Nuffnang

Monday, January 11, 2010

Membawa diri


Saya kira ini adalah entry saya yang terakhir selama masih di rumah. Malam ini saya bakal membawa diri. ke mana? Masih ke perak. Beberapa tempat harus dituju dan terlalu banyak perkara yang bakal menanti dan pastinya perlu diuruskan. Langkah kaki bermula malam ini menantikan seribu macam pengalaman baru buat saya. Situasi baru, orang baru, persekitaran baru, rumah baru, sekolah baru. Waah! semua baru lah. (baru atau baharu? saya masih kabur tentang yang ini). Walau apapun, saya mengharapkan kebahagiaan dan kedamaian di sana nanti. Doakan saya tau.

Malam ini bertolak ke Tanjong Malim. Mr Lan cakap "tak habis2 tg malim". hehe. Yelah, masih ada perkara disana. Saya nak jumpa adik-adik di sana terlebih dahulu. seterusnya rabu nanti saya akan ke Batu Gajah, Perak. Saya akan berpraktikum di SMK Pusing. Harapannya, sekolah itu dan semua warga disitu dapat menerima orang baru seperti saya dengan baik :). InsyaAllah. Saya insan serba kurang, masih perlu banyak tunjuk ajar dari orang2 berpengalaman.

Sedih dan sayu nak tinggal rumahku syurgaku. Ayahanda dan bonda. Lagi-lagi lepas ini tak tahu bila dapat bersua lagi di mawar terindah ini. Minggu hadapan, mula berpraktikum. Doakan yang baik-baik buat saya ya teman-teman. Semoga dapat mencurahkan ilmu sehabis baik. Saya sayang kamu semua..


Assalamualaikum..


2 comments:

nono said...

teman...

semoga segalanya berjalan dgn lancar...doaku sentiasa bersamamu..

bakal pendidik kpd anak2 ku...cheewahhhhhh..hehehehe

mawar @};--- said...

dear, tima kasih.. Insyaallah.. gementar juga ni.. he2.. buleh3, kalau dapat ngaja klate. ramai benar anak2mu.. :)