Nuffnang

Wednesday, October 27, 2010

bakal guru


Entri penuh makna.

Tadi, saya ON mukabuku. Jumpa 2 artikel yang dikongsi oleh kawan2 di mukabuku itulah. Rasa macam tertarik untuk kongsikan disini. Sebenarnya malas juga nak kecoh2 tentang isu ini walaupun dalam hati Tuhan saja yang tahu kan. Saya tak terkata. disebabkan sudah macam 'muak' menantikan tarikh sebenarnya untuk penempatan itu, kalau2 ada orang bertanyakan tentang itu pun saya dah tak ada perasaan untuk memberi respons.

Cuma sekarang, saya hanya duduk bersenang lenang di rumah. Goyang kaki dan disara sepenuhnya oleh bonda&ayahanda. Mungkin itu lebih bagus. Apapun, saya hanya mampu berpegang pada kata bahawa 'setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya.' iya! MUNGKIN. itu ayat orang pasrah. hehehe.

Saya paste kat sini beberapa perenggan yang dipetik ye?

...Kami tidak menyalahkan pihak GSTT tetapi kami mohon KPM membuka mata dan melihat dari segala aspek adakah patut sekali lagi graduan pendidikan diketepikan setelah pelajar IPG, KPLI, DPLI dan kini GSTT didahulukan? Rata-rata graduan pendidikan yang menceburi bidang ini adalah melalui minat yang amat mendalam dalam bidang perguruan sehingga sanggup berhempas pulas menamatkan pengajian kami selama 5 tahun bagi pelajar lepasan matrikulasi, 6 tahun bagi pelajar lepasan STPM dan 7 tahun bagi pelajar lepasan diploma untuk menggenggam segulung ijazah berTITLE PENDIDIKAN. Setelah itu kami sekali lagi diuji dengan ujian INSAK dan TEMUDUGA dan apabila kami melepasi cabaran-cabaran yang diberikan wajarkah sekali lagi kami disingkirkan? Dimana keadilan buat kami graduan-graduan pendidikan?...

DAN

...Menurut pihak tersebut, sebab-sebab pembekuan itu adalah ekoran ekonomi negara yang agak teruk sehingga tidak mampu untuk menampung gaji guru-guru baru. Bagaimanapun, kerajaan cuba menutup kelemahan itu melalui Timbalan Menteri Pelajaran, Muhd Puad Zarkashi yang mendakwa kononnya masalah penempatan ini terjadi ekoran wujudnya lambakan guru di IPTA tempatan. Walhal, Muhyiddin Yassin kira-kira setahun lepas pernah menguar-uarkan bahawa berlakunya kekurangan guru khususnya guru lelaki sehingga mencapai angka ribuan (melebihi sepuluh ribu). Adalah mustahil kekosongan itu telah dipenuhi dalam masa setahun. Sehingga kini, belum ada pihak khususnya dari pemerintah BN yang mengakui masalah ekonomi sebagai punca pembekuan tersebut.
..

.
.
.
.
.

Untuk lebih lanjut, boleh ke link ini;

*Graduan pendidikan IPTA mohon perhatian
*Masalah penempatan guru


p/s: duduk di rumah lagi best lah! 24 jam mengadap lappy. bahagianya~
haha



1 comment:

Norhaizan Mustapha said...

Salam..

Dulu saya bertahun2 jadi GSTT, memang rasa tak selamat sebab bila2 masa boleh 'dibuang' bila masuk cikgu2 posting.

Tapi, saya sentiasa berfikiran positif. Sangat penting kita berfikiran positif. Jangan mengharap apa yang ada di depan mata sahaja. Fikirkan hikmah yang bakal kita perolehi daripada peluang sementara yang kita dapat.

Saya buat hometuition dan ada masanya pelajar2 saya datang ke rumah. Bilangan mereka daripada 2 orang menjadi 40 hingga ke 50 orang dalam masa 3 bulan pertama saya buat tuisyen.

Sangat lumayan pada saya yang menggangur ketika itu dan mengharapkan gaji GSTT yang tak seberap sen itu. Pendapatan saya melebihi gaji GSTT dengan tuisyen tersebut. Alhamdulilah.

Sampai hari ini, banyak bakal2 guru dari graduan pendidikan di universiti (oppss..bukan KPLI, DPLI yang tunggu penempatan)yang mengambil inisiatif mengajar di centre saya. Alhamdulilah. Mereka nampak laluan itu.Mereka sangat positif.

Jika sesiapa yang berminat nak buka kelas tuisyen di rumah Gaya Smart Kids boleh layari blog ini;

www.buatduite-xra.blogspot.com

Insyallah, ia adalah panduan yang terhasil dari garapan pengalaman saya selama 7 tahun mengajar tuisyen dan jadi cikgu kontrak.

Insyallah, dengan berkat keinginan, keazaman dan keikhlasan mendidik anak bangsa Allah S.W.T akan mempermudahkan laluan kita. Ingin saya kongsikan di sini, pendapatan saya sebagai guru tuisyen di rumah mencecah sehingga RM3k sebulan cuma 2 - 4 jam sehari sahaja.

Bukan untuk mendabik dada. Kita harus bersyukur dengan apa yang ada dan paling penting berfikiran positif. Rezeki ada diamana-mana.

Terima kasih.