Nuffnang

Monday, July 12, 2010

wonderfull sunday


Waah, hari ini bermula lagi minggu yang penuh menyenangkan.

Penat semalam memaksakan saya baring2 saja di rumah hari ini.. kepenatan yang berbaloi. Dah lama tak rasa penat yang macam ni. Sejak tak lagi menghuni bumi Tanjong Malim. Semalam ke KLCC. Menonton knight and day yang dicadangkan oleh cempakasilver. Agak menyeronokkan. cerita yang penuh lawak. Tom Cruise pun kacak sungguh. :) Dah lama tak memberi ruang seperti ni dan rasa seperti jam bergerak pantas sekali. Sembang-sembang, borak2 cerita2 lama. yang lama pun boleh jadi baru kembali.

Ada yang lebih membuatkan saya teruja. Petang ke Wangsa maju dijemput lagi seorang teman lama, Fizza. Teman dulu2, sewaktu di YTBesut lagi. Statusnya sudah bertukar sebulan yang lepas. Dah jadi isteri orang rupanya teman2 yang pernah rapat dengan saya suatu waktu dulu. Cempaka, kamu bila lagi? Cerita di WM ni sebenarnya renteten kisah di majlis kahwin kawan saya ni. Ala-ala tersalah keluar dari mulut tentang premiumbeautiful, akhirnya semalam saya dah berpeluang miliki PB. Teruja dan Alhamdulillah.. Selepas tu, duduk2 di JJ, menikmati hazelnutt white coffee. Ah, kisah orang2 kahwin. Supper dupper. hehe. terima kasih untuk nasihat buat orang2 yang bakal kahwin seperti... saya. Erkkk.

PB ini pun salah satu persiapan untuk orang2 yang bakal berkahwin ye. Terkejut ditanya oleh kak Huda dengan pertanyaan sebegitu. Pantas saya jawab.. "kak, orang yang nak kahwin ye pakai PB ni...?" hehe. Janggal ke tak ye pertanyaan tersebut?

Apapun, seronok menikmati hari semalam. :)
terima kasih buat kalian..


ni saja gambar yang mampu terlepas masuk. ")
di Klcc dengan cempakasilver



Semalam masuk butik F.E.N.D.I.
Ooo, bab kata cempakasilver lagi. sebab tu mahal sungguh harganya, dari Italiano rupanya.
Hehe. Saya tak tahu pun. ??




5 comments:

cempakasilver said...

sayer pun suke..klu boley mahu lagi...hurm kawen??jawapan itu maseh jauh barangkali..

Anonymous said...

brand FENDI mmg mahal..

Mawar Maizza said...

next >> bukit kluang beach resort raya ke3 deh. :)

cempakasilver said...

ada apakah d sana??

Mawar Maizza said...

reunion putra. budak2 ngah discuss. rasanya ramai yg bulih join. sebab cuti kan masa tu.