Nuffnang

Tuesday, January 26, 2010

tips kurus terpilih :)

Sekarang masih di sekolah. Latihan Kebakaran baru sahaja selesai. Mujur notebook saya ni tak hangus. :) Selepas tu, saya terus meluru ke bilik guru untuk menyambung tugas saya yang masih belum terlunas. hee. Saya berjalan dan singgah di beberapa blog diet yang menarik, dan apa yang lebih menarik perhatian saya kali ini adalah berkenaan dengan tips kurus oleh Mr. Bam. Tapi, saya hanya memilih beberapa tips yang membuatkan saya tertarik untuk komen. :)

1. Sasaran mesti realistik
Kajian menunjukkan bahawa setiap orang yang penurunan berat badan secara perlahan mampu bertahan lama. pelan pengurangan berat badan yang sihat dan realistik adalah pengurangan sebanyak 1-2 paun (0.45kg-0.9kg) dalam masa seminggu.

Komen saya: hurmm.. sangat setuju! Walaupun jumlah pengurangan untuk fasa kedua ini agak mengecewakan, tapi saya tetap gembira. Dalam tempoh 5 minggu saya sudah berjaya kurangkan 6 kg. 3 minggu pertama, 5 kg. dan 2 minggu berikutnya ini hanya turun 1kg! tapi, bila dapat tahu tips ini, sekurang-kurangnya saya lega. ya, perlu banyak masa. yang penting, ada hasil kan?

2. Jangan mengabaikan sarapan pagi
Sarapan pagi yang baik adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga dan seterusnya menghindari anda dari mengambil snek yang berkalori tinggi.

Komen saya: Saya sedar dan saya tak abaikan! Saya tahu sarapan pagi sangat2 penting dan tak boleh diabaikan. Pagi-pagi saya cuba bangun lebih awal supaya sempat bersarapan di rumah sebelum ke sekolah. Bukan tak boleh sarapan di sekolah, tapi faham sajelah. Menu tidak sesuai untuk saya. Ada yang bergoreng dan kuih muih. Sarapan di rumah, boleh jugalah makan sekeping dua biskut, kadang-kadang roti. Roti ni pun sebenarnya tak berapa elok. Mahu mencuba bijirin pula nanti.

3. Cara memasak sayur-sayuran
untuk mengelakkan kalori yang berlebihan, grill atau kukus sayur-sayuran anda. pastikan juga sayur-sayuran tidak dimasak berlebihan kerana ini akan menyebabkan khasiatnya hilang.

Komen saya: Selama sebulan lebih ni, itulah menu saya setiap petang. Sup sayur. kadang-kadang tambah sedikit bihun. Bunga kobis dan karot sangat sedap dan rangup kalau tak dimasak lama. Tiap kali pergi TESCO, otak ligat fikir menu sayur yang berlainan untuk dicuba. barulah setiap minggu tak jemu. DAN, saya dah perasan yang tekak saya ni dah tak boleh telan sup sayur kobis. agaknya sebab sayur tu sudah terlalu jemu untuk dimakan.

4. Elakkan minum terlalu banyak kopi
Minum kopi adalah bukan cara yang sihat untuk pengurangan berat badan. minum terlalu banyak kafien akan menyebabkan dehidrasi dan mengganggu tidur anda.

Komen saya: tahniah buat diri saya sendiri! saya dulu memang tak boleh kalau sehari tak minum kafien. coffeeholic! sekali tu wajib. dan kerap kali dua kali sehari saya ambil kefien. Sekarang tidak lagi, saya dah tinggalkan kafien ni 100%.

5. Menghadiahkan diri anda
Anda seharusnya menghadiahkan diri anda setiap kali anda mencapai sasaran pengurangan 1kg-2kg. Ini akan dapat membantu anda mengekalkan motivasi untuk terus berdiet.

Komen saya: hehe. yang ini pun saya dah buat! minggu lepas dah hadiahkan untuk diri sendiri sehelai blaus labuh paras lutut. sangat cantik dan sesuai untuk saya. dan 2 hari lepas ada masuk satu butik tu. Saya berminat pada sehelai jubah berwarna coklat gelap, kosong dan ada sedikit sulaman. Saya dah cuba! juga cantik dan sesuai dengan potongan badan. tapi nampak macam agak seksi la pulak. Jadi, saya nak tunggu sedikit masa lagi.. heee..

SEKIAN

Perlu selagi mampu
dan
WAJIB!


No comments: