Nuffnang

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan yang dirindui.. :)


Assalamualaikum w.b.t.

Istimewa buat rakan2 yang menjenguk ke blog hamba yang serba kurang ini. Tak kira follower sejati ataupun follower tak sejati. Silent reader yang mengenali hamba mahupun tak mengenali hamba.. :)

Apa jua gelaran kalian, status kalian. Jika kita memegang status yang sama, iaitu hamba kepada Allah nan Satu, SELAMAT BERPUASA saya ucapkan. Kali ini Ramadhan menjenguk lagi. Ini Ramadhan yang ke-24 dalam hidup saya. Belum tolak tahun saya mula berpuasa masa kecik2 dulu. Apapun, untuk tahun ini saya mengharapkan pengisian yang lebih bermakna. Tambah2 lagi dapat berpuasa sepenuhnya bersama bonda dan ayahanda di teratak ini. InsyaAllah. Lagi bermakna dapat bertarawih berimamkan ayahanda. Tahun ini. Syukran.

Ramadhan ini juga mungkin sedikit berbeza dengan yang sebelum2 ini. Selama 4 tahun lepas adalah di bumi Tg Malim. Berpuasa, bersahur, berbuka, bertarawih bersama2 dengan rakan2. Itu, ini semuanya dengan sahabat terbaik. Situasinya pun mungkin berbeza. Bersahur, walaupun sentiasa dikejut oleh si penggerak masa yang sejati, tetap bangun walaupun hanya secawan nescafee panas cuma. Jarang benar ada nasi sebab tak ada dapur untuk memasak. Biasanya rotilah yang dapat mengisi perut. Bila tiba Ramadhan di perantauan, sentiasa rindukan juadah air tangan bonda.

Tahun ini, saya berada di rumah. Tanpa perlu ke kelas, ataupun kemana2. Tiada lagi mungkin berbuka di kedai dengan teman2. Tiada lagi rutin seperti dahulu. Pendek kata, tiada lagi memegang status pelajar yang belajar. Jadi, puasa kali ini mungkin cukup2 bermakna. Berbakti kepada kedua orang tua tersayang. Sebelum terikat kepada status 'isteri' kelak. Itu lain cerita. Itu dah masuk bab lain. Hehe. Belum tiba masanya lagi.... Jadi, sementara masih menjadi 'anak', saya nak menikmati Ramadhan kali ini sebagai 'anak' puas2.

Puasa kali terakhir di bumi Tg Malim paling manis. Tahun lepas. Manis kerana dapat memasak sendiri juadah untuk berbuka. Walaupun ringkas sahaja, tapi cukuplah dapat rasa itu ini dengan sahabat2. DAN sebenarnya itu ini lah yang menjadikan saya betul2 bulat tahun lepas. Makan macam2. makan sungguh2 ibarat orang frust menonggeng! Huh.

Kali ini.
Canggih sedikit. mungkin. :)
Masa bersahur tadi, bonda dah bercakap2 dengan ayahanda tentang menu berbuka nanti. Saya dengar je dulu. Lepas itu menyampuk. "Cakap je nak makan menu apa, meh nak tolong cari kat internet..." hehe. Yelah, kesian juga dekat b & a, seiring dengan pertambahan usia mereka, selera pun dah berubah benar. tak seperti orang2 muda lagi.

Terawih.
Harap2 terawih kali ini tiada cacat lagi. Semoga terus bersemangat menunaikan 8 rakaat berimamkan ayahanda. InsyaAllah. Tuhan, berilah kesihatan berpanjangan kepada ayahanda dan bonda.


Oleh itu,
SELAMAT BERPUASA buat semua.
Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Kita cuba sempurnakan apa yang kurang.
Dan mudah2an mendapat keredhaan dari Tuhan.
Diberikan kesihatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya.

Salam Ramadhan.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (al-Baqarah[2]:183)

No comments: