Nuffnang

Tuesday, August 25, 2009

edisi isi masa terluang: manik oh manik :: hee..



minggu ini, hobi yang satu ini semakin menjadi2.. hehe.. yang ini sangat2lah juga ber'hantu'... seronoknya lah si jarum, benang, dan manik2 ini dapat menari2 hasil sentuhan tangan cik mawar ini.. (*_+) namun, tidak tertanding lagi rasa kepuasan yg dirasai apb mendapat hasil yang sgt2 lah comel.. huu.. kali ini cuba versi yang sedikit berbeza, tambah seri pada corak2 bunga.. nampak lebih berseri2 lah.. ringkas namun tetap anggun.. itulah yg cuba disampaikan.. tapi kain ni kena byk b'sabarlah, 'lembut' sgt.. huhu..


-separuh dari koleksi-

sekarang masih tekun menyiapkan.. agak mengambil masa. kerana? ini hanyalah sekadar edisi isi masa terluang.. hehe.. tapi bila dah disentuh jarumnya, susah pula nak dilepaskan.. faham sajalah.. usah diganggulah cik mawar.. sedang fikir idea untuk di lengan baju pula.. ada idea? kuntum2 bunga pun comel kan.. macam ni >>>


ok tak?




... tak sabar menunggu hasil ...

Sunday, August 23, 2009

salam Ramadhan




Sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dgn penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosa yang la
lu"....




* * * * * * * * * * *


hari pertama puasa:
6.30pm hubungi bonda..

"menu apa hr ni bonda?"
"masak gulai ayam kampung..."
aduhhh! tiba-tiba je rasa nak terus balik umah.. seronoknya kalau boleh rasa 'air tangan' bonda saat ini.. rindunya bonda.. huu~ ank bonda ini tak memasak hari ni.. huhu.. sedihnya.. menunya hanya intai2 di bazar ramadhan.. tak mengapalah, agak penat.. pagi tadi ke perkampungan Orang Asli di Kg. Serigala, siapkan tesis yang masih banyak berbaki.. setakat ini, alhamdulillah..


Semoga dgn keberkatan Ramadhan ini kita akan menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu2 hitam yg bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata2. ttp puasa adalah berlapar disamping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.


Selamat Berpuasa untuk semua..
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan..

Friday, August 21, 2009

saya punya DIA


pagi2.. merenung kotak kosong di mawar terindah..

Thursday, August 20, 2009

kesulitan itu yang nyata.....


.. KESULITAN..



... sesungguhnya setiap kesulitan yang kita hadapi akan menguatkan hati, menghapus dosa, serta menguburkan rasa takbur. kesulitan-kesulitan itu akan mengelakkan kelalaian, menyalakan zikir, menghiasi diri untuk selalu berbuat baik kepada setiap makhluk, menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang2 soleh, merupakan bukti ketundukkan kepada penzalim adalah sebuah penyerahan diri kepada Dzat Yang Esa, sebuah peringatan diri, sebuah usaha untuk menghidupkan zikir, sebuah usaha untuk menjaga hati dengan bersabar, sebuah persiapan untuk mengadap Tuhan dan melepaskan godaan untuk menggantungkan hidup pada dunia dan merasa aman dan tenang dengannya. kerana kelembutan yang tersembunyi itu jauh lebih besar, dosa yang ditutupi itu jauh lebih besar, dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih besar!

Jangan Bersedih! sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebingungan. Jangan Bersedih! sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik, dan ada amalan yang memberikan manfaat. Jangan bersedih dan jangan menyerah kepada kesedihan... solatlah... bertasbihlah... bacalah... menulislah... bekerjalah.. bersilaturrahimlah... dan merenunglah.....



Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;


... dan Rabbmu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu." (Al-Mu'min:60)

Berdoalah kamu kepada Rabbmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al-A'raf:55)

Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadah kepadaNya...
(Al-Mu'minun:14)

Katakanlah: "serulah Allah dengan seruan Ar-Rahman. Dengan nama mana sahaja yang kamu seru, Dia mempunyai Al-Asma' Al-Husna (nama-nama yang terbaik)... (Al-Isra':110)


.
.
.
.
.
.


cik mawar,
tabahlah hadapi segala kesulitan.. pasti ada kemanisan disebaliknya.. ;)

Saturday, August 8, 2009

pelangi untuk dilihat.. bukan untuk ditangkap.....




...sesi melayan perasaan...

(he2.. ape2 jelah cik mawar)


sungguh indah bukan tatkala melihat pelangi..? pelangi yang munculnya setelah renyai mengundur diri.. namun agak jarang berpeluang memiliki peluang seindah ini.. jika dahulu, berada di bangunan tinggi itu, peluang itu selalu ada.. tapi bukan lagi sekarang ini.. menatapnya seolah-olah wujudnya satu pengharapan.. harapan itu harus sentiasa ada, cuma janganlah terlalu berharap, apatah lagi memberi pengharapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu tu kan? betulkan andai sy silap.. cuba fahami dgn mata hati.. namun tak semua sebegitu.. sesetengahnya pula memang wajar begitu.. pelangi cukup sinonim dgn warnanya yang berwarna warni kan. sebab itulah ia cukup indah... begitu juga dgn kehidupan yang sedang kita tempuh ini, penuh warna warni.. keceriaan, kebahagiaan.. cuma terpulang pada kita untuk meneroka.. terokailah sedaya yang mungkin.. harapannya? cuma satu! ada sinar kebahagiaan..



Tajuk N3 di atas, dipetik dari buku Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.. "Pelangi Untuk Dilihat, Bukan Untuk Ditangkap".... Nasihat beliau; tidak usahlah memikirkan pelangi. bagaimanapun indahnya pelangi, kita tidak akan mampu menggapainya. pelangi memang indah tapi ia cuma ilusi. bagaimanapun kita berusaha untuk mendapatkannya, ia akan semakin menjauh. mengejar pelangi hanya akan membuahkan kekecewaan. ibarat pelangi, semua orang berhak melihatnya tapi tiada siapa pun yang boleh mengambilnya.... ;)


tersiratnya di sini, aku sedang membaca buku2 motivasi.. hehe..krn memikirkan aku semakin lemah.. aku perlukan semangat itu kembali...! ada sesuatu menjeratku.. kerana aku sangat lemah dalam soal memberi harapan pd orang.. tak mampu tapi tetap jua memberi peluang itu.. aduuh! akhirnya aku jugak yang tewas..

(+_+)

Friday, August 7, 2009

sungguhlah lega ....




disebabkan terlalu angau ptg td, aku sempurnakan juga hajat mencari si cadbury ni.. dalam fikiran, mesti dapatkan jugak.. aduhh! aku ni dah lebih dari mengidam dah.. huhu.. alhamdulillah, hajat kesampaian.. senyum.. tanda lega.. puas hati. tapi nasib baik la jugak tak semua yg berunsur coklat aku borong.. hehe.. tp boleh tahan la..



.
.
.
.
.
.
.




nah.. tgk ajelah.. janji coklat, pantas aje aku amik..


.
.
.
.


bytes jadi mangsa pertama.. hehe..



apa kena ni cik mawar? agaknya.. masih 'frust' sebab terpaksa balik lebih awal ke sini.. sungguh cik mawar belum puas menikmati hari2 di kampung.. huhu... kpd insan yg menggunakan panggilan itu untuk sy, terima kasih.. ;) sungguh saya suka nama itu..


@};------

rindu aku bertandang lagi.. teruja! teringin! ohh..





aduhh! benda ini mengganggu fikiran aku lagi.. waktu ini, dimana harus dicari ya.. harus keluar mencari! sblm bertolak balik mlm td, sudah beberapa kali pesan pd diri sendiri.. tapi terlupa lagi.. untuk ambil stok dlm peti ais.. ahhh! tapi tdk mengapalah.. huhu..



***********

*********

*******

****

**




oh cadbury!!

senyum berseri2.. dah kawen ye awk?




kisah ni buat aku tersenyum seorang.. ;)

alkisahnya, suatu ptg tu, aku ke kedai aksesori hp.. berbaju kurung hijau dan cincin manis di jari.. dapat cincin lagi!hehe.. hadiah dari bonda tercinta..(cincin dr bonda ye, bukan cincin dr sape2)..entah kenapa, ramah pulak si abg yang jaga kedai tu menyapa aku.. mungkin hari itu aku senyum memanjang.. apa kenanya aku ni? entah laa.. tanya sama hati!


"abg, mintak la kurang sikit harga ni.."
"alaa, duit kan banyak tuu.."
(sambil tgk purse hitam aku, dlm hati, isk budak ni..)

"mana ada, keje pun belum cik abg oiii.."
"yela tu, kalau lum keje pun, suami kan ada.."

????
dlm hati dah nak tergelak..

"mcm mana nak ada suami, kawen pun belum bang.."
"tipulah.. muka awk ni berseri2 sungguh.. mesti baru kawen ni kan.. bahagia sungguh nampaknya ni.."

aduhhhhh! aku pun dgn selambanye jawab..

"a'a bang, memang pun, bahagia sungguh kawen, syurga kan di bwh tapak kaki suami.."

haah.. amik.. kan tak pasal2 memaksakan aku jawab sedemikian.. ngeh3...


dalam hati, tertanya2.. agaknya apa kena dgn senyuman aku hari tu.. nampak berseri2 macam orang kawen? hehehehe.... senyum manis? senyum gatal? senyum ikhlas dr hati? walau apa pun, aku belum kawen lagi laaaaa... huhu.. tapi aku tak kisah, andai serinya muka aku hari itu menampakkan aku sedang di ambang bahagia, aku terima dgn pasrahnya.. jawapannya? memang aku sedang berbahagia.. ;)