Nuffnang

Sunday, December 27, 2009

teruskan

.
semalam rasanya nak melompat setinggi-setingginya
(tapi larat ke nak lompat tinggi macam ni? hehe)
kalau boleh nak umum satu dunia
belum lagi.

semangat
DAN semangat lagi.

tunggulah.
.


Friday, December 25, 2009

kasih berantai

.
Alhamdulillah, hari ini siap sepasang lagi jahit manik pada baju kurung biru kosong ni. 'Design' ini hasil ihsan dari koleksi butik maya, mungkin. Entah, dah lupa butik maya di sesawang yang mana. Sangat berkenan dengan yang ini. Cantik bukan? Jadi, dengan semangatnya saya mencuba.


Emm, nak bagi nama apa ek?
BUNGA RANTAIAN KASIH boleh tak?
sebab kasih ini memang berangkai-rangkai. heh.


separuh dari sekuntum 'kasih'

'kasih' dah sempurna

dan ini rantaian kasihnya. berselang hitam biru

ini hasilnya. suka sangat sebab cantik. hee.

ada orang berminat. :)
tapi upahnya mahal sikit ye..
hehe.
.

Thursday, December 24, 2009

kisah hitam

.
semalam hitam, hari ni hitam lagi.
hari-hari serba hitam, bolehkah?
heh. sampai penah ada seseorang tegur.
"kenapa hitam? kenapa tidak biru, merah?"
"tak apalah, saya suka hitam, nampak lebih anggun.."
(*_*)


pagi tadi keluar.
serba hitam lagi.
ada lagi orang tegur, tapi lain sikit.
"Eh, muka awak ni.. macam pelakon la.. macam zizie ezetty (betul ke eja ni?)"
hehe.. dalam hati tergelak, tapi kat luar ni pun gelak sama lah..
biar betul cik abang tu.. salah tengok la tuh..
Ya Allah, jauh sangat tu.
dia lagi comel, dan sangat2 cantik.
agaknya, bila pakai serba hitam, muka nampak macam artis la pulakk..
hehe. lain kali kena pakai lagi lah.


saya pakai hitam ada sebab.
satunya sebab selesa macam itu.
selainnya mungkin nampak lebih anggun. heh.
tapi disebaliknya, sebab nak nampak lebih 'slim'.
kononlah.
tapi INSYAALLAH lepas ni tak macam ni lagi.
lepas ni mungkin dah bercampur-campur warna.
bila?
bila dah betul-betul 'slim'.



tak percaya?
tak percaya tak mengapalah..

ada.
memang ada.
Jadi, tataplah wajah nan bulat ini sepuas2 nya.
saya berangan nih.
abaikan.

.

Wednesday, December 23, 2009

semangat merah

.
sepertimana kembang sempurnanya mawar merah ini, seperti itulah harapan di hati supaya setiap harapan yang bergunung ini kan sentiasa mekar berbunga dan kembang dengan baiknya. heh. azam pada tahun baru ini sudah tercatat kemas dan kukuh. harapnya tak tercalit lagi oleh apa-apa yang boleh memadamkannya. harap sungguh. dan sangat. Mawar merah, selalu dilambangkan dengan rasa kasih dan penuh cinta oleh setiap pemiliknya. Jadi, saya dah punya sekuntum mawar merah yang kembang sempurna ini, dan akan jaga sebaiknya, Insyaallah. rasa kasih dan cinta pada yang ada di sekeliling, yang sentiasa menemani. Dan yang paling pentingnya, rasa cinta dan penuh tunduk pada Si Pencipta Yang Satu. Itu adalah yang terbaik. Ibaratnya perlu sentiasa dibajai, disirami setiap masa. Alhamdulillah...

Apa yang berlaku, memang sudah nyata sudah berlaku. Jadi, untuk yang mendatang tak perlu lagi seperti yang lepas-lepas. Banyak lagi, tapi cukuplah masa yang ada ini tidak lagi dipersiakan seperti yang sudah-sudah. Janji di mulut sentiasa tak kukuh. Tapi, azam di hati tetap kekal selepas ini.

Bermacam-macam keinginan, bak segunung tinggi. tapi tidak pasti setakat mana boleh didaki. yang penting, ISTIQAMAH kan? ;) terima kasih. terima kasih sokongan yang bertubi-tubi. makin hari, dirasa semangat makin gah. heh. haraplah. saya dambakan berwajah baru. tunggulah....

.DOAKAN SAYA.
.

Thursday, December 17, 2009

salam awal MUHARRAM

.
Salam awal Muharram..

Alhamdulillah, ternyata masih diberi peluang oleh Allah s.w.t meneruskan kehidupan. berbekalkan nikmat kesihatan, kesenangan, kesejahteraan yang diberi oleh Dia. namun, nikmat yang nyata paling besar yang sama-sama terus kita pelihara ialah nikmat Islam dan Iman. semoga kita kan terus berada di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah s.w.t. Hari ini kita melangkah ke tahun baru.

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwim Islam. Ia bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammd s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 Masihi. selain itu, hijrah ini juga membawa maksud peralihan daripada sesuatu yang negatif atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Oleh itu, ayuh sama-sama kita tanam azam baru. sama2 perbaiki atau tingkatkan ruang-ruang yang masih kosong dalam diri dan hidup kita. saya sendiri mengharapkan tahun baru ini akan lebih membawa makna, dan saya mahukan pengisian yang lebih mendalam lagi dari sudut kerohanian. insyaallah. semoga bimbingan yang saya terima tidak akan putus atau berhenti di mana-mana. saya sentiasa berusaha memperbaiki menjadi yang lebih baik. saban ketika, saban hari, dan saban tahun. bagi yang belum dicapai, akan terus disambung. dan harapannya, semoga sentiasa kan beroleh rahmat, kasih sayang dan keredhaan dari Allah s.w.t. Amin.

Jelas Ibni Abbas;
"Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu".

Doa itu bermaksud,
" Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia".

.sama-sama kita berhijrah.

Wednesday, December 16, 2009

manjalara ATAU manja yang lara?

.
saya tidak pasti sama ada tajuk di atas sesuai atau pun tidak. heh. tapi bagi yang agak2 mungkin faham, rasanya sesuai lah kan? dalam keadaan hati yang sedikit lara ni, saya sempat siapkan manik bunga manjalara pada baju ini. sudah agak lama sebenarnya hendak mencuba bunga manjalara ni, tapi baru ada peluang. itupun curi-curi masa juga. sebab sekarang tengah menjadi 'umi' kepada si aqil.

ini hasilnya..







.

tak kosong

.
terus dan terus mengharapkan semoga semuanya kembali macam biasa. ternyata bukan mudah bermain soal-soal yang sebegini rupa. harap punya kekuatan itu.
.

Sunday, December 13, 2009

.terganggu.

.
hari ini saya kena dera dan kena denda sungguh-sungguh. tidak mengapa, saya tahu saya banyak bersalah dalam hal ini. saya tak bermaksud nak menuding jari pada siapa-siapa. diri sendiri saya salahkan. sebab kadang saya jadi manusia yang tak menyedari keikhlasan yang dihulurkan. tak menyedari ketulusan kasih sayang yang orang berikan. betapa sucinya hati orang yang ikhlas menjadi teman saya. tapi saya? saya manusia buta. buta menilai. saya tahu saya tak patut! tak patut memperlakukan begitu. banyak yang saya perlu belajar untuk lebih menghargai apa yang ada di sekeliling saya. walaupun mungkin selepas ini wujud pula orang yang tak menghargai saya, saya redha. yang penting saya yang lebih menghargai orang.

saya rela begini jika itu yang dia mahukan.

.

terus sujud disisiMu

.
berikan kekuatan
untuk ku rempuh ranjau itu
agar dapatku menghayati
terus sujud disisiMu..

restuilah langkah ini
padaMU relaku serahkan
jiwa ragaku kesisiMu
hanya padaMu..
.

rasaku

.
Pagi tadi bangun dalam keadaan fikiran yang agak kusut.. kusut sungguh. biar betul agaknya mimpi malam tadi? sangat-sangat tak dapat diterima dek akal aku. sungguh pun.. aku tak percaya mimpi itu, tapi sekurang-sekurangnya mungkin menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku tika ini.. biarlah yang itu. malam tadi tidur tak basuh kaki agaknya. sakit kepala yang teramat sangat, sudah lama tak sakit begini. minta bonda picitkan dan alhamdulillah rasa lega sebentar dan aku lena awal malam tadi. akibatnya, petang ini aku bertungkus lumus menyiapkan amanah yang diberi kekanda, oh tugasan sejarah Kepulauan Melayu..

M.A.S.A.L.A.H....
dia cari aku atau aku yang mencari dia?

M.I.N.T.A M.A.A.F....
sungguh-sungguh.
walaupun perkataan azimat ini sudah tidak terkesan lagi. mungkin.

M.A.S.I.H T.E.R.T.E.W.A.S...
ya!
lepas ini? cuba untuk tidak lagi...

.

R= Rindu Rizqi

.

rindu sungguh pada budak comel lagi hensem ini.. Rizqi Saladin, bila nak balik kampung? hari-hari tengok gambar aja, sudah tak sabar nak jumpa 2 mata, nak pegang tubuh kamu yang sungguh pejal tu.. hehe.. semalam daddy mms, adin sudah boleh pegang botol sendiri, lagi kuat la menyusu ye, nanti boleh bersaing dgn daddy yang pejal jugak tu.. :)

Sunday, November 29, 2009

.santai di bukit keluang.

.

petang 13 November, kami santai2 di bukit keluang.. seronok dapat 'menyentuh' angin pantai di waktu petang, sudah agak lama tidak memijak pasir pantai yang halus ni.. sambil melayan karenah si azim dan aqil, sekurang2nya tersuntiklah sedikit kesenangan di hati.. si aqil mungkin tidak suka akan angin pantai ini, sudah dua kali dibawa ke pantai, pasti tidak mahu senyum.. kenapa ya aqil? si abang, azim pula tidak segan silu berendam air masin. sudahlah sepasang baju pun tak dibawa, tapi usahlah dilarang budak ini seorang, hendak juga mandi.. pada asalnya hanya ingin bersantai2 kerana waktu pun sudah petang.. seronok juga sebab dapat makan sate.. sate ape ek namanya, yang dijual dengan motosikal tuh.. hehe... seingat, masa zaman sekolah rendah lagi sate tu. dah lama tak makan.
.

hati ini sedih

.
hati jadi sedih..

tatkala menyelak pintu simpanan persalinan,
mengenangkan helaian-helaian masih baru tapi sudah tak boleh dipakai..
itu tandanya?

hati jadi sedih..

tatkala menyelak-nyelak gambar2 lama,
terkenang waktu dulu2 di saat kemanisan wajah memberi senyuman seikhlasnya tanpa sebarang kerisauan di hati..
itu tandanya?

hati jadi sedih..

tatkala diri jadi begini..
haih.. dah dapat apa motifnya disebalik hati ini jadi sedih?
alaaa.. nak yang itu la...
yang macam mana?
yang macam dulu-dulu..
dulu-dulu macam mana?
yang dulu lahh.. yang bukan macam sekarang ini.

terus teranglah.


ok. ok.


nak kembalikan kg macam dulu balik. walaupun bukanlah kurus yang sangat, tapi lebih manis mata memandang.. bukan begitu? heeee... diri sendiri pun sedap berasa..
.

Saturday, November 28, 2009

hari ini... (blurrr...)

.
hari ini keadaan masih tidak pulih. masih seperti itu.. hanya beberapa jam sahaja upaya celik mata, selebihnya banyak menutup mata... haih.. bukan menutup mata untuk selamanya lah.. ubat pun semacam tidak berkesan. Ya Allah, setia berdoa agar dipanjangkan umur selagi jasad masih bernyawa.. ini mungkin hanya sedikit nikmat kesihatan yang ditarik oleh Dia.. supaya lebih beringat menjaganya di masa yang mungkin pasti datang.. lenguh-lenguh tubuh ni menyaratkan lagi beban jasad untuk bergerak..

maaflah, hari ini tidak berupaya menolong kekanda2 lain mengemas pinggan mangkuk kenduri semalam.. terima kasih kerana beri cuti itu..hehe.. bukan selalu boleh dapat.. kalau tidak, memang kena turun padanglah.. hari ini nak jadi manja.. manja yang amat.. :) boleh saja...

semalam ada orang merajuk. maaflah.. malas nak panjang2kan hal2 seperti itu.. sangat tidak teruja untuk berbicara soal perasaan di saat2 jasad maya dan realiti masih tidak stabil. yang ada dalam benak fikiran, nak rehat secukupnya.. hanya itu..

oh ya! ramai juga rakan2 yang mengambil peluang melangsungkan hari bahagia pada musim2 raya ini.. istimewa buat rakan2 yang melangsungkan perkahwinan, SELAMAT PENGANTIN BARU.. semoga bahagia dan mahligai yang dibina diberkati oleh Dia yang Satu.. dan semoga saat itu tiba jua buat diri ini.. hehe.. (nak jugakkkk....)


.aku bagaikan biola yang tak berdawai jika tidak engkau lengkapi.
.

Friday, November 27, 2009

cerita ringkas AIDILADHA

.
agak lama tidak mencatatkan apa-apa disini.. dan malam ni, gagahi jua. agak tidak sihat sejak malam semalam.. disini, ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha buat semua rakan2, dan umat Islam seluruhnya.. barangkali boleh catat dalam sejarah, malam raya kali ini sepi dari sebarang mesej2 raya korban.. kenape ye, entahlah.. terasa malas pula untuk berdamping dengan encik 'sony' yang berwarna hijau kesukaan tu.. barangkali rakan2 lain turut sibuk meraikan hari yang mulia penuh erti ini.. malam tadi hanya sempat sediakan puding agar-agar.. teringin hendak sediakan puding gula hangus yang sangatlah sedap tu, tapi tak berkesempatan memandangkan aktiviti di dapur sudah penuh. tak lupa, tapai dari bonda tetap ada sebagai pelengkap pemanis mulut..

hari ini seekor lembu dikorbankan.. kenduri aqiqah di rumah hari ini, ada ahli keluarga yang mewasiatkan ayahanda supaya mengadakan kenduri aqiqah ini.. jadi, boleh sajalah bayangkan betapa penatnya diri daku bertungkus lumus di dapur.. heee.. petang hari sudah tersadai di atas katil dek kerana terlalu tak larat.. sudah ada tanda-tanda selesema pun.. daging singgang dan daging goreng yang segar2 tu membuatkan aku sangat teruja.. aduhh.. sudah beringat...

dalam sibuk-sibuk pun, ini aktiviti aku bersama anak saudara kembar tiga tu... tak kembar pun, tapi bolehlah dikatakan ala-ala kembar.. kami berinai! semalam beria2 hendak pakai inai di jari, tapi kerana terlalu penat, aku tertidur begitu sahaja.. bangun pagi, celik mata, tengok tangan....? aduhhh.. tidak mengapalah.. hari ni tidak sihat, jadi tiada gambar empunya badan.. yang ada, gambar ini sahaja....


.tak sempat merah pun. sebab sibuk di dapur.


. SAKIT KEPALA.
.

Wednesday, November 4, 2009

dah habis dah dua tu.

.
yes!

lega sangat2.. dah habis dah. semuanya alhamdulillah, sangat2 membantu..
tapi baru aje nak legakan ruang otak nih.. dah dapat pula khabar yang tak tahulah nak kategorikan macam mana..

status: menunggu
.

Monday, November 2, 2009

doakan saya

.

..terima kasih kpd 'mug' bunga2 tu yang selalu menjadi teman setia nescafe untuk dinikmati. teman 'study'.


Esok dah mula peperiksaan. dua kertas sahaja semester ni.. dah habis baca, tapi tak tahulah macam mana, huhu.. yang pastinya, rasa berdebar2 dan gementar dlm diri.. sudah lama tak mengasah otak secara bersungguh2 menghafal fakta yang perlu.. oh ya, dah telefon bonda & ayahanda. dah minta maaf buat sekian kali. dah minta restu, anakanda nak masuk dewan peperiksaan esok. dah baca. dah usaha. dah berdoa... Esok mula, lusa dah habis.. hu2.. semester ini minggu peperiksaan saya 2 hari je, tak macam sebelum2 ni yang 3 minggu tu.. :)


masih rasa takutlah.
Doakan saya mendapat yang terbaik semester akhir ini.
.

jangan jadi gelas

.
.bina motivasi dalam diri. setiap hari. INSYAALLAH..
(0_O)

SEORANG guru sufi mendatangi salah seorang muridnya. "Kenapa kau selalu tampak murung nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang guru bertanya. "Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah." jawab sang murid. Sang guru tersenyum. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu." Dengan tidak bersemangat, si murid melaksanakan juga permintaan gurunya itu.

"Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu. Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit." Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air masin. "Masin, dan perutku jadi mual." jawab si murid dengan wajah yang masih mengernyih. Sang guru ketawa kecil melihat wajah muridnya yang menyeringai kemasinan. "Sekarang kau ikut aku." Sang guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata sang guru.

Si murid mengambil air danau menggunakan tangannya. "Ahh, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin di mulutnya. "Terasakah masin garam yang kau taburkan tadi?" soal guru. "Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak, segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah diqadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, begitu-begitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian.

"Tidak ada satu pun manusia yang bebas dari penderitaan dan masalah." Si murid terdiam, mendengarkan. "Tapi nak, rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak berasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan hati dalam dadamu itu sebesar danau."

(Diterjemah dari sebuah laman web inspirasi)

.Catatanku: kita hambaNya yang tidak pernah terlepas diuji.
.

Sunday, November 1, 2009

suka.

.
November sudah tiba. semoga segala apa yang diimpi, diidam, dihajat, dan ingin dikotakan bakal tercapai. :) Semoga hamba terus diberi peluang oleh Dia menikmati hari2 dengan tenang dan penuh tawa ria.. haraplah. tak lupa. BERSYUKUR..

November 2009.. bakal mencatatkan pengakhiran. jua bakal menyaksikan sebuah kemenangan & kegembiraan buat diri aku... suka. suka. suka.. ye, mungkin suka!

angankan segala yang manis-manis & indah-indah.. bolehkah?


.indah dan manis mcm ABC ni.
.

Saturday, October 31, 2009

gelora di hati hamba

.
Tuhanku,
hanya padaMu,
tempat mengadu segala rindu,
limpahiku rahmat kasihMu,
dalam tahajjud.. cinta bersujud..

.minum serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena mandi tak basah.

.

Friday, October 30, 2009

cinta ada

.
.Cinta Ada.

Andai aku butakan mata.
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya.
Andai engkau tutup telinga.
Dapatkah kau melihat keikhlasannya..

Aku cinta bukan dibayang mata.
Jauh dari bahasa.
Dekatkan ertinya.
Aku cinta bukannya disengaja.
jauh dari wasangka.
Dekatkan hatinya.
Memang cinta ada dalam jiwa kita..

Andainya cinta itu buta.
Dapatkah kau mengubah pesonanya.
Andai mengalir air mata.
Dapatkah kau membezakan jelingnya..

Mengapa ada saksi yang tak memahami.
Mengapa ada saksi yang disalah erti.
Aku cinta.
Jauh dari bahasa..

...Memang cinta ada dalam jiwa kita...
.

Thursday, October 29, 2009

akhirnya.. mandi jua.

.
.yang ini dah siap mandi dan berjemur. tak lama nanti nak balik. kena comel.

kesian pula bila terkena air, yang gemuk ini jadi kurus.. teringat bila mandikan kucing, tak tergamak rasanya bila bulu kucing tu terkena air, sampai nampak telus ke kulit. yang gebu pun jadi kurus. kesian. lepas tu, terfikir sendiri..

ALANGKAH
baiknya jika aku pun macam itu
??
yela, bila kena air boleh jadi kurus.. kalaulah semudah itu kan? tak perlu kawal makan, tak perlu lagi bersenam, tak perlu jogging, tak perlu lagi risau.
hehehe..
.

Tuesday, October 27, 2009

Mr. M.

.
AWAK..
saya mintak sangat2 supaya awak pergi jauh2 dari saya..
kalau awak sayang saya, penuhilah permintaan saya ini..
saya bukan tak menghargai awak,
TAPI
buat masa ini saya memang tak boleh izinkan awak berada dekat dgn saya..
saya punya tanggungjawab yg lebih besar, lebih dari apa yg awak bayangkan..
sesungguhnya kali ini saya mmg terpaksa pinggirkan awak..
maafkan saya..
saya perlu berkorban..
berkorban apa saja..
fahamilah saya, AWAK!
.
.
.
untuk AWAK yang bernama
M. A. L. A. S




hehe.. malas sungguh nak membaca.. saya dah cuba. dah cuba. kali ini perlu lebih mencuba.
nak fokus. nak fokus...

.



Monday, October 26, 2009

terima kasih pengalaman.

.


Salam..

Kelu sebenarnya ingin menulis tentang yang ini. kenapa cik mawar? SEBAB macam2 rasa.. heee.. hanya dalam dua minggu lagi kiranya, segalanya bakal aku tinggalkan di bumi tanjong malim ini. .macam2 rasa? macam mana untuk ditafsirkan ya.. sedih, syahdu, seronok bercampur-campur.. mungkin ramai yg rata2 mengatakan 'sunggguh tak sabar' nak bebas dari status seorang pelajar yang masih dipegang ini.. memang aku sendiri pun tak nafi. namun, jauh di sudut hati, sebenarnya sedih nak melepaskan status ini, lagi2 meninggalkan bumi yang sememangnya banyak memberi peluang aku mengutip seberapa mungkin pengalaman.. sebagai persiapan untuk bergelar seorang CIKGU terutamanyalah. juga persiapan menjadi seorang bakal isteri dan ibu... uikss, yang ini dah terpesong dari tajuk mungkin..heee.. siapa kata tiada apa yang istimewa disini? pejam celik, masa 4 tahun sekejap saja berlalu, dan tak lama lagi memang betul2 akan genap angka 4 itu.. pahit, manis semuanya tercatat di sini. terima kasih untuk pengalaman2 sebegitu yang menjadikan aku 'manusia'.. segalanya pasti tersemat abadi di ingatan hamba.. :) sedikit lagi, bakal melangkah untuk latihan mengajar.. lagi pengalaman untuk bergelar seorang CIKGU..


lepas ni.. tak ke kuliah lagi. tapi insyaallah ke 'kelas'.

lepas ni.. tak penat menyalin nota lagi. tapi insyaallah menulis di papan putih dan memeriksa karangan.

lepas ni.. tak pakai kad matrik lagi. insyaallah pakai tag nama ini pula..

lepas ni dah susah jumpa teman seperjuangan ini. insyaallah, ada masa jumpa lagi.terima kasih untuk persahabatan ini.. teman sepanjang 4 tahun. akan ku kenang sampai bila-bila.. ( Norhaini, Faralizah, Roshazima, Rosfaezah, Saripah Dora dll ) & semestinya, teman perjuangan program pendidikan BAHASA MELAYU 2006.

lepas ni, perjuangan di sini pula.. SMK Pusing, Batu Gajah. masih perlu kenal sekolah ini.

.

Sunday, October 25, 2009

berjuang untuk DUA dan SATU.

.
Sedar tak sedar, detik macam ini muncul lagi.. minggu ini sudah bermula hari-hari yang mana perlu mengadap buku-buku yang perlu.. jumpa lagi 'study week'.. SERONOKNYA..? hehe.. yelah tu.. semester ini hanya dua kertas.. lega lah sedikit, punya ruang yang lebih untuk ber'nyawa', menghabiskan bacaan yang perlu.. apa pun, mencuba sehabis baik untuk kali terakhir ini.. DUA kertas terakhir: SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU & SOSIOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.. minggu pertama peperiksaan nanti sudah siap2 menunggu untuk berjuang.. habis awal. boleh balik kampung awalll.. hehe.. yang ini pasti lagi seronok.. :)

DAN.. yang ini pastinya perlu ada.. macam biaselah..hehe..
.
.
.
.
.
.
.

.CADBURY dairy milk.. milk chocolate with Raisin, Almond & Cashew.
.CADBURY dairy milk.. milk chocolate with Roasted Almond.
(*_*)


yang SATU lagi tu pula, kertas projek, TESIS kesayangan.. Alhamdulillah, sudah siap sepenuhnya.. cuma minggu ini menunggu untuk dijilid.. sudah diluluskan! perlu dibuat 4 salinan.. khas buat penyelia, perpustakaan OA Gombak, UPSI, & salinan penyelidik.. akhirnya, inilah hasil kajian dan tulisan cik mawar berkaitan "Analisis Kata Kerja Tak Transitif Dalam Bahasa Semai"....
.
.

.draf belum jilid.

SEKIAN.. jom pakat-pakat kita membaca.. minggu ini minggu membaca.. JADI, jangan nakal-nakal.. ingat pesan BONDA & AYAHANDA selalu... :)
.

Friday, October 23, 2009

MAAF. Jauh untuk sempurna.

.MAAF.. aku bukan sempurna. Malah sangat jauh untuk menjadi seperti itu.. oleh itu, maaf atas setiap keterlanjuranku dalam berbicara atau kelakuan.. teramat sukar nak menjaga hati semua orang.. bagi yang benar-benar memahami, terima kasih!
Maaf.
Maaf.
Maaf.
.

Apabila aku berkata: tersenyumlah!

.
Iliyya Abu Madhi berkata dalam puisinya:


Dia berkata : "Langit sedih dan terlihat murung."
Aku berkata: "Tersenyumlah! biarkan kemurungan itu ada di langit!"
Dia berkata : "Kesamaran telah merasuk!"
Aku berkata : "Tersenyumlah! dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati."
Dia berkata "Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka Jahannam. Dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?"
Aku berkata : "Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!"
Dia berkata : "Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yg hampir mati kehausan atau seperti singa yang haus darah. Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah."
Aku berkata : " Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya, kecuali bila kau ahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?"
Dia berkata : "Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku berkata : "Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka."
Dia berkata : "Musim telah jelas tanda2nya tergambar padaku di pakaian dan lukisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku namun tidak ada satu dirham pun di kedua telapak tanganku."
Aku berkata : "Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih."
Dia berkata : "Malam-malamku berlalu dalam kepahitan."
Aku berkata : "Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung. Apakah dia akan melihatmu jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri? Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan. Tersenyumlah.....! Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan. Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang."
Dia berkata : "Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap akan pergi walau terpaksa."
Aku berkata : "Tersenyumlah! Selagi hanya dikandung badan selama engkau masih hidup sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum."

* * * * * * * * *
Sesungguhnya, kita sangat memerlukan kepada senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang menawan, jiwa yang lembut, dan keramahan:

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku (Muhammad) agar kalian bersikap tawadhu' hingga tidak ada seorang pun yang berbuat zalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain. (Al-Hadith).

.

strawberi coklat : edisi istimewa.

.
Strawberi coklat.. hurm.. tgk strawberi ni, teringat2 pula pd kisah pertama di Cameron 5 tahun yang sudah.. fokusnya strawberi ye.. yang lain2 tu abaikan dulu.. hehe.. yang di Cameron hari tu, rasa strawberi celup madu.. nampak memang menggiurkan lah.. tapi bila makan, sungguh cik mawar tak boleh nak telan.. kawan2 yang lain dgn seronoknya menikmati.. tak mengapalah yang itu..

ini cerita malam ni.. bukan 5 tahun yg dulu.. malam ni sama2 menikmati strawberi coklat... resepi pn. Haini ni lah.. dia memang 'hantu'.. banyak sungguh strawberi yang dibawa balik ke sini.. aku pulak, takda lah suka sangat menikmati sangat buah comel ini.. tapi bila dgr dia nak celup coklat tu.. dalam kepala dah terbayang2 dah.. aku suka nak makan coklat cair tu je.. jadi, tadi kami dah masak coklat cair tu untuk dicelup strawberi.. yummy... sedapp.. tapi belum pun sepenuhnya coklat tu masak pun, aku dah siap merengek2 mintak nak makan coklat tu dulu.. hehe.. sabar jela.. aku ni memang tak boleh tengok coklat ni.. entry ni nak letak gambar strawberi byk2.. boleh la ea.. ;)


tengok la strwberi2 ini semuanya comel2.. br keluar dr peti ais.. disaluti ais.

meh zoom dekat2 sikit..

manis2 masam. yg br dikeluarkan dr peti ais, beku. rasa mcm aiskrim strawberi. :)

sementara menunggu coklat dimasak. tunggu sampai betul2 likat tau, barulah sedap.. (masa ni lah, aku dah sibuk duk mintak ngan si Haini nak rasa coklat yg agak pahit ni.. yela, dah belum sempurna rasa coklat ni...)

yang ini menunggu masa dicelup coklat itu.

.
.
.
.
.
.
.

ok.. siap. inilah strawberi coklat edisi istimewa dari kami.... sedap! sampai menjilat jari..

selebihnya.. masukkan semula utk dibekukan ke dlm peti ais..

terima kasih!
hasilnya, perut aku malam ni sudah penuh..
nanti boleh lah tidur dengan tersenyum...
(*_*)
.

Thursday, October 22, 2009

.makanlah buah untuk sehat ;)

.
Alhamdulillah, hari ni dah berkurangan kebosanan ni.. mana tidaknya, hari ini penuh acara makan2.. dari pagi sampai ke malam.. haa.. dari pagi sampai malam ye.. puas hati makan2 buah.. apa tandanya ni? tanda hati yang penuh bunga2 keriangan atau hati yang keresahan? yang ini tuan punya badan pun susah nak bagi kepastian.. ada orang, bila stress makan banyak.. ada orang pulak, bila stress tak selera makan.. tapi yg pastinya kalau orang yang tak stress, hati senang lenang mesti lagi selera nak makan kan... hehe.. cik mawar ni pulak, tak kira masa, makan memang tak tolak tepi.. ;)

hari ni dah ada teman balik.. tak la tinggal sorang2 kat bilik ni.. yela, sungguh2 isteri orang tu tinggalkan aku.. 2 minggu.. terkulat2 kat bilik, mengisi ruang apa yang patut la.. lagi la, kebelakangan ni memang tak ada aura nak pegi merayap2.. entah la..

yang makan2 tadi tu, hari ni memang makan macam2.. rambutan, durian, jagung n strawberry dari Cameron Highland.. si Haini ke Cameron bersama en suami beliau.. jadi, inilah buah tangannya.. merasa jugak durian hari ni.. musim durian melanda lagi di tg malim.. musim kedua untuk tahun ini.. unik kan? si Haini pulak memang dapat partner yang mmg boleh dikatakan 'hantu' durian.. jadi, memang layan lah.. hehe.. DURIAN oh DURIAN.. untuk faa: sabar lah ea.. durian memang sedapp lah..


isi durian ni cantik. tengok pun leh tertelan air liur. hehe.

jagung dari Cameron.. manis. biji2nya cantik, selang2 warna kuning dan putih.

.

Saturday, October 17, 2009

bau itu. dan kenangan.

.
..rindunya pada bau ini. sungguh pun.
(o_O)

alahai anak buah manja....

.
.
malam semalam.. sedang kusyuk menyuap nasi ke mulut.. telefon menyanyi2.. tertera nama kak fara... (kakak ipar).. hurm.. bila angkat tu, dgr suara org menangis.. hairan juga mula tu.. oo.. rupanya anak buah, nisrina najihah nak bercakap..

c' cik...
najihah rinnduuuuu c' cik...
najihah sayaaaaaang c' cik...

bila
nak datang umah najihah lagi....

sambil sungguh2 dia nangis tu.. alahai anak buah aku seorang ni.. manja sangat2.. sensitif dia kadang bila rindu sampai boleh nangis2.. shahdu aku dibuatnya.. tapi nasib baik lah c' cik tak terkeluar air mata.. hehe..

najihah..
c' cik pun rinduuuu, sayaaaaang najihah...

c'cik sayanggg najihah banyak air lauut tau..
jangan nangis ea.. lain kali c' cik pegi lagi umah najihah..
skrg x boleh.. najihah skolah.. mama, papa pun skolah.. c' cik pun skolah..
najihah good girl kan?

si aunty ni pun ala2 memujuk la si manja seorang tuu.. sebenarnya, dia rindu nak balik kampung.. hehe.. najihah.. najihah...