangat menarik. so sweet. situasi begitu memang pasti wujud dalam realiti sebenar kan? suatu perasaan sama dimiliki dua jiwa. itukah yang dikatakan instinct? firasat?. aduh. macam mana nak gambarkan ni? ada perkataan lain yang lebih baik tak? hurm... walaupun tak ambil masa yang lama untuk mengenali, perasaan yang dikurniakan itu pasti sudah cukup untuk merasai keserasian yang sungguh luar biasa spt itu. indahnya! andai sudah jodoh, tiadalah kemana kan? kerana... jodoh, pertemuan, rezeki sudahpun ditetapkan oleh Dia yang Maha Mengetahui segala apa yang tidak kita ketahui. cepat, lambat? juga sudahpun ditetapkan.

awak suka saya?
lebih dari suka. hampir kepada sayang.
(o_O)

nasihat buat diri sendiri: pelajarilah dan baikilah kelemahan tanpa rasa jemu. supaya apabila tersungkur, kita tidak akan lagi tersungkur untuk berkali-kalinya. keistimewaannya manusia dikurniakan akal fikiran, jasad, gerak rasa, dan darah merah mengalir. maka, gunakanlah keistimewaan ini dan janganlah sekali berasa rendah diri tapi jangan pula berbangga diri. kerana berdirinya kita sama tinggi. dan duduk kita sama rendahnya. sentiasalah baik sangka. fikir positif. walaupun diri sentiasa dikasari. dilukai. dikasari. kerana yakinlah bahawa kita akan dapat yang terbaik untuk diri kita. dengan izin Allah The Great.. tenanglah dan senyumlah dengan ujian yang mendatang. kita hanyalah pelakon yang melakonkannya di pentas kehidupan. dan yang pasti ramai yang menjadi penonton.. ;) percayalah..


aduhh!. kan lebih manis. indah. dan terang andai dia mampu berkata-kata.
aku pun tak pasti apa yang aku bebelkan ini.

Wednesday, May 6, 2009

destinasi seterusnya


my next destination?


..ni tandanya hati yg kini sedang berbunga2.. o_O

akhirnya..perjuangan yang 6 sudah selesai sepenuhnya.. aduhh.. langkah keluar dewan SITC dengan perasaan penuh lega pagi tadi. hati dah berbunga2 keriangan.. he2.. w/pun hati yg berbunga ini sebenarnya bukan pun menggambarkan kepayahan sebenar menjawab peperiksaan td.. parah.. parah.. sungguh kecewa. hanya yang terlibat tahu betapa parah kertas td.. alahai, tanda kemerdekaan yg mungkin sekecil cuma.. ape yg penting? dah tak perlu ngadap buku lama2.. mungkin bukan bebas sepenuhnya.. masih ada beberapa perkara belum diselesaikan.. semacam byk perkara yg sedia menunggu giliran bermulanya esk.. tapi nampaknya juga ada yg perlu dipinggirkan ats beberapa sebab dan alasan.. 0_O

petang sedia terisi. hantar barang2 ke pihak pengurusan bahtera terrace. barang yg agak byk. bukan agak je sbnrnye, mmg byk.. yelahh, dah namanya perempuan kn, serba serbi ada. itu. ini. penat sampai terasa sakit pinggang. aduhai.. tak pernah pulak rasa mcm ni sebelum2 ni.. mcm sesuatu tau. gara2 barang tu atau aku yg dah tdk berapa sihat. sungguh. sakitnya sampai malam ni terasa2.tak pasal2 dah kena meniarap atas katil, utk hilangkan sakit ni. malas nak manja2kan dgn ubat. sebb klu sakit yg satu lagi tu menyerang aku takkan teragak2 telan ubat. jadi, biarlah sakit yg tu je dimanjakan.. huu~ (ade ke?).. dalam sakit2 tu, sempat pulak pegi merayap rumah seseorang. perlukah dirahsiakan atau d'publish'kan namanya disini? tumpang n tlg tgk je kawan tu buat gubahan hantaran kahwin. kahwin? kahwin? seronoknya.... ;)

masih tak pasti nak balik hari ape.
macam nak balik awal. tapi rasa pulak macam nak duduk sini utk beberapa hari lagi. rasa berat hati. tapi tak tahu pulak berat hati untuk apa. kenapa dgn aku ni? tapi tiket hari jumaat. ke KL dulu ke? plan asal nak p KL. tapi macam takde mood pulak. so? tunggu jelah esok. sebenarnya ada sesuatu yg menanti di rumah! meronta2 nak balik kampung awal ni. rinduunye pada bonda dan ayahanda.. ank saudara yg masih kecil itu.. dan rindu kat bilik!

menunggu telefon bbunyi.. seseorang yg ditunggu2.. tp nmpaknya sehingga malam bakal melabuh tirai, bayangnya tak jua kunjung2.. apa nak buat kan.

(o_O)
..............

Sunday, May 3, 2009

.mengapa aku?.

.lantas aku tewas lagi. masih untuk itu.

("_")


Friday, May 1, 2009

.kisah mawar.


Satu kisah untuk dikongsi bersama. Begitu tertarik dan teruja membaca kisah mawar ini. Mesej yang ingin disuratkan adalah sangat indah dan menarik. Sambil menghilangkan kebosanan waktu ini, sambil melayan sembang beberapa sahabat di ym, sempat aku petik kisah mawar ini dari satu laman web (lupe web apa, kalau tak silap kisah teladan). Bersama kita selami….


Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda yang mempunyai tunas mawar. Ia ingin sekali menanam mawar itu di kebun di belakang rumahnya. Bergegas, disiapkannya pasu kecil tempat mawar itu akan tumbuh berkembang. Dipilihnya pasu yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di sudut yang cukup mendapat sinar matahari. Ia berharap, tunas ini dapat tumbuh dengan sempurna.

Disiraminya bibit mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dirawatnya pohon itu. Tak lupa, jika ada rumput yang mengganggu, segera dicabutnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu kemudian, mulailah tumbuh kuncup bunga itu. Kelopaknya nampak mulai merekah, walau warnanya belum terlihat sempurna. Pemuda ini pun gembira, kerja kerasnya mulai membuahkan hasil.

Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Ia nampak hairan sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Ia kesal mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan mawar-mawar miliknya.

Sang pemuda berkata dalam hati, "Mengapa dari bunga seindah ini, tumbuh banyak sekali duri yang tajam? Tentu hal ini akan menyulitkanku untuk merawatnya nanti. Setiap kali kurapikan, selalu saja tanganku terluka. Selalu saja ada ada bahagian dari kulitku yang tergores. Ah! Pekerjaan ini hanya membuatku sakit. Aku tak akan membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri penganggu ini."

Lama kelamaan, pemuda ini nampak enggan untuk memperhatikan mawar miliknya. Ia mulai tak peduli. Mawar itu tak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini kelihatan merona sayu. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun layu dan kering.

** TAMAT **

Pengajaran disebalik kisah ini;


Kisah tadi memang sudah selesai. Tapi, ada ada satu mesej tersirat yang dapat kita raih menerusi kisah ini. Jiwa manusia, adalah juga seperti kisah tadi. Dalam setiap jiwa, selalu ada 'mawar' yang tertanam. Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat. Tuhanlah yang meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Namun sayang, banyak dari kita yang hanya melihat "duri" yang tumbuh. Banyak dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering menolak diri kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tak mahu menerimanya. Kita berfikir bahawa hanya hal-hal yang melukakan yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk "menyirami" hal-hal baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tak pernah memahami potensi yang kita miliki.

Oleh itu, jika ditemui "mawar-mawar" indah yang tumbuh dalam jiwa kita itu, kita pasti akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita akan teruja untuk membiarkan mawar itu berkembang, dan terus berkembang sehingga berpuluh-puluh tunas baru muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita.
Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari indah kita. Semoga kita temui "mawar-mawar" ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa kita. Mungkin ya. Mungkin juga kita akan melalui onak dan duri, namun janganlah itu menjadi penyebab untuk kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan kita akan tergores dan terluka, tapi janganlah itu membuat kita bersedih nestapa.

Teman, biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaan-Nya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadi bibit dan benih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan biarkan mereka juga menemui keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-bibit mawar cinta itu kepada setiap orang, dan dapat berkembang di dalam taman-taman hati kita.