Nuffnang

Saturday, August 8, 2009

pelangi untuk dilihat.. bukan untuk ditangkap.....




...sesi melayan perasaan...

(he2.. ape2 jelah cik mawar)


sungguh indah bukan tatkala melihat pelangi..? pelangi yang munculnya setelah renyai mengundur diri.. namun agak jarang berpeluang memiliki peluang seindah ini.. jika dahulu, berada di bangunan tinggi itu, peluang itu selalu ada.. tapi bukan lagi sekarang ini.. menatapnya seolah-olah wujudnya satu pengharapan.. harapan itu harus sentiasa ada, cuma janganlah terlalu berharap, apatah lagi memberi pengharapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu tu kan? betulkan andai sy silap.. cuba fahami dgn mata hati.. namun tak semua sebegitu.. sesetengahnya pula memang wajar begitu.. pelangi cukup sinonim dgn warnanya yang berwarna warni kan. sebab itulah ia cukup indah... begitu juga dgn kehidupan yang sedang kita tempuh ini, penuh warna warni.. keceriaan, kebahagiaan.. cuma terpulang pada kita untuk meneroka.. terokailah sedaya yang mungkin.. harapannya? cuma satu! ada sinar kebahagiaan..



Tajuk N3 di atas, dipetik dari buku Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.. "Pelangi Untuk Dilihat, Bukan Untuk Ditangkap".... Nasihat beliau; tidak usahlah memikirkan pelangi. bagaimanapun indahnya pelangi, kita tidak akan mampu menggapainya. pelangi memang indah tapi ia cuma ilusi. bagaimanapun kita berusaha untuk mendapatkannya, ia akan semakin menjauh. mengejar pelangi hanya akan membuahkan kekecewaan. ibarat pelangi, semua orang berhak melihatnya tapi tiada siapa pun yang boleh mengambilnya.... ;)


tersiratnya di sini, aku sedang membaca buku2 motivasi.. hehe..krn memikirkan aku semakin lemah.. aku perlukan semangat itu kembali...! ada sesuatu menjeratku.. kerana aku sangat lemah dalam soal memberi harapan pd orang.. tak mampu tapi tetap jua memberi peluang itu.. aduuh! akhirnya aku jugak yang tewas..

(+_+)

2 comments:

cempakasilver said...

cayunk...harapan utk sape tue?
huhu..suspen nie..

mawar @};--- said...

he2.. jgn terpedaya sgt.. cyg mengarut je tuh... (leh caya ke? ngeh3)