Nuffnang

Thursday, July 8, 2010

kerja. kerja. kerja. tak boleh!


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai di sini beberapa hari lalu. Menempuh perjalanan siang hari yang membuatkan bermacam2 perasaan ada. Pening, loya, nak muntah, macam2 lagi la. Dan buat kali pertamanya memang saya muntah! Jarang-jarang saja naik bas siang hari nih. Apapun, dah selamat berada disini dah. Ada seorang sahabat yang asyik tak puas hati akan status saya di FB. Di sini tu di mana? Di sini tu di mana......

Niat asal bertandang ke sini untuk bekerja. Sambil-sambil menghabiskan sisa waktu bercuti saya dengan sesuatu yang tak pernah saya buat selama ni. TAPI, selalu saja permohonan itu tak akan terlepas mendapat kebenaran. Hurm... bermacam alasan yang ayahanda bagi untuk memujuk saya supaya tak bekerja. Duduk free di rumah, duit poket masuk pun seronok juga kan? Akhirnya, pujuk. pujuk. pujuk. Saya terpaksa mengalah untuk berehat sepuas2nya...... Agak2 kalau duduk-duduk sahaja boleh bertambah KG tak?

Risau ni.

Teringinnya nak habiskan waktu ini dengan bekerja. mencuba sesuatu yang tak pernah saya buat. Sebelum melangkah kaki ke sekolah meneruskan profesion mendidik ini. Sebelum memakai tanda nama tu kembali....... :) Sebelum... Sebelum....

Sebelum meneruskan babak-babak seterusnya yang bakal muncul dalam hidup ini.

No comments: