Nuffnang

Sunday, August 23, 2009

salam Ramadhan




Sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dgn penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosa yang la
lu"....




* * * * * * * * * * *


hari pertama puasa:
6.30pm hubungi bonda..

"menu apa hr ni bonda?"
"masak gulai ayam kampung..."
aduhhh! tiba-tiba je rasa nak terus balik umah.. seronoknya kalau boleh rasa 'air tangan' bonda saat ini.. rindunya bonda.. huu~ ank bonda ini tak memasak hari ni.. huhu.. sedihnya.. menunya hanya intai2 di bazar ramadhan.. tak mengapalah, agak penat.. pagi tadi ke perkampungan Orang Asli di Kg. Serigala, siapkan tesis yang masih banyak berbaki.. setakat ini, alhamdulillah..


Semoga dgn keberkatan Ramadhan ini kita akan menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu2 hitam yg bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata2. ttp puasa adalah berlapar disamping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.


Selamat Berpuasa untuk semua..
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan..

2 comments:

cempakasilver said...

saba je la cayunk...nasib kte same..
huhu..sob sob sob...

Mawar Maizza said...

a'a.. masa ini hanya mampu bersabar cayunk...
selmaat berpuasa.. ;)