Nuffnang

Friday, January 7, 2011

Sudah setelkan di Muadzam.



Yeayy! Hari ni hari Jumaat. Dah berlalu 5 hari yang agak menyesakkan untuk minggu ni. Rasa macam tak lepas je nak bernafas. Jadi, mula malam ni boleh la nafas dengan lega sikit. Berangan nak siapkan rancangan mengajar untuk seminggu terus minggu depan. Ohh. Buku rekod mengajar tu belum sepenuhnya saya setelkan. Minggu ni tak payah hantar untuk disemak lagi. Ada lagi benda tak di touch up.


Khamis ialah hari kuning. =)


Hmmm.. Saya rasa macam berhutang beberapa kisah tentang bakal buah hati baru saya. Ok. Masa sungguh la cemburukan saya. Kenapa la ek. Jangan la cemburu2 sangat. =) Bakal buah hati tu dah pun dipinang dengan selamatnya oleh si tunang kesayangan hamba. Rindunya tunang saya (tiba-tiba). Huhu. dari A-Z semuanya dia uruskan. TQ. Nanti dinda belanja hadiah best ye. =). Minggu depan insyaAllah dapat la buah hati saya tu.


Sangat banyak yang nak di'sign'.

Jadi, semalam saya ke Muadzam dengan Zila. Kawan satu sekolah dengan saya. Paksa jugak Zila teman pasal nak pergi tandatangan loan agreement untuk buah hati saya di Bank Islam. Oh, satu hal la pulak pasal di Rompin ni takde Bank Islam. kena la ke Muadzam, itu kira yg paling hampir la. Lepas je habis sekolah, cepat2 berkejar ke sana sebelum 4.30, bank dah nak tutup kan. Dekat sejam jugak la Rompin-Muadzam. Mujur la si Zila ni tahu jalan nak ke sana.


Saya pernah cerita yang saya jumpa seorang sahabat lama kat sini. Kawan masa di MRSM YT Besut lagi. Akhirnya jumpa bila dia dah kerja, saya dah kerja. Dia sangat baik hati ok. Yus bagi pinjam kereta dia. Hehe. Nak ajak dia sama tak boleh la pasal dia kerja office hour kan. Oh, mujur sangat. Saya ni jenis pemalu nak pinjam2 tapi Yus ni macam memahami je. Hihi. Ini ayat dia ok: Tak payahla nak segan2 dengan aku. Apa guna ada kawan kat sini kalau tak boleh nak mintak tolong. waah. terharu saya. iyela.... segan tau nak guna kereta orang. =) Thanks Yus, nanti i belanja u makan besh. Bila dah dapat gaji. Hihi. Selamat 3 hari jugak kereta itu dengan saya.



Hihi. yang ini sangat comel. Masa tunggu Zila solat di masjid Muadzam tu saya snap bunga comel ini. Duduk sorang2 mula la tak boleh duduk diam. Hii. From Lovely Lace. Nanti lepas ni nak cari satu! Ada tak sape2 nak tolong hadiahkan untuk saya benda alah yang comel dan wangi ni? Sangat suka bau dia....

Yang ini harus cari. Jatuh cinta pada baunya. Cuma titikkan pada potpuri bunga comel tadi.


Sampai Rompin pun dah petang, dah dekat 630. Agaknya dah lama tak pegang stereng, penat jugak. Sampai je Rompin, cari kedai cendol pulut yang bestttt. Untung, memang sangat sedap. Sape nak makan cendol pulut besh datang Rompin. Saya belanja. =)



3 comments:

Anonymous said...

ohh,jgn la letak bunga cmtu dlm kete,klau popuri sj ok la...sgt x cntik..

Anonymous said...

lupa nk ckp,meja sya sentiasa berselerakan dengan dokumen,sma cm meja awk...hehe..

Mawar Maizza said...

haishh, nape lak x cantik? camtulah canteek. wangi lg tauu. hihi. mwar di mana2.

Meja tu meja di bank islam ok. bukan meja sek saya. =)