Nuffnang

Tuesday, August 17, 2010

puasa dan diet


Salam dan hai buat semua.
Semoga masih bersemangat meneruskan ibadah puasa. :)


Puasa dan diet? tajuk bunyi macam semangat aje ye. Urm, sebenarnya beberapa bulan di rumah ni agaknya dah memberi hasil tambahan beberapa kilo berat badan saya. Huu, sangat takut sebenarnya nak tengok jarum penimbang. Mungkin beberapa kilo la.

Mula dari puasa pertama dah berangan2 tak mahu sentuh nasi. Berangan la konon, tapi tak jadi. Tapi sudah 2 hari puasa ini saya tak sentuh nasi. Lagipun nak habiskan Rxlite yang masih ada tu. Sayang pulak rasanya kalau minum Rx tapi x pantang nasi. Tak makan nasi, apa menunya? Saya kembali rutin dulu. Bihun rebus. Lagipun lepas makan beberapa biji kurma, tambah pula air secukupnya. senang saja perut kenyang.
Kuncinya, jangan terlalu ikutkan nafsu.

Okey, baru 2 hari. hehe.

Sepanjang puasa ni pun, saya cuba konsisten pakai beautiful. walaupun duduk2 saja di rumah, tetap cekal memakai benda alah tu. Haa. semangat punya pasal. tak tahu la dapat hasil yang macam mana selepas sebulan puasa ni. Harap2 ada penurunan.

Sekali lagi,
nak cantik kenalah sakit ok.

Cantik bukan sahaja luaran.
tapi juga dalaman.
Bulan2 puasa ni jugak la segala yang kita buat ada keberkatan.
Jadi, buatlah yang terbaik
dalam membuat persiapan.
Dunia dan Akhirat yang pasti.

Selamat Berbuka teman2 sekalian.


1 comment:

cempakasilver said...

bagus2 cayunk teruskan usaha..cyg ni xtau la dpt ke x pakai pb tu,huhu sedey..dan kini d larang keras dr berdiet..sbb ahad lepas pengsan..sume da bebel marah ckp sbb xmkn..erk??padahal saye mkn ns ag tue..hurm..sebetulnye sbb darah rendah n migrain..tp tetap mahu PB!!..plzz