Nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

pre-convo part II

Banyaknya gambar siap ada part I part II lagi. Janganlah hairan ya, pasal saya ni memang gila gambar. Serius ok. Sepatutnya entri ini yang patut part I pasal berlaku dulu. Masa hari ambil jubah. Saya dua orang je masa ni. Yang ini sekitar perkarangan dewan SITC sahaja.


Saya rasa saya nampak tinggi dalam gambar ni. (perasan!)

Baju sama ok. Sebab pergi sana awal seminggu tu tak bawa banyak baju. Saja malas. Tudung lain-lain. Kecoh duk bercerita pasal jenis tudung ni masa nak konvo. Perempuan kan, takkan tak tahu! Saya memang sedikit cerewet. Yang ini saya pakai tudung instant yang ada awning keras tu. untuk hari konvo punya memang saya sediakan tudung yang macam ni jugaklah tapi akhirnya rasa tak berapa selesa, terus kalut cari tudung bawal pulak. Betul tak cerewet? mortar board tu kan harus pakai kedepan sedikit. Jadi tak cantik bila awning tu jadi halangan dan saya pulak memang tak suka pakai tudung bulat-bulat. Cukuplah muka yang sedia ada bulat.


Perempuan.. perempuan.....




Saya memang tak duduk atas kerusi kuning Raja ni ok. takut dan memang tak boleh kan? Jadi, tumpang berdiri sebelah pun dah cukup. :) ---->




Yang ini boleh. ---->




Dewan pun kosong. Minta kebenaran masuk dewan ni. kebetulan ada orang tengah buat persiapan. Suka bila tengok kerusi-kerusi biru tu kosong. Macam dewan itu saya yang punya. :) ----->



Sekian saja cerita pasal konvo. Oh, ada lagi gambar. Gambar yang ditempah untuk atas pentas dengan Official photographer tak sampai pun lagi. Janji 3 minggu. kalau ikutkan memang dah cukup 3 minggu dah. Satu lagi gambar yang ambil di studio. Untuk stage ambil pakej Rm70 dan studio pakej RM 110 termasuk pos. Hampir RM200 untuk gambar sahaja.


Boleh tidur dengan gambar kalau macam ni....


Sabar ye? Saya memang suka gambar. :)



4 comments:

Anonymous said...

boleh je duduk atas kerusi kuning tu...xde hal,bukan ada tulah ape2 pun..

Mawar Maizza said...

la.. iyeke? tp takut lah. takpe, atas dasar hormat kan. tak sanggup jugak nak duduk :)

Ku Tak Sempurna said...

berapa album gambar kat rumah??

.
.

.
.

ada 5 kotak tak??

hikhikhik...

pssttt... kerusi kuning tu utk kita je :P

Mawar Maizza said...

waah. soklan cepumas itu. banyakkkk album kat umah. heee. tu x termasuk dlm lappy lg. mmg termuntah la klo nak tgk.

xboleh. kerusi kuning tak sesuai untuk awk. biru tu boleh. :)