Nuffnang

Sunday, May 2, 2010

hari panas disejukkan CENDOL PULUT.


Cuaca hari ini panas terik. Kain di jemuran cepat kering! dan saya di rumah ini tidak selesa. Petang tadi, selepas mencari tepung beras cap tiga gelang yang tak jumpa2 di Batu Gajah, sempat pula menyinggah di satu gerai terpampang: CENDOL. Aih, dah lama tak menikmati. Saya bersama suzie, dia yang sudah 2 hari asyik merungut pasal durian. pun akhirnya terkena cendol. bukan durian. durian tu panas dikk. berduri lagi haa.. tak payahlah!

Sudah hampir 4 bulan di Batu Gajah. lagi 2 minggu bakal berakhir barulah tahu kewujudan gerai cendol pulut yang sangat sedap ni.

Suzie, kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak pun gerai ni? : Alah, dah rajin sangat berjalan.... (iye, disebabkan sangat rajin berjalan, baru hari ni dapat cendol)
masih tak puas hati

Kak, hari-hari memang ada disini ye? : Takdelah, jumaat sabtu ahad je. kalau cuti sekolah, barulah hari-hari. Oooooo...

yang ini cendol pulut jagung.

Sudah la hari ini panas terik. Ditambah pula sony ericsson kesayangan tuh buat hal. Kameranya rosak lagi. Sedihnyaaa. Apa yang harus dibuat?


Berlalu sudah cuti 2 hari yang boleh dikatakan bermakna. Rehat dan jalan-jalan sekadar yang mampu. Sempat menghadiri majlis kahwin. Sempat merasa nasi minyak. walaupun minggu ni hanya kesana kesini berdua, bersama suzie. Yang penting sudah dapat mengurangkan segala kekusutan di hati dan juga otak! Semoga lepas ni, tiada lagi kekusutan2 seperti ini. Mohon dijauhkan.

Apa kena mengena dengan beras pulut cap tiga gelang di atas?
Nantikan kemunculan.
hehe



2 comments:

zulkbo said...

salam..
ermmmp
yum yum
sedapnya
ada lebih tak?

Mawar Maizza said...

w'salam..
jom2. cendol pulut ni sangat sedap..
2 mangkuk pun blh hbs..