Nuffnang

Monday, February 15, 2010

sedang berbahagia


Sudah 2 hari berada di rumah. 2 hari yang berlalu ini pun saya sedia isi sepenuh2nya.. puas hati. Memang rasa kelegaan yang teramat kerana dapat tinggalkan segala bebanan yang saya duk pikul berminggu-minggu. Waktu seperti ini memang saya tunggu sangat2lah.. seronok dapat jumpa bonda, ayahanda, ahli keluarga yang lain. Seronok juga dapat jumpa orang yang hendak saya jumpa. :) Memang berbaloi-baloi kepulangan kali ini....

Hari ini pagi-pagi lagi dah bertolak ke kuala terengganu. Kenduri adik bongsu abang ipar. Dari semalam, saya duk pening fikir tak ada baju untuk dipakai untuk kenduri hari ni. Bonda dah serabut. Asyik-asyik baju juga yang saya duk pikir. hehe. Si kekanda mempelawa bajunya. Perlilah tu.. Akhirnya, saya beranikan diri mencuba baju raya 2 tahun yang lepas. itupun baru sekali dipakai. masih baharu dan berkilau2.. DAN? seronok sangat bila baju tu dah boleh dipakai semula. memang dah slim lah. hehe. Di tempat kenduri tu pula, beberapa orang tegur saya, sebab tak cam. Mereka kata: kenapa lain sangat? Dulu bukan macam ni? Saya tak kata apa. Cuma kekanda yang tolong jawabkan.. Yelah, sekarang dah comel, dah berseri2 anak dara.. Hari ini, bila tengok pengantin berhias lawa, tengok pelamin, dengar pula gendang. tiba-tiba rasa nak kawen... huhu.. (Lambat lagi ni....)

Kesimpulannya, saya dah selamat sampai di kampung halaman tercinta. dah berjumpa orang2 yang saya sayang. Dan saya sedang berbahagia sekarang ini. sungguh, hati saya berbunga riang. Kalau boleh, nak begini selama2nya. Tambah seronok bila orang tegur perubahan saya.. hehe. Saya tak mahu pulang ke Batu Gajah, bolehkah?

No comments: