Nuffnang

Wednesday, September 1, 2010

Cubaan pertama TART NENAS




Saya punya tart tak secantik orang lain punya. Tapi tetap istimewa. Tangan yang keras ni masih dalam proses untuk dilembutkan oke. DAN... nak bagi peringatan... DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER. Maknanya...w/pun saya punya ni tak cantik. Belum tentu kalah rasa enaknya. (Haha. ini ayat bela diri. Pakar tart sila jangan kutuk!)

Kali ini saya nak mempersembahkan hasil air tangan pertama setelah 24 tahun bergelar seorang anak dara. Ini kali pertama saya sukacita dan penuh rasa ikhlas dari hati mencipta tart nenas ini. Original dari dapur teratak bonda berdasarkan resepi bakal kakak ipar dan hasil2 kongsian para blogger masakan di alam maya ini. Terima kasih kak ely dan ada jugak tengok dari blog Mat Gebu.

Fuhh! pagi tadi lepas2 Subuh dah mula bentukkan jem nenas bulat2. Mula2 buat 1 adunan. lepas tu tambah lagi 1 adunan. kemudian, buat lagi 2 adunan terus. Bukan apa, alang2 dah bersilat kat dapur tu, alang2 dah mengotorkan segala alat2 terus saya buat 4 adunan. Akhirnya dapat la juga 260 biji tart nenas. Anggaran 1 adunan dapat 60-70 biji la. Tak tahu la orang lain buat dapat berapa biji 1 adunan tu kan. :)

Tak cantik sangat pun. Memandangkan ini kali pertama saya buat. Huu. Tapi serius bila makan, gebu dan cair di dalam mulut. Sedapp! Haha. kalau diri sendiri tak puji siapa lagi kan. Lepas ni boleh makan banyak2. Hooray!! (Aih. aih. ni dah betul2 lupa nak diet ni. Cik kak, 1 biji tart nenas bersamaaan berapa kalori ahh??) Sila tanggung akibatnya nanti.


Tak pe, jangan risau. Saya jamin akan ada ramai nanti yang akan jadi tukang makan. Asal saja sedia ngap untuk dimakan. :) Bagi kat bakal mak mentua sebekas tu wajib kan? Ambil hati. Hee. Tak sabar nak bagi Encik Tunang rasa tart nenas ini. Yang pasti dialah pengomen @ juri nanti. Nanti bagi markah penuh ye?



JOM. Saya kongsikan sedikit gambar ini.



Gambar 1 tu inti jem nenas yang dah siap dibentuk. Boleh guna planta nak bentukkan bulat tu. Dah buat adunan, terapkan adunan memanjang dan gulung. Dah siap gulung, bedakkan dengan kuning telur yang dicampur sedikit pewarna. Bakar, sejukkan dan boleh simpan dalam tupperware. :) Senang je kan.


Tapi, serius cakap. Yang melihat tak sama dengan yang membuat! Sakit tangan.
Akhir kata, terimalah salam peluk cium 'tart nenas ikhlas dari hati' dari saya. Muuaaaahhhhh!
Saya bagi 2 biji setiap seorang. Haha

.
.
v


Oh. nak resepi?
Boleh terjah ke link ini
Mat gebu
terima kasih juga kak ely!

7 comments:

KTS said...

alalalalala.... gebunya tart nenas ni.... mcm tukang buatnya

eh eh eh... silap... manisnya tart nenas ni... mcm tukang komen ni.. eh eh eh

hihihi


.
.


nak banyaaaaaaak boleh :D




mesti bangga kan bila dah siap kuih ni... bilalah kita nk rajin ni.. haaiiiihhh

Mawar Maizza said...

KTS, konfem bangga yang teramat. Sampai terbungkang tdo pas siap ni. Sekali buat terus 4 adunan.

Hasil selalunya ikut tuan punya buat. kalau gebu tuannya, pasti gebu jugak kuehnya. haha.

TAPI. pengomen tu belum tentu manis orgnya. meh tunjuk kueh sebijik dlu baru leh tau manis ke idak. :)

2 bijik je tiap sorang ye!!!
:)

cempakasilver said...

cayunk..wah terkesima sayer tgkk..
cmniela snang cite..2biji tu cayunk simpan jerla...tp yg selebihnye lam tupperware tu bg kt cyg dicinie...wakaka....waaaa xsbr mau pulang ke kg..mau ketemu kamu juga...

Mawar Maizza said...

wahh.. awak ni membanggakan saya pulak. siap tkesima tuu. bulih2. tapi makan ke awak tu kueh ni banyak2? kan on diet? Eh, orang kering toksah la diet2 ekh. biar ada isi sket.

Mai2 balik kg.
Eh, bila balik kg?

cempakasilver said...

hehe..awk xtau ke ni pom peberet sy jgk..isk2..telan aje klua da depan mata nie..bkn kering sbb diet nie..tp kering sbb xde duet..wakaka..

sy blk mayb 7 mlm pas bke tu kot..haish xsbr mau berbuka d kg halaman...

Anonymous said...

walaupun rupa tart nenas ni cm tayar lori balak,tetapi sya rs x sabar nk mencubanye..hehehehe..

syabas dear,nnti thn depan i tunjuk cmne nk wt tart yg canteekk!!!kita wt sama2...hehehehehehe..

Mawar Maizza said...

Alolo. terharunya baca komen dear. Tahun depan buat sama2. tapi saya tukang tgk n makan je la ye. Awak kan suami mithali. :)

Jahat! kutuk tart orang!