Nuffnang

Wednesday, January 26, 2011

Mood jalan-jalan buat tambah lemak di badan


Ada lagi sambungan gambar dan cerita. =)
Saya punya blog dan saya punya ruang untuk tulis, apa-apa jela kan? Hari tersebut, niat asal mahu survey barang. Survey maknanya window shopping jela kan. Pasal gaji tak masuk lagi masa tu. Tapi saya ni pelik sikit. Jarang2 je boleh WS betul-betul, pasal selalu kalau niat shopping tu mesti shopping jugak. Jadi, bila tak banyak dana, niat nak window shopping pun jadi hilang! terus tak semangat. Tapi sempat jugak tengok-tengok mana nak diintai. =)

Takde mood nak shopping. Best jugak ambil angin. Pergi Telok Chempedak. Lagipun tak pernah sampai situ. So, itu kali pertama la saya sampai sana. pun malas nak jenjalan panjat jambatan panjang tu. yang kelakar, mana-mana pun tempat saya pergi, mesti tak jauh dari pantai. Balik kampung pun, lepak pantai. Duk Rompin pun dekat pantai. =)



Masih pagi masa tu. So, banyak bergambar aje la. Mujur ada photographer yang sangat memahami. Pandai dia pujuk saya dengan ambil macam2 pose. Sukaaalah~ Err.. Bila tengok gambar kann.. rasa sedih! kenapa la muka saya sudah kembali membolatt. waaah, x suka.... penat kena diet semula neh.



Beli keychain. Haipp. konon la tanda kenangan. Haha. Ini yang tepi2 pantai. kalau yang dekat deretan kedai tu lagi rambang mata tengok. Semua macam cantekk. Mujur la saya ni bukan penggemar keychain sangat. Setakat nak ada letak kat kunci je. Satu untuk saya. Satu untuk dia. =)

Alia comel lote.

Ah. Bercinta betul. Bila tengok gambar ni kan, rasa macam dah layak benor jadi mummy. Haha. Tak pasal-pasal dapat request dari seseorang: yang dia teringin nak ada baby. Ohhh. Ohhh. Si comel dalam gambar ni namanya Alia Amalia. Cepat je boleh mesra dengan saya. =) Siap ajak main pusing-pusing lagi. Geramm betul.






.
.
.
.
.
.
.
.
Nak habiskan stok gambar yang ada! He he.

mencintaimu......

Tajuk takde kena mengena dengan cerita.

Akhirnya, dah boleh peluk cium dia dengan rasmi. =) Ehh, jangan silap paham tau. Saya dah jumpa dengan kekasih hati depan mata minggu lepas. Hurmmm, dalam ada konflik pasal saya tak mahu asalnya warna hitam ni. Lastnya, dah pun menerima dengan yakin. Mungkin hitam lagi cun dan menawan. kan? Sebenarnya, begitu admire dengan warna baru persona elegant: bronze garnet. Tapi dah elok sampai ke proton, enjin pulak ada masalah. Dan kalau saya nak juga yang itu kena tunggu sampai 3 bulan. Hohoho.

Serius, masa nak pilih warna tu kan, rasa nak buat isktikharah je. Huu. Mungkin ada hikmahnya semua tu... =)


Tak sempat nak tunggu CCT. Beza seminggu je lepas blacky saya ni keluar, dah ada jumpa CCT di jalanan. Ohhhh! Tapi takpe.. pasal nombor tu dah cantekkk. =) Overall, saya sangat suka ccs9575 itu.



waaa. blacky tercucuk paku! Mujur terperasan & bawak g kedai. =) RM5 aje, paku dah dicabut dan ditampal. Selama bertahun saya pandai bawak kereta, langsung tak tahu menahu pasal kereta. Tahu bawak je. Nilah kelemahannya. Teruk tak?

tolak tepi semua pantang bila dengan dia. aduiii~

Hujung minggu lepas, adalah misi saya menghapuskan bayangan kerja-kerja penting. =) Seminggu konon diet, tak makan nasi, lastnya hujung minggu tolak tepi semua pantang sebab kalau orang tu ajak makan, memang saya tak mampu nak tolak! Haha. kesiann saya kannnn? ;p

Dah hampir 2 bulan duduk di kuala rompin ni, baru je minggu lepas makan udang galah yang disebut2 di Leban Chondong. Dekat aje dari Kuala Rompin. Abang saya dari mula-mula saya dapat posting kat sini lagi, dia promote udang galah Leban Chondong pada saya. Ada deretan kedai makan kat tepi jalan. Bawah pokok dan kalau dari Pekan ke Kuala Rompin: kedai tu sebelah kanan.



Orang kata udang ni udang sungai. Tapi tunang saya kata lepas makan dia rasa udang tu udang bela je. Saya pulak? Tahu makan aje. Hik hik. Agaknya orang biasa makan memang boleh tahu isi udang tu macam mana kan. Sedap tak sedap? Memangg sedap.


Tengokk. Licin saya makan. Udang kalori tinggi bukannn? ;p


yeaaa..
makan lagi prosperity.
bertambah la gemokk ye.



Tapi.....
nak makan lagi.....
(haih, nak kena ketuk kepala ni..)




Biru juara......!



Assalamualaikum.


Agaknya bunyi macam sibuk benar kan kalau kata sampai tak sempat nak update blog. Tapi gitulah kenyataannya. Sebenarnya, tiap2 petang bila balik sekolah, rasa penat betul badan. Mungkin campur penat otak berperang dengan pelajar. Sekejap nak kena set kepala nak ngaja Bahasa Melayu. Sekejap nak kena set kepala nak ngaja Geografi. Jarang-jarang ajar Literasi Komputer. Hihi. Macam kelakar je saya ni. Minggu pertama macam susah sangat nak hafal kelas. Dalam sehari memang berkali-kali tengok jadual. “Eh, kelas ni aku ajar BM ke... Geog ek..” Haha. Tapi sekarang dah masuk minggu 4. Dah cair kat dalam kepala yek.


Dah habis membebel.


Sabtu lepas sekolah saya sekolah ganti bagi cuti Tahun Baru Cina. CNY nanti kami cuti sekolah seminggu. Jadi, kenalah ganti sekolah. Ganti hari sabtu dan pengisiannya aktiviti merentas desa tahunan. Iyelah, kan agak liat sikit kalau nak ganti hari sabtu dengan adakan p&p macam hari biasa. Budak2 pun belum tentu semua yang datang. Diorang sayang betul cuti hujung minggu 2 hari. Sudahnya ada yang ambil cuti lebih sampai hari isnin pasal sabtu dah sekolah.


Kali ni saya tak dapat tugas khas jaga apa-apa masa merentas desa tu. Cuma, ditugaskan membantu rumah sukan: uruskan budak-budak. Lastnya, seronok la saya sekejap ke situ. Sekejap ke sini. =) Haha. Bohong!


Tapi kannn, tak sangka rumah sukan saya menang JUARA keseluruhan! Waah, betul-betul kagum la dengan pelajar saya pasal tengok dari segi kehadiran, rumah sukan saya tak ramai sangat. Tapi mungkin sebab banyak dapat mata, boleh menang. So, dont judge a book by its cover~


Balik merentas desa berkejar-kejar pasal ada orang belanja makan satar n keropok lekor yang sangat: perghhhhh sedap!! =)


Meh la layan gambar.

kami semua cik: zila, Ajmal, Suhad & saya...

Ada orang jeles bila tengok gambar ni. Tingkatan 5 je baru..

Di padang..



Dah tamat larian, harus serah balik penanda checkpoint: gelang getah.


=)

Sunday, January 16, 2011

macam macam kisah.



Hari ni hari ahad. Cuuti lagi. Langsung lupa saya je cuti. Orang2 Trg-Kelantan sekolah dan berkerja kan. Bila terima call dari encik tunang baru perasan yang dia kerja hari ni. Haha. kejam saya ni. Lupa nak wish 'morning'. Pagi tadi tak boleh lelap pulak lepas Subuh. Selalu laju je kan tarik selimut lepas solat Subuh. Hihi. yelaa, hujung minggu aje pun boleh buat macam tu. Pagi-pagi semangat saya buka BUKU REKOD KEDATANGAN pelajar. Banyak lagi tak penuhkan maklumat dalam buku tu. Saya sumbat telinga dengan handsfree, dengar lagu yang rancak-rancak sikit, maka laju lah jawabnya tangan saya menulis. =) uwaaa. banyaknya kerja terbengkalai. Saya tak suka pasal bila banyak kerja tak beres, saya jadi serabut. Dan bila saya serabut mudah nak jadi emosi. Mudah jugak nak sakit kepala. Haipp.

Saya hampir terlupa nak ceritakan sesuatu kat sini. Banyak tauu kisah-kisah manis sepanjang menetap di bumi baru ni. Bila ada benda saya tak suka, nangis sorang-sorang. Bila ada benda yang mencuit hati, rasa nak senyum sorang-sorang. =) Hari-hari jumpa pelajar kan, hari-hari juga jumpa situasi baru.

Itu belum lagi masuk bab kecoh di kelas-kelas yang saya mengajar kata saya ni muka macam Jue Aziz. Alahaiii sayang, mahu gugur jantung cekgu bila dipanggil begitu. Macam mana lah ye diorang ni dapat pulak nampak saya macam tu. Mula-mula masuk satu kelas, buat biasa lagi. Aih, masuk kelas kedua pun, kata gitu jugak. Puas saya menafikan sambil senyum-senyum malu. Haha. Asyik merah je muka bila diorang panggil macam tu.

Soalan2 yang biasa: "Eh, cikgu tak shooting ea hari ni?" "Alaaa cikgu, sama la.." Haipp, comel betul anak-anak murid saya ni. Paling tak tahan. Diorang panggil saya cikgu Jue. Hik3. Errr, saya langsung tak perasan ok. Abaikan. Abaikan.

Ini pulak cerita yang membuatkan saya rasa: "oh, sweetnya diorang tu". Saya masuk kelas 2A macam biasa. Ajar Bahasa Melayu. Hari tu saya mengajar KOMSAS. Saya ada buat aktiviti kan. Panggil wakil datang berlakon kat depan ok lagi. Masuk bab saya soal-menyoal entah macam mana diorang bising pulak, dan tak mahu buat apa yang saya suruh tu. Bukan semua la. Beberapa orang je. Tapi entah macam mana jugak, tiba2 saya jadi sensitif pulak: pasal hari tu banyak kelas dan penat. Tiba-tiba saya diaammmm aje. Satu kelas dah mula senyap. Lepas tu saya buka mulut dan keluarlah ayat-ayat menyentuh perasaan diorang agaknya. Saya tak marah pun. Saya cuma luahkan rasa kecewa saya aje masa tu. Bak kata Lily: ayat touching. =) Kebetulan ada 5 minit je lagi nak habis waktu saya tu. Saya keluar je kelas tanpa sempat diorang ucap 'terima kasih cikgu' & tak sempat jugak salam-salam dengan pelajar perempuan.

Aih, baru sekejap duduk kat bilik guru. Datang la sekumpulan pelajar perempuan. Mintak maaf dengan saya dan salam2 kat bilik guru tu. Uit, maluuu saya tau. Cikgu-cikgu kat bilik guru tahu laa lepas tu kan. Segan oh saya. Lagi sweet: pelajar lelaki pulak datang pujuk bawak air tin bagi saya. Itu pun sebab ada sorang cikgu saja pergi takut2kan diorang n cakap: kalau nak suruh cikgu Ros tu maafkan, awak kena bagi air tin. Hiii.


Ya Allah. tak sangka pulak macam tu kisahnya hari tu. Padahal saya bukan apa-apa pun. Ala, marah cikgu pada anak murid bukan disimpan dalam hati pun kan. Tapi, yang penting bagus jugak la diorang tu macam tu. Sekurang2nya masih sayangkan kita. Dan hormatkan kita. =) kenyang saya waktu rehat tu dapat minum air soya pemberian anak-anak comel 2A saya. Alahaii. lain kali boleh merajuk lagi la ye. =)


Haha. mengada pulak cikgu ni. takde yang nak pujuk baru tahu.





luaran dan dalaman belum tentu sama. kannnnn?



buka
buka segala pintu
biar masuk segala
biar dirompak segala
biar dirasuk segala
buka
biarkan saja
buang kuncinya jauh-jauh
buang kebukit sana
buang kelaut sana
buang keawan gemawan
buka
buka
buka!



Ah! Rasa sangat teruk. Dihempap 'sesuatu' yang sungguh menganggu ruang minda. kenapa saya diberikan hati yang halus dan sensitif kadang-kadang. Tak suka. Tapi hanya mampu akur, memikirkan bukan hanya untuk diri semata-mata. Biarlah. Bukan semua yang kita mahukan terjadi, akan betul-betul terjadi.


Mengharapkan kekuatan. Saya lemah untuk harunginya seorang.




p/s: Emosi sikit.
Menangis dalam ketawa, orang nampakkah? orang tahukah?







Thursday, January 13, 2011

Sudah mula latihan merentas desa: alahai sekolahku~


Tahu tak, serius saya rasa saya tak cukup rehat dan tak cukup waktu TIDUR sepanjang minggu ni. Rindu sangat nak peluk bantal lama-lama. Tiap2 malam rasa sekejap aje dah pagi. Paling tak suka bila tengok jam: pukul 6 pagi. Huhu. Isnin-Khamis minggu ni ada di sekolah sampai 5-6 petang. Mesyuarat dan ada latihan merentas desa. Eh, rasa macam awal je kan minggu kedua dah mula latihan merentas desa. Saya pulak macam jakun pasal latihan ni dah ikut trek sebenar. yela.. saya rasa masa zaman saya sekolah dulu, latihan setakat kat padang macam tu je. Eh, ye ke? Saya siap kena jaga check-point bagai. Hiii.



Dah dua hari berturut-turut jaga check-point dengan Ajmal. kawan baru kat sekolah tu. Semangat jaga check-point pasal ada kawan satu kepala buat teman sembang. Letak kereta bawah pokok dan duduklah kami kat tepi jalan tengok2 budak lari. Eh, macam segan je pasal ramai sangat orang lalu.


Hari kedua ni, ada kes lucu masa jaga checkpoint. Ada 2 orang pelajar Cina lelaki dan diorang ni kiranya masuk kategori sampai lambat la. Bila dia lalu tepi saya dan Ajmal, kitorang tegur la. Tanya dia: larat lagi ke nak habiskan. Yang kelakar budak tu boleh tanya dan reaksinya terkejut: "Awak ni cikgu ke?" Saya dan Ajmal terlopong dah. Saya jawab jela: "yela... cikgu la". Budak tu tanya lagi kali kedua. Dia macam tak percaya yang kitorang ni cikgu. Eee, geramnya rasa. Hii. Rupanya pelajar tingkatan 1. Mana dia nak kenal kalau saya tak ajar dia kan. Tapi lucunya soalan dia tu. Dah sah2 la haku ni cekgu. kalau tak, takde masanya nak jaga korang kat tepi jalan tu.


Tiba-tiba rasa terfikir. Ah, kan lagi bagus kalau saya ikut sama joging kan. kan. kan? ;) Minggu depan ada sekali lagi latihan. Then, hari sebenar merentas desa Sabtu nanti. Sabtu sekolah tauuu. Cuti ganti Tahun Baru Cina. Maka, berkurang lagilah ruang untuk saya bersuka ria di hujung minggu.




Wednesday, January 12, 2011

Tak sabar mahu peluk cium dia~




CCS 9575
~12/1/11~

Hari kelahiran "my elegance".


terima kasih Allah.
=)


Monday, January 10, 2011

mengidam tak jadi.


Hari ni, pukul 5.30 baru sampai rumah. Perghh, lamanya kat sekolah hari ni ye. Habis p&p tadi ada mesyuarat. Setiap hari Isnin memang ada mesyuarat. Ada pulak 4 taklimat dalam mesyuarat tadi. Sampaikan mahu termengantuk dalam mesyuarat tadi. Bayangkan la, otak dah penuh la bila petang-petang. Tapi apakan daya.... berseronoklah dalam apa jua benda yang kita buat. Barulah rasa tak bosan dan terpaksa. Akhirnya, kena la juga merawat hati sendiri kan. huk3.

Sebenarnya otak macam tak terfokus lagi untuk mengajar semata-mata pasal awal tahun ni terlalu banyak aktiviti kat sekolah. Dan yang paling sibuk mestilah guru kelas. Itu ini, gitu gini. Tadi taklimat SMM (Sistem Maklumat Murid) dah tak berapa berkesan dalam kepala. Hihi. Teruk saya ni kan. Ahhhh. Tiba-tiba rasa cuti 6 bulan lepas macam tak cukup. Sekarang dah tiba masa untuk saya menghargai ruang rehat yang diberikan pada saya berbulan-bulan lepas.


Kat sini dah mula hujan tak berenti. Tak lebat pun tapi hujan je dari pagi sampai petang. Balik je petang tadi, ada pulak budak comel, Mila termengidam nak makan cendol. Haih, saya pulak hantu cendol pulut kan. Memang ada satu gerai yang sedap kat sini. Lagi satu sup. Jadi, sejuk-sejuk macam ni memang kena sangat rasa nak makan sup-sup. Cendol pulut tu toksah kira la kan, tak kira sejuk atau panas. Layann aje.


Tapi, yang sedihnya, baru je berangan nak makan, kedai tu pulak tutup. Mungkin sebab dah lewat sikit kami pegi, tambah hari hujan. waahh, kecur air liur, punya la teringin sangat nak makan. Last-last kedai dah tutup. Sarah suggest kedai alternatif yang agak glemer kat sini. Hii. Kami pergi kedai Kama. (Eh, betul ke gitu namanya ye..?)



Abang ni tengah ambil order. Kesian dia pasal layan karenah kami yang teringin nak makan macam-macam. Siap tanya lagi. kenapa takde cendol kat kedai tu. Hu2. Kelakar. Si abang tu pulak, melayan pulak siap penerangan bagai pasal apa cendol takde kat situ. Sabarr ye bang.



Teringin nak makan yang bersup. Saya makan kue teaw tomyam. Macam lama dah tak makan. Kat sini air special: Kelapa float. Gambar kat atas tu. Memang kaw. RM 3 per gelas.

Main tembak-tembak dengan Cik Mila. Haha, baru perasan yang dah lama benor saya tak buat tangan macam tu. Pasal dah lama macam budjet posing orang besar-besar kan. Matured la konon. Hihii. Ah, makin boolatkah saya? Dah janji dah ngan Zila, masuk rumah baru nanti saya nak mula diet gila-gila. Hiii.


Ini Sarah & Zila. Semua masih ber'tittle' cik ok. Perasan tak kami berbaju kurung? Hii. Masa ni dah dekat pukul 7 dah. Mesti orang-orang kat kedai tu pelik sikit kan. Kononnya meraikan Ana Raffali juara AJL. Ahh, tak puas hati betul saya. =( walaupun semalam tak tengok sampai habis pasal macam tak menarik je. Katil lagi menarik-narik tubuh saya untuk landing.




Daaaa~
kenyang dan balik rumah.
Ahh, pukul 8 dah rasa mengantuk.
Nak tido.
Nak tido.



=)


Friday, January 7, 2011

Sudah setelkan di Muadzam.



Yeayy! Hari ni hari Jumaat. Dah berlalu 5 hari yang agak menyesakkan untuk minggu ni. Rasa macam tak lepas je nak bernafas. Jadi, mula malam ni boleh la nafas dengan lega sikit. Berangan nak siapkan rancangan mengajar untuk seminggu terus minggu depan. Ohh. Buku rekod mengajar tu belum sepenuhnya saya setelkan. Minggu ni tak payah hantar untuk disemak lagi. Ada lagi benda tak di touch up.


Khamis ialah hari kuning. =)


Hmmm.. Saya rasa macam berhutang beberapa kisah tentang bakal buah hati baru saya. Ok. Masa sungguh la cemburukan saya. Kenapa la ek. Jangan la cemburu2 sangat. =) Bakal buah hati tu dah pun dipinang dengan selamatnya oleh si tunang kesayangan hamba. Rindunya tunang saya (tiba-tiba). Huhu. dari A-Z semuanya dia uruskan. TQ. Nanti dinda belanja hadiah best ye. =). Minggu depan insyaAllah dapat la buah hati saya tu.


Sangat banyak yang nak di'sign'.

Jadi, semalam saya ke Muadzam dengan Zila. Kawan satu sekolah dengan saya. Paksa jugak Zila teman pasal nak pergi tandatangan loan agreement untuk buah hati saya di Bank Islam. Oh, satu hal la pulak pasal di Rompin ni takde Bank Islam. kena la ke Muadzam, itu kira yg paling hampir la. Lepas je habis sekolah, cepat2 berkejar ke sana sebelum 4.30, bank dah nak tutup kan. Dekat sejam jugak la Rompin-Muadzam. Mujur la si Zila ni tahu jalan nak ke sana.


Saya pernah cerita yang saya jumpa seorang sahabat lama kat sini. Kawan masa di MRSM YT Besut lagi. Akhirnya jumpa bila dia dah kerja, saya dah kerja. Dia sangat baik hati ok. Yus bagi pinjam kereta dia. Hehe. Nak ajak dia sama tak boleh la pasal dia kerja office hour kan. Oh, mujur sangat. Saya ni jenis pemalu nak pinjam2 tapi Yus ni macam memahami je. Hihi. Ini ayat dia ok: Tak payahla nak segan2 dengan aku. Apa guna ada kawan kat sini kalau tak boleh nak mintak tolong. waah. terharu saya. iyela.... segan tau nak guna kereta orang. =) Thanks Yus, nanti i belanja u makan besh. Bila dah dapat gaji. Hihi. Selamat 3 hari jugak kereta itu dengan saya.



Hihi. yang ini sangat comel. Masa tunggu Zila solat di masjid Muadzam tu saya snap bunga comel ini. Duduk sorang2 mula la tak boleh duduk diam. Hii. From Lovely Lace. Nanti lepas ni nak cari satu! Ada tak sape2 nak tolong hadiahkan untuk saya benda alah yang comel dan wangi ni? Sangat suka bau dia....

Yang ini harus cari. Jatuh cinta pada baunya. Cuma titikkan pada potpuri bunga comel tadi.


Sampai Rompin pun dah petang, dah dekat 630. Agaknya dah lama tak pegang stereng, penat jugak. Sampai je Rompin, cari kedai cendol pulut yang bestttt. Untung, memang sangat sedap. Sape nak makan cendol pulut besh datang Rompin. Saya belanja. =)



Wednesday, January 5, 2011

Ohhh. jangan kata mudah~


Malam ni saya pinjam masa sekejap nak update blog. Lepas ni nak buat kerja-kerja guru kelas sikit. Ah, baru tahu bukan senang nak pikul semua kerja dalam satu-satu masa. Saya memang kurang boleh nak buat banyak-banyak benda dalama satu masa. Mula la rasa sentuh tu, sentuh ni tak kena belaka. Sebenarnya dah mati ayat nak tulis pasal dalam kepala sangat FULL. Cuma perut je macam EMPTY. Bila penat, selera pun tak berapa nak ada.




Eh, sebut pasal selera, dah lama tak timbang berat. Dah la dekat sebulan konsisten pakai beautiful. yeayy. tahniah untuk diri sendiri. =) Tak sabar jugak nak hadiahkan sesuatu yang berharga untuk dia. Haha. (Ngantuk2 pun sempat lagi nak mengada kan. :p)


Minggu pertama sekolah memang banyak kerja nak kena uruskan. Dulu masa jadi student tak rasa pun tu semua. Sekarang barulah dapat rasa semua tu ye. Hari ni uruskan buku teks untuk kelas saya. Saya kan guru kelas. Tadi, masa tengah agihkan buku-buku yang banyak tu kesian pulak kat mereka. Pasal saya emo sikit tengah hari tadi, mereka kena marah ngan saya. huu. Penat la karenah budak-budak ni. Saya guru kelas yang hujung ok. Tapi takpe, saya sayang mereka. Rasa macam anak sendiri pulak. =)


Mereka sangat memerlukan kasih sayang ok. Ada waktu kita patut marah, kita marah. Ada waktu kita patut berkasih sayang, kita berikan sepenuhnya pada mereka. Saya sedih juga pasal bila ajar, mereka susah sikit nak faham. Saya pulak macam rasa bersalah je kalau bila ajar, budak lambat nak faham. Jadi, nak taknak terpaksa la soal-jawab banyak2 sikit, ulang-ulang supaya mereka ingat dan faham. Beza pendekatan dengan kelas budak pandai.


yang penting, baru tiga hari ni saya penat sangat. tak sabar nak tunggu malam pasal nak tido. Hihi.

Jangan berani kata jadi cikgu adalah kerja yang paling mudah. =)


Sunday, January 2, 2011

hijrah seterusnya: rumah baru.

Ehemm. Meh-meh nak tunjukkan rumah-baru saya. Waah, bunyi macam rumah baru beli je kan . Tapi, idaklah begitu. Rumah-baru ni rumah baru nak masuk. Kat sini ada kompleks kuaters pendidikan. Ada 3 blok 5 tingkat. Sebenarnya ada banyak jugak rumah kosong, tapi tak semua keadaan baik. kira rumah yang kami dapat ni rumah yang paling ok la.


Rumah ni cantik. yang penting selesa la untuk dihuni 2 orang. perabot semua dah ada: katil, almari bagai. Cuma tv, peti dan mesin basuh tu kena beli sendiri la. Amboi, bertuah benar la nak dapat rumah yang lengkap semua gitu yek. Jangan harap. lah Tapi setakat yang dapat ni memang dah cukup sangat dah. kira kelengkapan asas cukup. Tak macam praktikum dulu, berbulan-bulan merasa tidur atas lantai beralaskan toto. Hihi, mula2 konon tak biasa, sakit pingganglah. Tapi dah lama-lama macam seronok pulak tido macam tu.


Petang tadi keluarga-baru saya ke sini. Oh, saya ada keluarga baru yang sangat baik kat rompin ni. =) Setelah hampir 2 minggu rumah ni tak berjenguk. kunci dah dapat 2 minggu lepas lagi, cuma belum selesaikan urusan air dan letrik. Tombol pintu rumah ni takde kunci. Jadi, petang tadi ke sana gantikan tombol baru dan kemas rumah mana yang patut. sapu-sapu debu yang ada. Minggu depan misi membasuh rumah pulak. =) Sape nak tolong? Nanti saya belanja ABC. hee.


Dalam masa terdekat ni terpaksa hidup bersederhana pasal gaji tak masuk-masuk lagi. Lambatnya. Tak sabar dah rasanya nak shopping. Gaji, cepatlah masuk. Tangan dah gatal-gatal ni. =)



Mari kita tengok gambar ye.


Inilah rumah yang belum dibasuh. Cuma dah siap disapu. =)




Bahagian yang laing saya suka. Dalam bilik ada katil & almari. yang penting almarinya besar. Muat untuk stok baju-baju yang ada. =)



Pemandangan dari bilik baru-saya. Ada taman kat bawah tu ye. Nanti boleh main.


Inilah keluarga-baru saya. =) Bergabung tenaga.


Kat atas ni muka2 yang seronok dan teruja menjenguk rumah-baru kami. Hihi. Nanti tiap hujung minggu jangan lupa datang berkampung ye.




waa. penat nak update. Dah tulis panjang-panjang boleh pulak hilang. =(