Nuffnang

Tuesday, February 23, 2010

apabila sudah nekad


Cerita berdasarkan gambar. Nampak kan perkataan-perkataan yang tertulis pada kad tu? Hehe.. itu tandanya saya sudah nekad. Akhirnya dapat juga hari ini bersenamrobik. Mujur ada cikgu-cikgu sekolah ini yang umurnya sebaya dengan saya. Yang boleh dibuat kawan untuk beraktiviti seumpama ini. Hari ini baru permulaan. Ada pakej bulanan. Tapi setakat ni belum ambil pakej bulanan, sebab risau kalau-kalau kerja-kerja ilmiah saya tak terbuat pula nanti. Tapi niat di hati memang nak konsisten! Memang seronok la. Dengan keadaan yang tertutup tu, rasa bebas nak buat apa saja aksi. Hehe. Instruktor senamrobik, Kak Ema pun memang mantap.

Jadi, hari ini rasa lebih sihat dan cergas. :)

Sedang tertanya-tanya: Agaknya bila la pensyarah saya nak datang selia ni?
Hohoho...
takut

Friday, February 19, 2010

dah kemek... :(



Ini gelang tangan kesayangan saya. Hadiah dari bonda. Yang sedihnya, gara2 marahkan pelajar 2D, loceng gelang tu dah tak rupa bentuk bulat. Loceng tu dah ternganga luas. Tapi sekarang dah tertutup sedikit, saya buat sendiri.. Hehe.. Dah pergi kedai emas nak suruh bentukkan balik bulat loceng tu, tapi tak dapat dah.. Kalau nak juga, kena ganti aje dengan yang lain. Haih, mesti ambil masa.. Sudah seminggu gelang ini tertanggal dari tangan saya... Hari tu saya mengamuk di kelas 2D, sebab tak tahan sangat dengan perangai2 yang menyakitkan hati. Mujur saya masa tu masih dalam kawalan. Bila marah, pandai pulak budak2 tu nak diam.. Sungguh menguji kesabaran.. Esok pagi dah nak merantau ke darul ridzuan semula. Jadi, esok kena pastikan gelang ini setia ada di pergelangan tangan saya semula.. :)

bercuti

Pagi ni baru sempat saya meneroka gambar! Jadi, dengan berbesar hati saya nak kongsi beberapa keping gambar pada hari yang sungguh bermakna ini. Lihat tarikh: 14 Februari 2010. Lupakan kisah disebalik tarikh itu yang selalu diperkatakan orang.. Sebab langsung tiada kena mengena dengan aktiviti saya pada hari itu.. Hari itu membawa pengertian yang bermakna buat saya... :)

kek? Abaikan kotak ini yang nampak macam agak macam budak2 riang kan? Tapi kek ini untuk orang besar. Kek Coklat!

Saya bersama anak2 buah. Di kedai kek. Pengiring sejati.Tetap di hati.. :)

ketiga2nya anak buah. Senyum pun sama. Tapi bukan kembar 3 ye..

lepas tu, kami ke Lata Belatan. ramai sungguh orang hari tu. Cuti sekolah. Semuanya membawa anak-anak mandi sambil beriadah..

Itu kenangan terbaik waktu cuti seminggu.. lebih2 lagi 14 Februari tu.. Seminggu saja? Mengapalah tidak sebulan kan? Itupun banyak lagi tempat yang tak sempat dikunjung. Tapi sempat jugalah merasa sotong bakar, sotong celup tepung, air kelapa muda yang sedap sangat2 tu. Amboi, mulalah seronok cerita bab makan ni.. tak ingat pantang dah ke cik mawar? takdelah... Cik mawar setia berpantang.. terutamanya nasi. Di majlis kahwin hari tu, sempat juga 2 suap nasi minyak. Kantoii.. tapi takpekan? Ambil berkat pengantin baru....

Buat dia,
Selamat Hari Lahir...


Wednesday, February 17, 2010

muhasabah

.ini buku persediaan mengajar saya.

Al-kisahnya buku persediaan mengajar ini menceritakan segala2nya. melengkapi hidup saya hampir sebahagian. Sudah genap sebulan saya di SMK Pusing. Genap sebulan juga saya menempuhi liku-liku hidup bergelar guru pelatih disini. Walaupun baru sebulan. Macam-macam sudah saya tempuh. Ada bahagia. Ada duka. Ada ceria. Ada tawa. Ada benci. Ada hidup. DAN ada pengalaman.

Itu baru sebulan. Kadang saya rasa lemah semangat. Semangat saya entah melayang kemana-mana. Saat merasakan diri tak mampu, saya menangis. Saya biarkan air mata tu gugur di pipi. Habis menangis, saya bentangkan sejadah. Duduk lama-lama. Muhasabah. Minta ketenangan dari Tuhan yang Maha Pemurah. Saya cuba positifkan diri dan fikiran saya. Tapi itu kadang-kadang jela.. Bukannya selalu. Saya bahagia disini. Bahagia dikelilingi orang-orang berpengalaman yang sambut baik saya. mengalu-alukan kehadiran saya. Seronok bila ada rakan seperjuangan yang bertubi2 mengokong dari belakang. Beri semangat.

Tinggalkan kisah itu.

Gambar di atas tu, buku persediaan mengajar saya. Hari-hari duk mengadap buku ni lah. Sampai tak ingat nak makan. Sudah lah waktu makan saya pun terhad, tambah pula dihujani bermacam perkara. Selera pun terbantut. Tidur? Sungguh tak cukup waktu tidur. Tapi, kadang tu bila rasa tak larat sangat, saya curi masa juga berehat sekejap, melelapkan mata buat seketika, untuk teruskan kerja-kerja yang berbaki. Agak menyesakkan fikiran la.. :)

inilah jadinya waktu saya berkampung. mujur ada meja kecik tu. Lappy & Fon yang sedondon hijau. Sekarang mengira hari lagi. Masih ada 3.

apabila dia bertandang dan mengusik!


R.I.N.D.U.

Tuesday, February 16, 2010

Monday, February 15, 2010

sedang berbahagia


Sudah 2 hari berada di rumah. 2 hari yang berlalu ini pun saya sedia isi sepenuh2nya.. puas hati. Memang rasa kelegaan yang teramat kerana dapat tinggalkan segala bebanan yang saya duk pikul berminggu-minggu. Waktu seperti ini memang saya tunggu sangat2lah.. seronok dapat jumpa bonda, ayahanda, ahli keluarga yang lain. Seronok juga dapat jumpa orang yang hendak saya jumpa. :) Memang berbaloi-baloi kepulangan kali ini....

Hari ini pagi-pagi lagi dah bertolak ke kuala terengganu. Kenduri adik bongsu abang ipar. Dari semalam, saya duk pening fikir tak ada baju untuk dipakai untuk kenduri hari ni. Bonda dah serabut. Asyik-asyik baju juga yang saya duk pikir. hehe. Si kekanda mempelawa bajunya. Perlilah tu.. Akhirnya, saya beranikan diri mencuba baju raya 2 tahun yang lepas. itupun baru sekali dipakai. masih baharu dan berkilau2.. DAN? seronok sangat bila baju tu dah boleh dipakai semula. memang dah slim lah. hehe. Di tempat kenduri tu pula, beberapa orang tegur saya, sebab tak cam. Mereka kata: kenapa lain sangat? Dulu bukan macam ni? Saya tak kata apa. Cuma kekanda yang tolong jawabkan.. Yelah, sekarang dah comel, dah berseri2 anak dara.. Hari ini, bila tengok pengantin berhias lawa, tengok pelamin, dengar pula gendang. tiba-tiba rasa nak kawen... huhu.. (Lambat lagi ni....)

Kesimpulannya, saya dah selamat sampai di kampung halaman tercinta. dah berjumpa orang2 yang saya sayang. Dan saya sedang berbahagia sekarang ini. sungguh, hati saya berbunga riang. Kalau boleh, nak begini selama2nya. Tambah seronok bila orang tegur perubahan saya.. hehe. Saya tak mahu pulang ke Batu Gajah, bolehkah?

amarah

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Dan ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu..

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

.AMARAH.
(Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)

* * * * * * * * * * * *
Lagu ini mempunyai sentuhan lirik yang sangat bermakna. Suka yang teramat lagu ini. Tak mahu cerita panjang. Hanya ingin nyatakan, saya wanita yang mempunyai satu hati yang perlu sentiasa dibajai. Baja yang baik itu pun perlu sentiasa disirami agar sentiasa subur dan segar.. :)



Thursday, February 11, 2010

cuti terengganu


Sudah agak lama rasanya tak menulis disini. menjengah pun jarang-jarang saja sekarang ni. waktu saya adalah sangat terhad. kehidupan sekarang pun tak banyak berbeza. pejam celik. pejam celik. hari-hari memerlukan saya untuk sentiasa fokus. Ya, saya sayang anak-anak didik saya yang betul-betul menuntut kesabaran saya. pelbagai ragam. Hari ini dapat gelaran "cikgu garang". (garang ke?hehe)..

Banyak nak cerita. tapi terbantut la.. Minggu ini, hari-hari saya mengira hari. tak sabar sungguh menunggu hari sabtu ini.. Mahu menikmati waktu-waktu keemasan di terengganu. Menghirup udara segar di rumah nanti. Cuti seminggu! Saya sangat teringin untuk meleraikan segala bebanan ini.. sungguh... dan semoga ada kelainan yang saya cuba bawa balik.. :)

SELAMAT BERCUTI.......

Tuesday, February 2, 2010

menghampiri

percaya atau tidak?
keputusan minggu ni sangat2 menggirangkan hati saya.
sudah mencapai angka lapan...