Nuffnang

Thursday, May 6, 2010

pra perpisahan: laksam oleh cik mawar


Ini sambungan kisah tepung beras cap gelang tiga yang tak jumpa. tapi akhirnya diganti dengan tepung beras cap teratai.

Semalam, berkampung di rumah dila dan ina. Memasak laksam yang pada awalnya permintaan kak shikah, cekgu di PUSING itu. Setelah berbasa basi, akhirnya pada hari itu jadi konon2 majlis pra perpisahan buat saya dan haini, cekgu praktikum di sini. Menu utama laksam. Ini kali pertama masak laksam tanpa ada bonda disisi. (hehe...) Kalau sebelum ni hanya tolong2 bonda di dapur sahaja. Kali ni terpaksa jadi ketua chef. Tapi, walau apapun, berpuas hati sebab menjadi. Alhamdulillah. Risau juga kalau2 bancuhan tepung beras tu tak menjadi...

Hampir 4 jam menyiapkan menu ini. dibantu penolong chef: haini, dila dan ina. Lama juga bersauna di dapur dengan wap 2 kukusan itu. Bakar lemak. hehe. JOm layan gambar.

laksam sedang dikukus

hasil gulungan dan juga yang sudah dipotong bulat2.

yang ini kuah laksam (ikan, santan, bawang merah, putih, halia, lada hitam, asam keping, garam secukup rasa)

comel2 laksam ni.. :)

ini pula ulam untuk dimakan dengan laksam tadi. bawa ke sekolah, ada cekgu yang gerun bila tengok belacan tu hidup2 saya bawa ke sekolah. tanpa dibakar atau digoreng. hehe

*
*
*

Jamuan bermula:
Mujur tekak orang perak boleh terima makan laksam ni.
Ada yang cakap sedap.
Ada yang minta resepi.
Ada juga yang suruh buat lagi sekali sebelum balik terengganu.


Lega. Puas hati. terima kasih sebab sudi makan.
hehe


Wednesday, May 5, 2010

jam 4

tempat:
bilik guru.

kondisi:
sedang menghidu bau! menunggu jam 4 tak lama lagi. kelas selepas rehat. goyang kaki dulu.

~yummy~

Monday, May 3, 2010

minggu depan

~Di ambang kebebasan~

Sebelum ni, asyik mengira berapa lama lagi nak habis. Dah habis kira bulan, kira minggu, kemudian kira hari lagi. Tapi minggu ni lagi seronok. Kalau orang tanya:

"Bila habis?"
: Minggu depan!

Tapi kan lagi seronok menunggu, bila orang tanya nanti,

Bila habis?
: Esok!


1 Mei

1 Mei 2010.

Mulanya berempat. Dua ditarik. Tinggallah berdua sahaja hujung minggu ini. 1 Mei ini cuba memenuhi undangan perkahwinan seorang sahabat di UPSI. Juga sedang berpraktikum. Memasuki fasa kedua. Tahniah sahabatku. Istimewa buat Zura dan suami. Pengantin memilih tema merah putih. Sangat cantik, ceria dan padan dengan mempelai. Hurmm... Tengah hari sampai, usai sahaja bersanding. Awan mula berarak mendung. mengeluarkan titisan air! Mulanya ingatkan hujan biasa2 sahaja. Tapi seluruh Ipoh mungkin waktu itu hujan lebat. Walau apa pun, majlis tetap berlangsung dengan baik walaupun sedikit terganggu dek air yang bertakung.
sama cantik, sama padan kan? TAHNIAH buat Zura dan suami.

Ramai juga sahabat seperjuangan hadir sama.

Makan berdua. Lauknya sedap. membuatkan saya terliur. Hehe. Pantang letak tepi sekejap.

Hujan membasahi. Kesian bunga yang cantik itu terpaksa bermandikan hujan.

1 MEI ini penuh dengan urusan perkahwinan.
Dari pagi sampai malam.
wink. wink.


Sunday, May 2, 2010

hari panas disejukkan CENDOL PULUT.


Cuaca hari ini panas terik. Kain di jemuran cepat kering! dan saya di rumah ini tidak selesa. Petang tadi, selepas mencari tepung beras cap tiga gelang yang tak jumpa2 di Batu Gajah, sempat pula menyinggah di satu gerai terpampang: CENDOL. Aih, dah lama tak menikmati. Saya bersama suzie, dia yang sudah 2 hari asyik merungut pasal durian. pun akhirnya terkena cendol. bukan durian. durian tu panas dikk. berduri lagi haa.. tak payahlah!

Sudah hampir 4 bulan di Batu Gajah. lagi 2 minggu bakal berakhir barulah tahu kewujudan gerai cendol pulut yang sangat sedap ni.

Suzie, kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak pun gerai ni? : Alah, dah rajin sangat berjalan.... (iye, disebabkan sangat rajin berjalan, baru hari ni dapat cendol)
masih tak puas hati

Kak, hari-hari memang ada disini ye? : Takdelah, jumaat sabtu ahad je. kalau cuti sekolah, barulah hari-hari. Oooooo...

yang ini cendol pulut jagung.

Sudah la hari ini panas terik. Ditambah pula sony ericsson kesayangan tuh buat hal. Kameranya rosak lagi. Sedihnyaaa. Apa yang harus dibuat?


Berlalu sudah cuti 2 hari yang boleh dikatakan bermakna. Rehat dan jalan-jalan sekadar yang mampu. Sempat menghadiri majlis kahwin. Sempat merasa nasi minyak. walaupun minggu ni hanya kesana kesini berdua, bersama suzie. Yang penting sudah dapat mengurangkan segala kekusutan di hati dan juga otak! Semoga lepas ni, tiada lagi kekusutan2 seperti ini. Mohon dijauhkan.

Apa kena mengena dengan beras pulut cap tiga gelang di atas?
Nantikan kemunculan.
hehe



bercampur baur


kalau boleh, saya dah serik, saya sudah tak mahu lagi mencoret sesuatu yang datang dari hati lagi di sini. sama dengan entri sebelum ini, HIPOKRIT! Sangat penat bila terpaksa bermain hal-hal sebegini. duniawi semata-mata. bukankah? saya lemah awak. sangat-sangat lemah.

Tapi, saya masih begini.....

Keadaan juga masih seperti itu.....

Saya dah beri laluan yang jelas di hadapan mata dia. Saya dah bekalkan dia secukupnya (mungkin). Saya hanya mampu melambai dari jauh. DAN saya mengharapkan dia menemui kebahagiaan di sana, bersama dengan yang itu. Saya ikhlas. Ikhlas melakukan semua ini. kerana menyedari saya sudah mendapat jawapan dariNya... Saya ikhlas mendoakan awak bersama dia!

Saya..?
Saya pun bahagia.
Mencari kebahagian buat selama-lamanya....

Jangan cari saya lagi.

(*_*)