Nuffnang

Tuesday, April 21, 2009

antara rasional dan emosional?

.emosi terusik lagi.

ah!
duhai hati.. knp payah sungguh utk mengheret semua itu. kadang terasa diri ini kalah.. tewas? akukah itu? kalah mungkin krn mengalah. atau memang wajar aku kalah. bodohkah aku utk semua ini.. tapi pedulikan apa org kata. yg penting aku. pokok pangkalnya dari aku sendiri. bersalah kerana memberi ruang. beri ruang pd sesuatu yg mungkin tak patut untuk aku. mungkin. tapi mungkinkah? ingin sekali aku seret semua itu jauh2 dari aku. pergilah jauh dr aku.. jauh juga dari bayangan aku! malah juga dr fikiran aku. jiwa dan raga aku. krn nyata aku perlu buang segala. kerana jika itu tak mungkin buat aku. bukan hak aku. aku takkan lagi sekali2 menuntut yang itu menjadi hak aku! tak mungkin. DAN andai benar yang itu bukan untuk aku. bawalah ia jauh2..

Aku punyai satu 'hati' yang mesti aku jaga. walau sesempit mana kesempitan dan kepayahan yang aku lalui, aku cuba sedaya mungkin utk menjaga hati yang satu itu. kerana aku sedar, bukan mudah menghadapi satu realiti yang satu ini. Ya Tuhan.. Maafkan diri ini.. krn terlalu memikirkan. dan juga mempersoalkannya. hati yang rapuh ini sgt mudah goyah. mungkin byk amalan2 perlu ditingkatkan. perlu lebih dekat dgnMu Ya Tuhan. Ya! Hanya Dia Tuhan yang Satu. dan Engkaulah jua mengetahui segala apa yang terkandung dalam hati dan jasad ini. kerana hanya Engkaulah jua pemilik segala hati. Engkau mengetahui segala walau hanya sekecil zarah. hati ini mudah benar goyah. mungkin kerana sering terleka dan lalai menunaikan kewajipan aku kpdMu.. walau hanya sebesar zarah lekaku pdMu dalam mengingatiMuYa Tuhan, maafkanlah aku Ya Tuhan.. Aku bukan insan sempurna. jauh sekali untuk sempurna kerana aku bukan malaikat. aku insan yang penuh kekurangan, kelompangan, ketempangan dalam mengisi ruang2 kehidupan aku. aku adalah wanita. wanita yang sangat lemah dan perlukan bimbingan dlm meniti jalanMu Ya Tuhan. dalam menuju jalan yang diredhaiMu..

Aku, insan yang mendambakan keredhaanMu Ya Rabbi.. Subhanallah.. menitis air mata tika merasai kemanisan yg Engkau kurniakan.. Jadikanlah aku insan yang benar2 bersyukur.. bersyukur dgn apa yg telah Engkau kurniakan. Nikmat hidup yang tdk terhingga, sedarkanlah aku bahawa nyawa yg aku punyai hari ini hanya pinjaman drpMu.. bila2 masa nyawa ini boleh terpisah dr jasadnya.. terima kasih Ya Tuhan.. sedarkanlah aku bhwa semua ini hanyalah pinjaman semata2... lantas untuk apa aku terus lena begini? sampai bila? bangkitlah!

Renungilah firman Allah s.w.t . Al Baqarah: 216..
Maksudnya; kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui....


SEKIAN,
.aku puas untuk malam ni.
('_')


....
...
..
.

No comments: