Nuffnang

Wednesday, December 15, 2010

Hijrah kedua dan Pantai Hiburan



Masa mula-mula lapor diri hari tu, bila tahu kawasan sekolah saya ni dekat dengan pantai dalam hati duk kata: waah, ini memang jodoh saya kuat dengan pantai. Dekat umah sendiri pun macam rutin pergi pantai petang2 kan. itu bila rajin la. Jadi, berhijrah ke sini pun kira macam masih senang la nak rasa angin dan pasir pantai.





Pantai Hiburan. Mula-mula tengok nama ni, ingatkan pantai untuk hiburan ke apa ke kan. Rupanya memang dah namanya Pantai Hiburan. Tak jauh dari bandar baru Kuala Rompin ni pun, kira-kira 2km aje. Nanti tempat ni dah boleh jadi port saya jogging. yeayy! (Hihi, perasan macam banyak masa je kan). Ramai juga orang2 singgah pantai ni biasanya sebab ia dekat laluan Johor Bharu-Kuantan.




Kat sini memang banyak resort. semuanya memang menghala ke pantai. Banyak sangat, saya pun tak ingat nak sebut kat sini. Tapi yg paling hampir dengan Pantai ni, Rompin Beach Resort.





Petang semalam sebenarnya saya dah angkut semua barang keluar dari rumah warden tu ke rumah keluarga saya menumpang. Dah penat mengangkut, petang singgah la Pantai Hiburan ni sambil pekena ABC. Macam2 kot menunya. Macam sedap pulak Cendol pulut semalam. Lama tak makan. Sebenarnya tak boleh nak snap gambar dari kamera handset sendiri. Aih, geram pulak rasa. Sebab tu takde gambar tuan tanah kan. =) Kalau tak, dah lama dah aih.



Saya dah intai dah. Ada trek jogging kat tepi pantai ni. Si Yusma, sahabat lama yang 10 tahun tak jumpa dah offer nak bawak saya datang pantai ni tiap2 petang untuk jogging. Saya jumpa kawan-lama saya kat sini la. Jodoh kuat betul kan. Masing2 pakat terkejut pasal sekolah saya dengan hospital dia pun dekat2 aje. =) itula.. apapun tak mustahil dalam hidup ni kan.


Banyak kejutan dalam hidup saya beberapa hari ni.


*Gambar2 di atas ihsan google images


2 comments:

Ku Tak Sempurna said...

bestnya! dpt pergi pantai hari2. dah lama teringin nak tinggal berhampiran pantai. bleh joging hari2 tepi pantai, kaaan. Hah . iyo la tu. macam rajin sgt

hihihi

Mawar Maizza said...

KTS: tula. Seronok, kurang2 bila tensen ada tempat nak ambil angin kan. dekat aje ngan skolah. jom la dtg cni. kita jog sama2.