Nuffnang

Wednesday, July 14, 2010

Tg Malim: Aku datang lagi

Assalamualaikum w.b.t..
senyum. senyum. :)

Hari ini saya ke Tanjong Malim. Em, dah tiada rasa ragu, yang pasti Tanjong Malim hari ini diterjah lagi. Rasa berat hati tu dah hilang dah. Bila beberapa perkara nampaknya selesai tanpa ada halangan. Mujurlah. Borang untuk ambil transkrip dah selamat difaks ke pejabat kakak ipar oleh Puan Aida. terima kasih.

Petunjuk jalan pun dah dapat dari kawan2 FB. Adik2 yang masih menghuni UPSI sebenarnya. terima kasih Faa. Rupanya tak perlu ke Bukit Jalil. Nak ke Tanjong Malim boleh naik di Pasar Seni. Em, puduraya masih dalam baikpulih. Rasa macam jakun aja. Pasar Seni pun rasanya belum pernah saya jejak. Saya rindu bas SKS yang terus ke kolej KHAR tu. Apapun, tak salah mencuba kan.

Dan, semasa entri ini dipublish, saya sedang menuju ke tanjong malim.
Dah pandai buat autopublish post. :)

Wajah Puduraya yang bakal berubah.

InsyaAllah, selamat sampai.



1 comment:

soffya cik bulan said...

mri tg mlim dok jupe kite pong....
dok igt saim doh horr..hu