Salam dan hai semua...
Hari ni dah masuk 1 September kan? Juga hari yang ke-22 umat Islam berpuasa. Dah 22 Ramadhan. Kali ni sungguh cepat rasanya dah nak cukup sebulan berpuasa. Agaknya sebab ada di teratak tercinta ni kan, juga di bawah ketiak bonda dan ayahanda. Itu yang langsung tak sedar tup tap dah nak sambut Hari Raya. yeaaaaah.
Jadi, semalam 31 Ogos cuti kan. Saya sempat ke pekan mencari bahan2 nak buat biskut raya ni. Sebut pasal sejarah biskut-biskut ni, meh nak cerita sikit. Selalunya, tradisi keluarga saya dah berkurun benar tak ada siapa yang buat biskut di rumah ni. Kakak yang no.8 (saya no.9) pun dah ada anak 3! Mananya nak menyempat nak buah kuih segala bagai ni. Bayang la kan. Jadi tahun ni saya nak cuba memecahkan tradisi kuih2 tunjuk ini. Hehe
Dulu, ingat lagi masa kecik2 dan waktu tu juga kakak2 saya belum berkeluarga. belum disunting sang suami la. Tiap2 tahun WAJIB buat biskut raya ni. Lepas2 sahur dan subuh mesti kena kerah tolong buat biskut. Itu masa kecik. Boleh la setakat tolong2 putar, tolong letak ceri, tolong susun2 kan. Seronok dna cukup meriah waktu tu. Macam2 jenis biskut pulak tu buat. Memang tak ada langsung istilah 'tunjuk2' ni. Semuanya asli dari tangan anak2 dara ayahanda. :)
Lepas tu, bila saya dah besar pun sibuk dengan belajar. Situ sini. Lagipun bongsu kan. Dulu2 pun pandai tolong je. tak pandai nak buat sendiri sepenuhnya. Kakak2 pun agaknya tak sempat nak perturunkan ilmu. Masa di universiti pun selalu cuti dah dekat2 nak raya. Jadi, sah2 la tak sempat nak buat. Jadi, tunggu ajelah biskut yang kakak2, abang2 bawak balik.
Untuk tahun ni, disebabkan saya ada di rumah dan tak membuat2 apa2 pekerjaan bergaji seperti orang lain (hanya terima gaji dari ayahanda je), tiba2 dapat satu semanat luar biasa nak buat sendiri biskut raya ni! Bermulalah aktiviti men'google' bermacam2 biskut yang diidamkan. Saya paling suka dan hantu tart nenas! Sukaaaa sangat. Bukan tak boleh beli. tapi nak sangat rasa buat dari air tangan sendiri. Mana tahu sedap kan, boleh buat lagi. Buat banyak2 dan makan banyak2...
Jadi, tart nenas akan masuk carta nombor 1 saya akan mula buat.
Disebabkan dah terlalu lama tiada aktiviti membuat biskut di rumah saya ni, segala peralatan pun dah tak tahu kemana hilangnya. Tadi, beli jugalah sarang kuih yang saya nak buat. Janji, yang ini nak simpan sampai saya ada cucu nanti. Haihh.. Bila saya tanya bonda mana itu, mana ini. Bonda pun naik bosan. Beli ajelahhhh. Sebabnya kalau cari pun sah2 tak akan jumpa.
Jem nenas tu 1KG RM 9.50. Ok tak harganya?yang ini asli nenas. BUKAN perisa stawberry atau blueberry. kat kedai macam2 ada kan.
(Malas nak buat sendiri, beli aje)
.
.
.
.
.
Balik rumah, saya google lagi. Nampaknya ada lagi sikit bahan2 tak cukup. Takpe, buat dulu apa yang ada. Esok dah boleh mula buat. Sapa2 nak baik hati nak mai tolong saya menggentel kuih2 ini dialu2kan. Bonda bagi RM100 untuk beli bahan2 ni semua. Ada lagi baki pun.
Biskut atau kuih raya sebenarnya? Apa2 jelah. Tapi saya lebih suka sebut KUIH RAYA.
6 comments:
السلام عليكم
bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..carilah keberkatan
10 malam terakhir..Insyaallah
sedapnya..kueh2 dia..semoga
berjaya menjadi usahawan..
semoga habis kuih raya tu semua
.
.
errr... makna sebenarnya,
.
.
semoga kuih raya tu menjadi dan boleh dimakan
ihihihi... haipp!! tak baik lemahkan smgt org!
ok! go go chaiyok awak!! nanti bg kita rasa kuih raya tu eh :D
Haha. semoga selamat habis dimakan dan selamat ditapau untuk rakan taulan. :)
Dah siap buat dah. BUT takdelah secantik KTS bentuknya. Haaa? KTS tu kueh ke? Hii.
Takdela awak, meh la nak makan. Nanti raya datang umah. Nanti saya bg alamat. ye?
zulkbo,terima kasih. Silalah bertandang selalu. InsyaAllah, kalau takde sebarang keuzuran sama2 lah kita hidupkan 10 malam terakhir ni.
Haihh, saya belum tahap usahawan lagi. buat hanya untuk makan je. Lagipun cuba nak lembutkan tangan yang keras ni. :)
saya suka tat nenas.sedap!
Sabun, hidup tart nenas! hehe.
Post a Comment