Nuffnang

Sunday, January 2, 2011

saya suka kerja perkeranian =)



Minggu terakhir cuti sekolah memang minggu yang penuh dengan urusan itu ini. Orang baru macam-saya ni pun dapat rasa bahang, malah rasa minggu terakhir ni macam dah sekolah dah. Budak-budak sekolah pasti dah penuh aura untuk kembali ke sekolah. Dengan semua baru. Oh, tak kata adik-adik sekolah je, cekgu baru pun rasa aura kembali-ke-sekolah. Paling best pasal dapat shopping barang2 sekolah. waah, semangat betol. Beberapa hari sudah masuk kedai buku, terujanya perasaan membeli sampaikan lupa yang aku ni dah jadi cekgu rupanya. TAPI.... walau apapun, matlamatnya masih sama: back to school. Dari kecik sampaila dewasa-sampailah pencen. dan insyaAllah kalau panjang umur, tetaplah dengan gelaran 'cekgu' sampai bila-bila. =)


cerita di sekolah.

Sudah selesai mesyuarat pengurusan sekolah untuk 2 hari. Mesyuarat guru 2 hari tau. Sampai tahap tepu otak saya nak mendengar dan nak muatkan dalam kepala. Ahh, baru tahu tugas cekgu ni bukan sikit. Sehari sebelum mesyuarat memang saya dah excited dah membelek senarai2 tugas yang dapat untuk tahun 2011 ni. Ermmm, bila dah siap tilik, rasanya semua tugas yang saya dapat kategori 'sederhana' dan masih mampu untuk dipikul. Hi hi.


Paling penting dan syukur sangat dapat ajar subjek yang memang opsyen saya. Syukran dapat ajar Bahasa Melayu dan Geografi. Tingkatan 2 dan 3. Sekurang-kurang dua subjek ini masih dalam pengetahuan saya. Jangan diberi subjek2 yang luar-bidang sudah. Nanti kesian dekat anak-anak murid saya yang dahagakan ilmu tapi dapat cekgu yang kurang mahir dalam subjek tu. tak pasal2 diberi ajaran sesat yang entah apa-apa. =)


Ini masa pembahagian keputusan PMR. Malu nak ambik gambar sendiri. Eh, sejak 2 menjak ni macam-malu la. haha


Beberapa hari dapat merasai pengalaman duduk di kaunter sementara. =) Meja pendaftaran la tu ye. Pendaftaran pelajar tingkatan 1-6. Tahun ni jadi guru kelas tingkatan 2. Dapat lak kelas corot. Dapat juga menyambung-pengalaman berhadapan dengan pe'el budak-budak serupa ni masa praktikum dulu jugak. Nasib la kalian, akan diburu cekgu-baru ni. Pagi tadi, pendaftaran pelajar asrama. Merasa lagi uruskan itu-ini. Segalanya tentang-duit.


Esok hari pertama di sekolah. Kembali memakai tanda nama hitam putih itu. yeayyy. Doakan saya~


No comments: