Nuffnang

Wednesday, July 28, 2010

Temuduga GSTS


Alhamdulillah, hari ni 27hb semakan temuduga dah boleh disemak. Dengan keadaan saya yang tersangatlah teruja nak tahu penempatan temuduga ni tengah hari tadi. Tambah lagi Encik tunang yang saja buat2 suprise. Isk. Penat bila dihujah perasaan teruja ni. Akhirnya semakan temuduga ni disemak kawan comel saya, Haini. Agaknya laman KPM pun tak tentu arah tengah hari tadi kerana diterjah ribuan manusia yang juga punya satu niat, menyemak status temuduga ini.

Dah bagi no k/p pada si kawan comel ni. Tiba-tiba dapat panggilan dari dia. Pertanyaan pertama yg muncul tika itu.. "Jaa, ko tak hantar permohonan ke... ?" Adoi, mahu gugur jantung saya masa tu. Boleh pulak cik kak ni buat lawak kan masa orang tengah suspen. Berdebar dah. Hehe, akhirnya, saya dapat tahu penempatan temuduga di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, kelantan. 3 Ogos nanti. (Ada 5 hari lagi...)
Thanks to her.

Dah petang sikit baru boleh saya lihat sendiri semakan ini.


Dan sekarang, saya sedang berjaga malam mencari bahan bacaan yang perlu. Apa isu semasa pendidikan sekarang ini ye? Selain pemansuhan UPSR dan PMR? Selain guru dibenarkan berpolitik. Itu belum lagi deretan senarai yang perlu dibaca seperti NKRA, PIPP, FPK, Wawasan 2020, KBSR, Teori Pembelajaran dan banyak lagi. semua tu nak kena baca. Ditanya atau tidak semasa temuduga itu nanti letak tepi dulu. yang penting ada persiapan.

Berbekalkan perkongsian pengalaman rakan2 lepas yang pernah ditemuduga. Ada juga perkara2 luar jangkaan yang ditanya. Misalnya disuruh baca doa Qunut. Bacaan2 dalam solat. Asas2 lain misalnya rukun Iman, Rukun Islam. Saya kira soalan2 sebegini juga tidak salah. Menjadi seorang guru bukan hanya perlu mantap ilmu, malah perlu lengkap sahsiah, ilmu agama juga.

Terima kasih buat Encik tunang yang sudi tolong saya carikan bahan untuk dibaca.

Tuhan, berilah saya kemudahan dan kelancaran semasa temuduga ini nanti. InsyaAllah.



No comments: