Nuffnang

Thursday, August 26, 2010

Hendak seribu daya, tak hendak pastilah seribu dalih kan?



Ingat lagi tak entri DIET dulu? Dulu bukan main susah tu nak tulis pasal tu. Sebab antara percaya dan tak percaya saya boleh buat. Hanya kita yang tahu diri kita macam mana kan. Bonda dan ayahanda kan memang tak suka saya skip2 makan nasi ni. Tapi setelah ada semangat kental nak tinggalkan nasi tu, banyak yang saya dapat. Entri ni nak kongsi apa yang saya dapat disebalik semua tu;


Gambar atas ni kalau tengok betul2 memang ketara benarlah. Yang tahun 2009 tu masa raya aidilfitri (oktober) lepas. Dan 2010 tu masa saya latihan mengajar (mei) 2010. Kedua2nya baju yang sama, senang skit nak tunjuk perbezaan. Masa 2009 tu, punyalah bulat! Muka pun sembab hasil makan tidur masa cuti semester dan hasil kumpul semester2 sebelumnya. Bila dah turun 13kg, jari pun makin runcing. Heee. Ada banyak lagi gambar 2009 tu, tapi cukuplah kot. Rasa tak mampu dah tempek banyak2. tak sanggup.... (tapi kadang bila takde keje, seronok juga godek2 lappy tengok gambar masa kembung dulu).

Apa yang saya dapat bila dah macam ni?

Pertama keyakinanlah. Rasa lebih yakin nak berdepan dengan orang. Tipulah agaknya kalau keyakinan tak berkurang bila badan berkilo2 naik. Tapi tu mungkin juga sekadar prinsip saya. Mungkin ada yang berbadan besar, tapi keyakinannya tak pernah luntur. Saya respek mereka, kalau ada. Dulu sangat takut bila jumpa kawan yang lama tak jumpa. Mesti ayat pertama yang keluar " Makin berisilah sekarang ni ye..?" Terus mati ayat nak jawab.

Kedua, lebih bertenaga. Dulu masa berisi, alahai punyalah malas nak bergerak. Rasa berat je. Sekarang stamina pun rasa lebih kuat. (Stamina kenalah kuat kan. Nak lawan jerit2 dengan budak, nak main kejar2 dalam kelas lagi. Jadi cikgu kenalah serba boleh kann?)

Ketiga, kepuasan. Kepuasan ni orang lain takkan dapat rasa. Hanya kita yang usaha, bila kita dapat kita akan rasa sendiri kepuasan disebalik segala usaha tu. Setelah kental semangat, tak mustahil kita dapat apa yang kita nak. kita kurus semata2 sebab kita sendiri yang nak. bukan sebab pakwe yang nak kita kurus ye? kalau ada jugak kes ni memang seksa la jiwa kot. Nanti kalau ada jugak, anda boleh cakap pada si dia "Silalah cari orang lain, yang kurus macam awak nak. Saya pun boleh dapat orang yang boleh menghargai keistimewaan yang saya ada. Saya tak sanggup nak kurus semata2 sebab awak!" Ataupun, cinta tak memandang paras rupa. (payah tu nak dapat). Jadi, kalau dah dapat janganlah pula disia2kan ye. Hehe.

Nanti saya sambung lagi kisah tentang ini ye pembaca2 sekalian. Dulu target sebenarnya nak turunkan 15KG. Tapi hanya mampu 13KG dan berhenti seketika bila duduk kat rumah ni. tak banyak aktiviti sangat kan. Tapi, perjuangan untuk itu takkan berhenti selagi target tak sampai. Meh la siapa2 yang nak kawan dengan saya, kita diet sama2 nak?


Catatanku: Encik tunang tak kisah kan walau apa juga keadaan saya? kann?



7 comments:

cempakasilver said...

cyg pun xkesah wlau cmne pown cayunk ttp chomey..terima cayunk seaadanye...ngeee..

Ku Tak Sempurna said...

13 kg tu byk tuuuuuuuuuu... tahniah.. ;D


muka 2009 nmpk 'gebu'
muka 2010 nmpk 'segar'

segar?? ihihi..

.
.

sy mmg nak turunkan berat.. sbb baju2 byk yg dah tak muat.. tapi ibu plak marah.. sbb dia kata bdn sy skrg lg lawa berbanding dulu.. cekeding mcm org tak cukup makan..

;D

Mawar Maizza said...

Cayunk, haha. (gelak ketawa dulu ye)
Emm. awak mesti suka tgk saya bulat kan. pastu mesti awak geram2 nak cubit pipi saya kan? :)
Saya jeles tgk awak kurus!

Mawar Maizza said...

KTS, 2010 nampak segar? hiii. Ada aura agaknya tu. saya tak suka 2009 tu. masa tu asal je nak amik gambo mesti xdak mood. sebab mesti x lawa. haha.

Awak, kurus cekeding memang x cantik. Sy pun xnak camtu. Amik satu istilah.

Slim dan montok. BOlehkah?


psstt: kanda awak mesti x suke awak kurus! :)

cempakasilver said...

alamak kantoi cmne tau cyg ske wt cmtu nie..hehe..sy pom da rusim bdn da nek nie..adoyaii..ag2 d perut..owh tdk ske..

Mawar Maizza said...

Uhh. mestilah sy tahu. Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan atau betina. heee.

Perut awak ok je saya tgk yunk. buat sit up lah. supaya otot perut tu pejal.

Yorke Kun said...

perh,dah kurus seyh..hahaha..ak plak tatau ble la nak berisi ni..huhu

*ak br prasan mka ko mcm 'kakak angkat' aku dlu..