Pagi ni baru sempat saya meneroka gambar! Jadi, dengan berbesar hati saya nak kongsi beberapa keping gambar pada hari yang sungguh bermakna ini. Lihat tarikh: 14 Februari 2010. Lupakan kisah disebalik tarikh itu yang selalu diperkatakan orang.. Sebab langsung tiada kena mengena dengan aktiviti saya pada hari itu.. Hari itu membawa pengertian yang bermakna buat saya... :)


Itu kenangan terbaik waktu cuti seminggu.. lebih2 lagi 14 Februari tu.. Seminggu saja? Mengapalah tidak sebulan kan? Itupun banyak lagi tempat yang tak sempat dikunjung. Tapi sempat jugalah merasa sotong bakar, sotong celup tepung, air kelapa muda yang sedap sangat2 tu. Amboi, mulalah seronok cerita bab makan ni.. tak ingat pantang dah ke cik mawar? takdelah... Cik mawar setia berpantang.. terutamanya nasi. Di majlis kahwin hari tu, sempat juga 2 suap nasi minyak. Kantoii.. tapi takpekan? Ambil berkat pengantin baru....
Buat dia,
Selamat Hari Lahir...
Selamat Hari Lahir...
1 comment:
,,cayunj nk jgk kek coklat tu..huhu
Post a Comment