Nuffnang

Saturday, November 27, 2010

cerita orientasi



Salam semua.

Wah! Seminggu tanpa berblog dan berfesbuk. Rasa ‘sesuatu’ yang semacam cantik. Agak mengasingkan diri dan rasa punya kehidupan yang di’privacy’kan. Apapun, saya masih sayangkan orang2 yang sayang saya dan ambil berat tentang saya. =)



Seminggu perjalanan dan penuh kejutan serta kehidupan baru. Bermula dari titik menjalani taklimat dan orientasi peringkat JPN Pahang. Ayahanda dan keluarga kak da menemani dan tunggu saya di sana. Kesian Aqil dan Adeeb bila balik, kena selesema.




Mula mendaftar di Green Park Temerloh pukul 8 pagi. Awal2 dah janji jumpa dengan Haini. Slot pagi tu, maklum sajalah. Baru jumpa, dan macam2 cerita terkeluar. Haha. Tapi, kami menyembang dengan penuh sopan. Sambil mata mendengar taklimat. Satu hari slot yang penuh sampai pukul 10.30 malam. Tapi ok la kan, pasal semua slot tu memang bermakna buat orang2 baru macam kami. Banyak info dan yang lebih penting menyuntik semangat kami untuk mengajar! Bila difikirkan, banyak hikmah juga dapat di Pahang. =)




Malam tidur di katil empuk. Walaupun hati tak berapa nak tenteram duk fikir pasal esoknya, tapi akhirnya lena juga sebab badan dan otak dah letih sangat.





Pagi esoknya, sarapan tak selera sangat dah. Mak aihh, baru tahu macam mana debarannya. Tambah pula perut tak selesa. Memulas2, berdebar nak terima surat agaknya. Kelakar! Paling best la kan, masa penyerahan surat penempatan saya siap sejuk tangan dah. Duk meramas2 tangan si Haini yang kononnya memang tak berdebar langsung. Dah kamu memang tahu dapat sebelah umah kan, mana nak berdebarnya. Hehe. Berbanding dengan saya yang memang menyerah diri bulat2 dimana saja saya ditempatkan. Masa tu muka masing2 penuh suspen. Bila dah dapat surat, si Haini ni lah paling teruja nak tahu saya dapat mana. Adoi. Dan masa nak buka sampul surat tu, agak payah sikit pasal ada gam melekat. Saya dalam hati dan di mulut: manalah aku dapat ni. Apa petanda payah nak buka sampul tu. Then, mata meliar cari nama sekolah kat atas kertas surat tu.....



Kuala Rompin!


Terus tergamam sekejap. Dan cepat2 ambil handphone dan sms seringkas mungkin pada ayahanda. Keluarga mesti tahu dulu pasal tengah hari tu memang nak gerak terus ke tempat saya dapat tu. Then, sms tunang tersayang! Feedbacknya dari dia...



“Jauh tu sayang dari Kemaman. Rompin tu sempadan ngan Johor dah”



Haha. Bertuah tunang. Patutnya cakap la TAHNIAH! Haha. Siap ukur jarak jam lagi dia. Kira-kira 3 jam. Semangat betul dia. Nampaknya, terpaksa juga berjauhan beberapa tahun. Sedih juga pasal duk angankan dapat la Kuantan kan. Tapi tak apa, saya lebih percayakan aturan DIA. Mungkin di sana ada kehidupan yang lebih baik dan lebih berkualiti. Pelajar di Rompin mungkin lebih memerlukan saya. Hehe. Mari menyedapkan hati. =)




Tengah hari tu kami gerak ke Kuala Rompin terus. Sampai pun dah petang. Sempat masuk sekolah dulu jap dan cari hotel. Hotel yang ketiga baru ada kosong. Esoknya, rabu saya lapor diri di sekolah. Bincang dengan Penolong Kanan, secara ringkasnya saya pilih masuk bertugas 3 mingu terakhir sebelum sekolah buka. Ada banyak hal-hal pentadbiran nak kena uruskan. Orientasi pun dah 3 bulan. Bincang juga dengan partner baru saya yang baru posting, kami pilih untuk duduk di rumah warden asrama di sekolah tu. Jadi warden? Ehem.. teragak2 juga nak terima tapi untuk permulaan mungkin ok juga. Semuanya ada dan lengkap. Tak payah nak fikir cari rumah sewa diluar, transport pun tak payah fikir juga. Makan? Pun free kan. Kakak saya siap perli bagai, dah boleh saya besarkan baju2 yang sedia ada pasal nanti dapat makan free. Hoho. Tolong sikit ea, tahun 2011 adalah tahun D.I.E.T. Hik3. i mesti jugak slim~



2 minggu ini saya masih di teratak bonda & ayahanda......



Kalau direnung2kan.. Saya rasa saya ni dah berganda bertuah sebab dapat Semenanjung. Bukan dapat Sabah Sarawak. Dapat pula negeri sebelah aja. Bukannya kena merentasi beberapa negeri. Dapat sekolah yang di tengah bandar, ada kemudahan. Walaupun bukan di bandar2 besar segah Kuala Lumpur. Tapi Kuala Rompin dah cukup dah. Bersebelahan PPD, dekat dengan stesen bas (senang nak balik kampung, hehe), dekat juga dengan pantai. Dan bolehlah jogging ye? Kalau rajin! Di mana-mana saja pun, asalkan nawaitu kita betul dan ikhlas, segala urusan pasti dipermudah oleh Dia. Betul tak kawan? Terimalah apa yang dah ditentukan. Pasti ada hikmah dan baik buruknya. Apa yang kita suka, bukan semesti untuk kita. Jangan risau, Dia Maha Mengetahui.... =)




Sehingga saya menulis lagi...

SMK Rompin.... aku belajar untuk mencintaimu!



Thursday, November 18, 2010

selamat berkorban!



Semua masih dalam suasana raya kan? Kondisi sekarang ni ceria dan gembira. malah gegar dan meriah! Memang tak menang tangan di dapur. Dan dah jadi tradisi kalau berkumpul ramai-ramai kami adik beradik, dapur tak pernah kering lah. Macam kenduri besar dah. Tambah lagi, hari raya korban ni. Memang penuh menu. :)


Sebelum tu, saya nak ucapkan selamat hari raya AIDILADHA buat semua yang mengenali diri saya. hayatilah erti sebenar sesebuah 'pengorbanan'. berkorban apa saja... harta ataupun nyawa.... :)


Walaupun bukan semua balik, tapi yang ada balik ni pun cukup-cukup nampak macam semua ada! Berkumpul sekali lagi.. sebelum saya pergi kan. Saya kurang bersungguh makan daging sangat kali ini. :) Eh, bagus la tu kan. Jaga makan di hari raya ye semua. Adat beraya memang semua akan nampak sedap tau. walaupun tak lapar, mulut still nak bergerak. haihh, hairan sungguh. Jaga-jaga la. Saya sendiri pun dah mula nak usaha sesuatu yang baru. Wajib kena buat sementara beberapa bulan yang ada ni.


Selamat semua!





Monday, November 15, 2010

kisah 15 November


Sayang-sayang sekalian.
kalian tahu tak betapa gembiranya hati saya pada hari yang bernama lima belas haribulan ini?


Sebenarnya 2-3 hari ni jugak saya memang hilang mood. Selalu saja nak marah-marah. Banyak benda yang tak kena rasanya. Haih, saya pun hairan juga. kenapa diberikan semua rasa yang tidak enak tu pada saya. Malah, dalam orang lain keterujaan nak tahu penempatan, saya hampir hilang 'rasa' nak tahu pasal penempatan tu. Entah la. buat seketika saya sendiri tak faham dengan diri saya sendiri. OK. dah. tutup buku pasal cerita itu.


OK. saja nak kongsi drama tengah hari tadi di teratak bonda saya ni. hik3. Lepas ini, waktu saya dah terhad nak selalu update cerita kat sini. Walaupun cerita saya biasa-biasa, tapi saya tetap suka. (Ah, ada ke orang tak suka dengan cerita sendiri?). Laptop saya sakit! langsung dah tak boleh ON. Petang tadi dah bawak ke kedai komputer. Mungkin beberapa hari baru boleh amik semula. :) Saya pasti akan merinduinya!


Pagi tadi dengan bonda tengah kalut nak buat tapai. Saya pulak macam kucing hilang anak pasal tak boleh nak sambung internet. Uh, rasa macam kena hempap batu yang besar atas kepala. handset lagi dah kena barred (masin mulut). Ok. pagi tadi memang cukup pakej. cukup membuatkan saya rasa macam bawah tempurung. Dah tengah hari sikit baru boleh saya on9!


Disebabkan internet memang lembap. Saya dah pesan siap dekat dia suruh tolong cek semakan penempatan di web KPM. Tapi hampa! Dari pagi sampai tengah hari tu memang tak boleh buat semakan lagi. dalam hati Tuhan saja yang tahu pasal risau hari ni belum tentu dapat tahu. Risaunya saya masa tu.


tup tup. Jam 12.30 tengah hari (sempat lagi jeling jam di dinding), telefon rumah bunyi dan kakak saya cakap surat dah sampai. Ah, apa lagi. kalau siapa kenal saya memang dapat agak la reaksi saya masa tu. Siap menjerit-jerit lagi di telefon. Haha. Belum masuk tragedi masa semak keputusan temuduga tempoh hari. Saya terlupa nak cerita pasal tu kot. Biarlah rahsia. Dasyat! sampaikan gelang tangan saya jatuh pun tak perasan. memang tragedi betul. hik3. Sangat manis untuk diingat. Agaknya kalau boleh framekan tragedi itu, saya memang dah lama framekan. :) Dan 12.35 tengah hari tu, surat selamat sampai ke tangan saya. Akhirnya kan?! Masa tu saya rasa memang di website tak boleh cek lagi. Sungguh la suspen yang teramat.




Dah update status di fb, berduyun-duyun mesej masuk. Tak lama lepas tu, baru boleh cek di web KPM rasanya. Tapi saya tak cek juga pun pasal lebih yakin dengan surat yang dah dapat. Cuma, encik tunang yang tolong cek lepas tu. :) Alhamdulillah, gembira juga bagi pihak kawan-kawan yang dapat tahu penempatan.


Oh. saya dapat Pahang. Alhamdulillah kan. Berkat orang2 tersayang doakan tu. :) 22/11 ni orientasi 2 hari di Temerloh. Minggu depan la tu! ada beberapa hari saja lagi. Daerah belum tahu lagi. harap dapat yang dekat dengan kemaman. :) Ya Tuhan, baru rasa betapa singkatnya masa. Sedih juga! pasal dah tak boleh berkhidmat untuk bonda dan ayahanda kat rumah ini.


Jadi, segala teka teki selama ini dah berjawab. Terima kasih Allah. tak sia-sia penantian selama ini. Ingatkan tragedi tu tragedi Oktober. Tapi nampaknya tragedi itu lebih sesuai menjadi tragedi November. Urm... senyum lagi.... tragedi November. gembira yang berganda-ganda. Syukur!


Saturday, November 13, 2010

minggu ini


Update
rumusan untuk minggu ini.


Minggu terakhir yang menjadi tanda tanya bagi kami yang tengah tunggu penempatan (haraplah). Minggu ni memang minggu mengira hari je. Celik mata. kira. Nak tutup mata pun kira. Tak cukup kira, siap buat-buat tanya lagi dekat bonda. Hari ni ++ haribulan kan? Esoknya tanya lagi. soalan sama. Tak masuk soalan untuk tunang lagi. Kesian dia pasal kena layan saya yang tak keruan ni. OK. Minggu depan dah boleh mula mengira benda lain pulak.


Minggu ni minggu diet guna alternatif berbeza. haha. Ada ke macam tu. yelah, sejak dah mula menjamah nasi semula ni. risau juga naik semula berkilo-kilo. Jadi, minggu ni konsisten 8jam pakai beautiful. Fuhh. orang lain pakai waktu kerja, jadi tak jadi isu sangat la kan. Balik keje dah boleh tanggalkan. Saya yang duk rumah ni siap boleh konsisten macam itu. Rasa-rasa boleh dikatakan bagus tak? hihi. Malam tidur pun pakai bengkung. Pakai losyen panas tu lagi. Betapa sungguh la begitu usaha hamba ya.


Wahai lemak, tolonglah jangan degil sangat.


Dengan dia, minggu ni rasanya minggu yang tak banyak bercakap. Ada. Ada tu ada. Tapi terkurang. Patutlah bil saya bulan ni macam lambat aje kena sekat dengan Celcom. Selalu cepat sangat sekat celcom ni! Dia sibuk. Saya pun malas nak mengada-ngada telefon minta bergayut. No. itu bukan cara saya. Cukup sekadar tahu apa dia buat. Dia di mana. Cukup la tu.


Sayang tak perlu nak tunjuk-tunjuk sangat. :)


Minggu ini minggu yang menyenangkan. Masih diberi peluang oleh Tuhan yang memiliki segala nikmat ini. Minggu ini sahabat saya kehilangan bondanya. Takziah untuk beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. InsyaAllah. Begitulah hidup. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Usia mati bukan terletak atas nama muda atau tua seseorang. Jodoh maut kita di tangan Tuhan. Sentiasalah fikir bahawa setiap yang kita lalui ini segalanya ditetapkan oleh Dia. Dia Maha Mengetahui segala2nya. Rancangan Dia pasti cantik dan rahsia Allah tak siapa tahu. Apa yang kita rancang belum tentu kita dapat laksanakan. Dan bukan semua benda yang kita nak, kita akan dapat.


Jadi, sedarlah dan terimalah kenyataan yang dah disuratkan buat kita. Kita hanya berjalan atas aturanNya. Semoga kita kuat menghadapi setiap dugaan yang diberi kepada kita. Mungkin kita insan terpilih. Jangan selalu mempersoalkan. Sebaliknya selalulah merenung disebalik yang berlaku itu. OK, sekadar menasihati diri sendiri juga. ;)



Sayang kamu semua.


Friday, November 12, 2010

dimanakah nanti?


Ya, ini memang peta negara tercinta kita ya, Malaysia. :)


Motif? mari kenali tanah air kita.



Kalau boleh rasa nak tempek peta Malaysia ni dekat dinding. Setiap kali sebelum tidur boleh tengok dan teka negeri mana yang bakal bertuah ni kan. ke utara kah? ke timur kah? ke selatan kah? ataupun barat semenanjung? ke Sabah Sarawak? Ah. malas nak main teka teki di saat genting macam ni.


Oh. hari ini sebenarnya hati semakin tak keruan. 2-3 hari sebelum ni keruan jugak tapi tak seberapa pasal kos lain yang dapat penempatan tu. Semalam, bila dah ada kawan kos saya dah dapat surat. aih hati lagi la tak senang dah. Tahniah buat kawan-kawan di Johor yang dapat penempatan di Johor jugak. Laju mereka dapat surat kan.


Pahang dan Terengganu. Harap nama saya tersenarai dalam mana-mana dua JPN ini. Sabah Sarawak? insyaAllah, nanti saya ziarah. Hihi


pssss: Saya dah tukar lagu di blog ini. Walaupun saya tahu saya punya silent reader yang masuk blog ini sebab nak dengar lagu Catatanku yang sangat sedap tu, marilah kita menghayati InsyaAllah pula ya. Ehem2. Tukar angin sikit. :) Sentiasalah kita yakin akan rezeki Allah. :)



ya, insyaallah.........


Wednesday, November 10, 2010

mawar dan daisi diabadikan

Kawan-kawan, ingat lagi tak post ini?


yang saya minta idea nak simpan bunga kekal untuk tatapan masa akan datang. ye, dah ingat?


OK. Disebabkan tak siapa pun sanggup bagi idea kat saya. Dengan gigihnya saya fikir cara sebab kalau boleh memang nak sangat simpan dengan cara lebih elok. Dari terbiar atas almari dan siap ditegur oleh kakak sebab saya letak tepi tv. Bukankah itu memang menyemakkan sebab dia tak tahu nak hargai. hehe. Bukan. Sebab saya main letak je. Tapi.. saya suka. sebab nampak untuk dilihat hari-hari. kan?





Kenapa beria sangat buat macam ni? Orang lain takde kecoh pun, kenapa saya sibuk2 nak kecoh nak simpan bunga ni? Pada saya, apa jua pemberian orang kita harus hargai. Kalaulah si pemberi tu pula tahu pemberian dia kita hargai sampai sanggup simpan hingga bertahun2 pun. mesti dia rasa bangga kan? Silap-silap dia nak hadiahkan lagi. Untung kan? kalau saya pun saya bangga tau! katalah kita pernah bagi dia coklat cadbury. 5 tahun lepas tu dia boleh tunjuk balik kulit cadbury tu kat kita. tidakkah kita berasa dihargai? Hehe. sebegitu teliti dia boleh buat!


Sekadar selingan saja tu. OK, berbalik kepada kisahnya dua jambak bunga kering ini. pagi semalam saya mulakan kerja-kerja membogelkan plastik pembalut dan asingkan bunga, daun dan ranting. Seronok pula sebab dah lama tak buat kerja-kerja macam ni kan. Sampaikan tunang saya komen, cakap pandai saya guna idea buat scrapbook masa darjah 6 dulu. Haha.


Lepas je siap, saya letak di wall mukabuku. Teruja la tu, sebab rasa macam buat kerja pendidikan seni. Haha. Tahu tak kawan, saya rasa tak sia-sia sebab ramai kata cantik! hehe. Dan sekurang2nya saya dah berjaya beri idea kepada kawan-kawan lain yang pastinya masih menyimpan jambak2 bunga itu di atas almari rumah masing-masing.


Bunga tu memang dah kering. Saya bukak plastik pembalut tu dengan penuh cermat. sebenarnya sayang nak ceraikan dia dari plastik tu. Sebab dengan plastik tu lagi nampak cantik. Tapi, lama-lama bunga tu akan rosak juga. Masa tanggalkan plastik pun dah ada macam debu-debu kulat pasal kat bawah tangkai tu diletak kertas lembap.


Cerita tanpa gambar macam biasalah, mesti tak seronok dan tak kukuh kan?




Pertama buat bunga ros ini. Ada 5 kuntum. Tapi bila dah asing2kan dia. Saya pilih yang mana nampak ok lagi. dan ceraikan kelopak2 tu. Nak tempek macam tu je tak cantik sebab jadi tebal pula album tu nanti. Lembut weh kelopak mawar ni. ---->




Dah pilih yang mana lepas tapisan, boleh tampal kat album ni. Gam kan dah sedia ada, jadi senang la nak lekat. susun cantik-cantik. Tapi yang ini biasa-biasa je, tapi saya suka. Mestilah, sebab tangan sendiri buat kan. Hihi. 2 muka. ----->




Hasilnya begini... ---->




Dah siap semua bunga mawar tu saya teruskan bunga daisi ini pulak. Ada 3 kuntum. Berbeza warna. tapi bila dah kering ni warna sama je, kekuningan. kelopaknya lagi mudah tercabut. Sentuh sikit je. Memang tak boleh cerai2 macam mawar, jadi saya tempek sekuntum terus. Dua je, sebab satu lagi tak cantik dah. ---->





Hasilnya begini.. ---->



Kamu, kalau ada nak cuba idea ni boleh cuba buat. Rasa macam budak remaja pulak. :) Seronok juga kan main-main macam ni. Bolehlah kita simpan bunga yang bersejarah ni untuk bertahun-tahun akan datang. Nanti dah ada anak pun boleh tunjuk lagi.


Nak tengok bunga ni semasa segarnya boleh tengok post ini. :)


Kalau nak tengok banyak2 lagi bunga ni masa hari kejadian konvokesyen boleh baca post ini. ")


Terima kasih. Selamat mencuba! Kamu peminat bunga ke?





Tuesday, November 9, 2010

pre-convo part II

Banyaknya gambar siap ada part I part II lagi. Janganlah hairan ya, pasal saya ni memang gila gambar. Serius ok. Sepatutnya entri ini yang patut part I pasal berlaku dulu. Masa hari ambil jubah. Saya dua orang je masa ni. Yang ini sekitar perkarangan dewan SITC sahaja.


Saya rasa saya nampak tinggi dalam gambar ni. (perasan!)

Baju sama ok. Sebab pergi sana awal seminggu tu tak bawa banyak baju. Saja malas. Tudung lain-lain. Kecoh duk bercerita pasal jenis tudung ni masa nak konvo. Perempuan kan, takkan tak tahu! Saya memang sedikit cerewet. Yang ini saya pakai tudung instant yang ada awning keras tu. untuk hari konvo punya memang saya sediakan tudung yang macam ni jugaklah tapi akhirnya rasa tak berapa selesa, terus kalut cari tudung bawal pulak. Betul tak cerewet? mortar board tu kan harus pakai kedepan sedikit. Jadi tak cantik bila awning tu jadi halangan dan saya pulak memang tak suka pakai tudung bulat-bulat. Cukuplah muka yang sedia ada bulat.


Perempuan.. perempuan.....




Saya memang tak duduk atas kerusi kuning Raja ni ok. takut dan memang tak boleh kan? Jadi, tumpang berdiri sebelah pun dah cukup. :) ---->




Yang ini boleh. ---->




Dewan pun kosong. Minta kebenaran masuk dewan ni. kebetulan ada orang tengah buat persiapan. Suka bila tengok kerusi-kerusi biru tu kosong. Macam dewan itu saya yang punya. :) ----->



Sekian saja cerita pasal konvo. Oh, ada lagi gambar. Gambar yang ditempah untuk atas pentas dengan Official photographer tak sampai pun lagi. Janji 3 minggu. kalau ikutkan memang dah cukup 3 minggu dah. Satu lagi gambar yang ambil di studio. Untuk stage ambil pakej Rm70 dan studio pakej RM 110 termasuk pos. Hampir RM200 untuk gambar sahaja.


Boleh tidur dengan gambar kalau macam ni....


Sabar ye? Saya memang suka gambar. :)



pre-convo outdoor part 1



Free
tak?


kalau free meh baca.


Jom cuci mata gambar konvo dari kamera cabuk saya yang sangat berjasa nak? Tiba-tiba mood datang. Layankan aje ye? Gambar sehari sebelum konvo. konon-konon buat sesi outdoor lah. Macam pengantin tu.. ada sesi2 bergambar wedding outdoor. huu. Tapi kalau betul boleh buat outdoor wedding kat sini memang cukup cantekk. panorama yang cukup indah. Yang ini decide pun kira macam on the spot jugalah. Ada geng, jadi je apa2 pun kan? :) Geng suka bergambar. thanks to Mr Akem yang sudi bawak kitorang ke Tasik Proton City yang indah sangat2 ni. (Suzi, if read this post, feel free to drop comment. hehe)

Step pertama, bila sampai tu semua pakat keluarkan jubah dari beg. Masa kami sampai tu, kami geng yang pertama jubah pink sampai kat situ. Gambar kat bawah ni konon-konon tengah tlg pakaikan jubah la ---->




Awal lagi kot. Cuaca pun tengah panas. Bila kami dah nak balik, baru nampak beberapa geng lain datang bergambar juga kat sini ramai-ramai. Tapi, masa ni kami tak sempat round semua la. sebab penat asyik gelak aksi melompat yang payah nak jadi tu. hiii. kelakar habis. Dah la panas. pakai lagi beautiful masa tu, mesti banyak kalori bakar. haha. Ada banyak lagi port yang cantik kat sini sebenarnya. Disebabkan takde cermin nak tengok, kena lah bantu membantu kan? --->





Dah siap semua. bawak barang2 yang banyak tu menuju ke jambatan Tembok China Proton City. (Ah, ada aku kesah. tapi boleh la. jambatan tu cantik. kalau boleh buat kat rumah satu, lagi cantekkk)----->




Eh, sebelum tu beratur dulu satu barisan posing beberapa kerat ( tak semua gambar letak sini pasal banyak sangat gambarnya. ---->



Duduk2 pulak kat sini. (pun masukkan sikit). --->




Lambung tinggi-tinggi. Cubaan pertama. Ala.. mortar board tu tak nampakk tali dia la. tak real. ---->




Cubaan kedua. Cantik! OK. dah nampak tali. hehe. ----->



Sesi melompat beramai-ramai. Banyak gambar. Tapi tempek 2 ajela. Yang ni penat jugalah duk gelak-gelak. Adoi. gambar yang kedua tu, tengok saya lompat. Ada gaya kelawar ke? haha. ---->




Tengok inai di jari saya. pakai dengan adik Faa. tengah hari sebelum pegi proton city lah pakai. inai instant tu memang cepat merah. Paksa dia suruh pakaikan. :) hari2 besar dalam hidup wajib pakai inai. ke guane? Masa ni dah nak balik. Penat. pun tetap senyum. pasal rasa bahagia~ ---->




Maaf, cerita ni dah agak basi la. Pasal tarikh kejadian ialah 12 Oktober. Hari ni dah 9 November. Tapi dalam hidup saya, takde istilah basi pun. Apa juga peristiwa manis sepanjang hidup kita pasti wajib kena ingat sampai bila-bila. betul tak? Setelah kita susah payah harungi kisah pahit, tak salah kita nak bergembira meraikan sesuatu yang berharga kita dapat. Selagi kita masih punya orang2 tersayang. Selagi kita masih disayangi orang. Selagi kita punya orang2 penyayang yang boleh untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan kita. Sapa2 yang rasa tak boleh, boleh undur diri. Sila jangan menyemak. :)


p/s: Saja pakai tulisan warna warni sikit.

Monday, November 8, 2010

rambut sama hitam, tapi hati belum tentu sama merah

kalaupun akhirnya blog ini akan dinyahkan... aku redha dan pasrah!


huk3. apa punya intro. Tak menarik langsung kan. Dalam kepala, tersangat banyak benda yang nak diceritakan. yang nak diluah. Segala macam. Tapi tak tahu nak luah dimana sebab sekarang ni dah banyak persinggahan. iye, selalu berpegang pada prinsip yang bukan semua orang sesuai untuk tahu dan dengar cerita kita dan bukan semua orang nak tahu. Pilih kasih? ya, lebih kurang la.


Kadang betul jugak, kang terlebih cerita, ada orang termengumpat kat belakang. Poyo lah! hape la. itulah, inilah. Ada orang tak suka cerita kita mungkin sebab dia tak suka kita. ataupun dia dengki tak? yup, rasanya memang dia dengki kita, jenis tak boleh orang lebih dari dia.


Haihh, apa yang dimerepekkan ni?


No point?


ketepikan. Saja je nak meracau2 sebab bosan yang amat ni. tak ada idea nak menulis.


Saya lagi seronok di sana. tapi rasanya tak akan tinggalkan yang ini jugak. Cuma, mungkin kurang. Eh, tadi kan..... (gatal jugak nak share) rasa seronok yang amat. Eh, seronok ke? bangga? di awangan? Entah la. tak ada satu perkataan pun nak gambarkan ni. Tapi, satu je nak cakap... hari ini buat kali pertamanya rasa terlalu dihargai bila baca sesuatu yang terhasil dari dia. tak sangka sebegitu dia mampu. kawan-kawan, sebenarnya apa-apa yang tak terluah tu bukannya mesti kita rasa tawar dan tak ada apa2. Jauh disebalik tu sebenarnya bila sekali ia tersurat, baru nampak. wahhhh! itu dia. tiba2 rasa macam diangkat ke langit. haha. tipu ok. dengan berat sekarang ni belum tentu dia mampu nak angkat. Nak aksi angkat2 kahwin dulu ye, baru halal.


hebatnya dia! saya pun tak sehebat itu.


Memori kita mungkin berbeza. Ada benda yang saya ingat, awak tak ingat. Ada benda yang awak mampu ingat, saya dah lama hilang dalam memori. Mungkin simpan dalam fikiran jangka masa pendek. Apapun, satu je yang saya mampu cakap... kita hidup semestinya saling melengkapi. Saya tak ada, awak ada. Awak tak ada, saya ada. TQ awak.


Mari meloyakan tekak lagi...


Tapi, seriously saya rasa muda kembali. Jadi, saya tabik dekat awak encik tunang saya, kerana ciptakan itu khas buat tatapan saya. i'll be ur follower. kamu bakal kekasih halal saya. bakal kawan yang paling erat dengan saya. Setia di sisi saya. Setia menegur setiap kekurangan dlm tingkah laku saya. dan ada masa bila saya perlukan awak untuk sapu air mata saya, awak akan selalu jadi kawan yang boleh tolong hapuskan air mata saya. (pakai tangan pun takpe, kalau takde tisu). huk3.


Saya tak pernah buat entri sebegini yang boleh meloyakan tekak orang2 yang baca. Jadi, kalau ada yang loya jugak, saya minta maaf. minta ampun. apa yang buruk datang dari saya juga. yang baik pastinya dari Dia yang selalu kita puja. Aminnnn~


Sekali lagi...


terima kasih kerana menjadi insan yang sangat memahami untuk saya.


('-')

p/s: Saya teringin perfume baru la! :)



Thursday, November 4, 2010

cara nak simpan bunga untuk memori

Salam semua,

Nak tanya.. ada sesiapa ada idea tak cara untuk mengabadikan bunga-bunga ini supaya tahan lama?Tahan lebih lama tu maksudnya untuk tatapan mata la.


Sebab memang dah kering pun.

Memang la dah kering. Tapi boleh juga kan simpan kelopak-kelopak kering ni untuk tatapan kenangan pada masa akan datang. Tiba2 sentimental sikit. Mestilah, sebab hadiah orang tersayang kan. Yang 5 tahun lepas saya dah buang entah ke mana... Jadi, kali ni sebelum *hilang, baik fikirkan cara nak simpan kan.

Any idea kawan-kawan hebatku sekalian? please.


trimline




Ok. tahu tak apa benda dlm gambar kat atas ni?
Juga kredit buat tatapan encik tunang

Susulan dari cerita diet yang dah lama tak berupdate! semalam saya dapat benda kat atas tu. OK. tipu. bukan dapat, beli ye. :) tak cukup satu, saya beli dua terus! haa. kan senang. pakat-pakat la kita hapuskan lemak yang menyemakkan ini ye. TQ encik tunang, kalau bukan kerana dia, tak terbeli juga benda ni. itu untuk kegunaan sendiri untuk saya, orang yang special sungguh!

Usaha tangga kejayaan kan?

Macam-macam teringin nak buat;
-Senamrobik. (sorang2?)
-Jogging. (sorang2?)
-Diet ketat. (memang wajar sorang2 lah sebab takda geng sama saiz)

ok. kalau dah namanya sorang2, tak berteman. memang liat la sikit. Erk. tapi dah jumpa dah teman nak diet ketat! haha. Puan Aida, sila bersedia untuk serangan jogging dari saya. kita cuba buat dalam masa terdekat ni ye. itupun kalau cuaca mengizinkan. takkan nak jogging dlm air kot?

.
.
.
ya, itulah bengkung untuk lengan.
(",)

posto.... posting

Salam semua...

dupp dapp. dupp dapp

Haihh, debaran semakin terasa ni. w/pun buat2 tenang tapi dalaman saya sendiri jugak yang tahu. 2-3 hari ni dah ramai kawan2 yang dapat tahu penempatan. Setakat ni bunyinya Sarawak je la. W/pun semakan secara rasmi 15 November ini, tapi yang dapat ke Sabah Sarawak dihubungi melalui surat. kira macam hadiah suprise yang special jugak la kan. kira kalau dapat surat dari posmen, dah sah dapat di seberang sana.

Harap sangat dapat negeri yang dipohon. :) Doakan saya ya! Semoga perjalanan lepas ni lebih lancar dan mudah. Ada banyak benda yang nak kena diselesaikan. Tahun depan pastinya lagi la bertambah2. Rezeki dari Allah itu semuanya untuk orang2 tersayang dalam hidup saya. sungguh tak sabar. Dalam tak sabar tu, berdebar jugak.

Apapun, Jauh dimata, dekat dihati. ye dak?
TAHNIAH juga buat kawan2 yang dapat ke Sarawak. Semoga dapat berbakti dengan baik. Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman. :)

Saya???


Monday, November 1, 2010

November dihati

Hari ni dah 1 November! iya, November dah. Bulan depan dah penamat tahun 2010. Cepat je kan masa berlalu. Rasanya baru lagi Januari menjalani latihan mengajar di Batu Gajah. Tup-tup dah bulan 11 ye. Mungkin rasa cepat sebab lepas Mei hari tu, saya memang duduk aja kat rumah ni. waah, hati senang betul sebab macam berbulan madu sudah. Budak2 yang lepas UPSR & PMR pun belum tentu dapat rasa bulan madu macam saya ni. Fikiran cukup tenang sebab tak banyak perkara rumit yang perlu difikir. Ada memang ada. tapi tak la banyak kan.

Sekarang ni lebih kepada berbakti kepada kedua2 orang tua. yelah.. kebanyakan saudara mara pun selalu bergurau. nanti dah mula kerja dah payah masa nak duduk kat rumah. Lagi dah disunting orang, memang bertambah la tanggungjawab. mungkin tak dah boleh manja2 kat bawah ketiak macam peluang yang saya ada sekarang ni. :) Betul juga kan?

Dulu lepas habis latihan mengajar selalu meronta2 rasa hati nak kerja. Alah, kerja biasa2 yang mungkin boleh tampung duit nak beli bedak miyami dan lipstik. kurang2 ada duit nak beli perfume kat Avon. he2. Tapi, selalu saja dibantah oleh ayahanda. Macam2 alasan la dia bagi. Akhirnya, sampai lah ke saat ini, sudah 5 bulan saya goyang kaki kat rumah. Terima kasih, apapun bil broadband saya berbayar. Duit nak beli barang2 peribadi pun selalu cukup dari bonda. Nak makan itu. Nak makan ini. Semua boleh! Mintak aja.. alhamdulillah. Encik tunang pun sangat pemurah menghulur. yup! Dia tahu yang tunang dia ni tinggi jugak kosnya. Belum masuk kos nak menguruskan badan ni kan? hehe.

Orang fikir, diet-diet ni mungkin boleh jimat kos untuk makan. Oh tidak! rupanya kos untuk suplemen orang diet adalah lagi mahal dari orang yang makan nasik sepinggan tau? huuu. Apa-apa jelah. Nak cantik mesti berkorban. Tapi kena ingat... Nak cantik untuk siapa? untuk suami..... (he2. cepat2 betulkan niat. nanti Tuhan marah!)... Tapi, kalau bakal suami memang suka kalau kita ala-ala montel camni, tak haruslah susah payah kurus kan? hehe.

Lagi.... cerita penempatan.


Tadi, lepas solat Maghrib dapat SMS dari seorang sahabat. tak perlulah rasanya nak tulis disini kesemua isi mesej itu. tapi menurut sahabat saya tu, penempatan tahun ini adalah kebanyakannya di Sabah dan Sarawak. dan insyaAllah 15 November ini boleh semak di web KPM untuk keputusan penempatan tu. Sumber mungkin boleh dipercayai sebab dia telefon sendiri pihak KPM. waah! saya udah tergamam bila diberitahu ramai yang bakal ke SS.

Harap berita yg 15hb ni dapat tahu tu betul la. sebab dah terlalu banyak khabar angin sebelum2 ni. insyaAllah, ada rezeki masing-masing. Sangat teruja nak bermain teka-teki negeri manalah yang bakal saya jejak selepas ini.. orang kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. Errr. saya taknak ke sana! Nanti dengan encik2 tunang sekali saya heret! :) Apapun, kalau dah dapat, kena la terima. ye dak?

yang penting.. saya taknak jauh dari bonda & ayahanda...


Oh. OK. saya harap November ini bakal membawa berita gembira. Buat diri sendiri dan insan2 tersayang disisi. insyaAllah.