Nuffnang

Thursday, September 16, 2010

2 Syawal majlis pertunangan


Hari raya kedua, kawan baik saya bertunang. Kawan tidur sebantal, makan sepinggan masa sekolah dulu. Cik adik manis Yana dan tunangnya Syukri. Walaupun tak dapat menggamatkan majlis pertunangan ini dengan kawan2 yang lain, si empunya majlis nampaknya tetap berseri2 wajahnya menunggu si jejaka. Cuma, saya berpeluang menemani beliau saat2 debaran nak keluar bilik untuk disarung cincin tu. (Berdebar wehh!) Untuk cerita2 belakang tabir atau cerita selanjutnya kena tunggu empunya pemilik cincin bercerita.


Buat sahabat tersayang ni, Selamat menempuh alam pertunangan dengan bahagia. Jaga hubungan baik2. Semoga berkekalan dan berakhir ke jinjang pelamin. InsyaAllah. Saya tunggu hari bahagia kamu nanti~


4 serangkai dulu, 1 dah menikmati alam perkahwinan. Dan 3 sekarang sedang diikat cincin tanda!

~Ini masa majlis pertunangan sahabat saya, Asfarina 2 bulan lepas~

Yang bulat2 ni mestila jari saya kan. :) Saya tak banyak bercerita tentang majlis pertunangan disini. Persiapan majlis sikit pun saya tak tinggal jejak kat sini. Masa dekat2 majlis tunang tempoh hari saya banyak sakit. Sehingga ke saat ini, kalau tunang ada tersebut kisah2 dulu saya memang tak boleh simpan air mata! Yang penting, apa yang lepas2 tu, biarkan lepas. Ada kenangan yang tak sepatutnya diingat bukan?

Kini, jari manis saya sudah tersarung cincin permata satu. Bagi saya, itu simbolik 'dia yang satu'. InsyaAllah, saya harap lepas ni tiada lagi dugaan dan cabaran yang sangat hebat sehinggakan tak tertanggung oleh saya. Alhamdulillah, bahagia kini. :)


Ayuh sahabat2 sekalian, semoga hubungan yang sedang terjalin ini diredhai oleh Dia yang Satu.


2 comments:

Ku Tak Sempurna said...

tahniah semua!


.
.


.
.

kita gak yg single mingle lagi...


takpe.. single is simple kaaan
hihihi.. ayat nak sedapkan hati :D

Mawar Maizza said...

Alaa.. nanti sampai waktunya KTS pun jari manisnya tersarung cincin jugak. Kan dah ada kanda. hehe.

Kita doakan awak supaya cepat2 diikat. DAN jgn lupa jemput makan nasi minyak ye.