Nuffnang

Thursday, December 17, 2009

salam awal MUHARRAM

.
Salam awal Muharram..

Alhamdulillah, ternyata masih diberi peluang oleh Allah s.w.t meneruskan kehidupan. berbekalkan nikmat kesihatan, kesenangan, kesejahteraan yang diberi oleh Dia. namun, nikmat yang nyata paling besar yang sama-sama terus kita pelihara ialah nikmat Islam dan Iman. semoga kita kan terus berada di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah s.w.t. Hari ini kita melangkah ke tahun baru.

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwim Islam. Ia bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammd s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 Masihi. selain itu, hijrah ini juga membawa maksud peralihan daripada sesuatu yang negatif atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Oleh itu, ayuh sama-sama kita tanam azam baru. sama2 perbaiki atau tingkatkan ruang-ruang yang masih kosong dalam diri dan hidup kita. saya sendiri mengharapkan tahun baru ini akan lebih membawa makna, dan saya mahukan pengisian yang lebih mendalam lagi dari sudut kerohanian. insyaallah. semoga bimbingan yang saya terima tidak akan putus atau berhenti di mana-mana. saya sentiasa berusaha memperbaiki menjadi yang lebih baik. saban ketika, saban hari, dan saban tahun. bagi yang belum dicapai, akan terus disambung. dan harapannya, semoga sentiasa kan beroleh rahmat, kasih sayang dan keredhaan dari Allah s.w.t. Amin.

Jelas Ibni Abbas;
"Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu".

Doa itu bermaksud,
" Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia".

.sama-sama kita berhijrah.

2 comments:

Anonymous said...

hijrah...1 ungkapan yg penuh dgn seribu erti..bg yg mnyedari,terlalu byk pnghijrahan yg prlu kita lakukan dlm diri..sesungguhnya hati manusia yg keras itu terlalu susah utk dilenturkan,namun ia bisa dilakukan dengan istiqamah..kita jga perlu mnghargai dan brsyukur dgn ape yg telah kita perolehi, jgn kita lupe pengorbanan org lain terhadap kita bukan utk tidak diendahkan tetapi untuk dihargai..cukuplah dgn ucapan terima kasih..

Mawar Maizza said...

terima kasih untuk renungan itu. ya, memang tiada nafi, pengertian hijrah terlalu besar dan terlalu luas untuk dihayati. kuncinya, ISTIQAMAH. saya cuba untuk tidak berpaling lagi.