Nuffnang

Saturday, December 25, 2010

selamat tinggal dia.... selamat datang kamu!





Setiap kali hujung tahun, kita mesti muhasabah setiap perkara yang dah kita lakukan sepanjang tahun itu kan. Macam juga kita disarankan muhasabah diri setiap kali sebelum tidur, renung apa yang dah kita buat sepanjang hari. Yang baik perlu diteruskan dan ditambah baik, yang buruk pastinya perlu ditinggalkan. Gitulah sekadar berbasa basinya. Dari bulat kecil... ke bulat yang besar. Macam tu lah juga perumpaannya. Dari hari ke minggu, ke bulan, dan ke tahun! Sekadar berkongsi.... 2010 pada saya cukup bermakna dan sangat membahagiakan. Syukur.


@ Latihan mengajar (Jan-Mei)

Semester 8! Sebelum masuk semester akhir ini, selalu je perasaan bercampur2. Risau lah. Itulah. Inilah. Kira macam sangat tabik pada senior2 yang dah lepas menjalani latihan mengajar ni. Sebab saya tahu bukan mudah nak mengajar. Apa lagi bukan setakat mengajar, tapi jugak mendidik. Tapi syukur, walau diuji macam-macam. Saya seronok di Batu Gajah. Sekolah yang pelajar majoriti Cina tapi cikgu2nya semua baik! Dapat kawan yang sejiwa. Itu cukup lengkap bagi saya. Yang penting saya diselia oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan tau. DAN tempoh 5 bulan ini jugaklah saya diet tanpa nasi dan turun 13kilo. Haha. Bestttt.


Latihan mengajar: mengajar segala2nya.




@ Ikatan dua hati (Jun)

Jari manis saya disarungkan cincin permata satu! Bukan dari sudut materialnya yang hendak diperbesarkan. Malah sesuatu yang lebih besar nilainya dari itu sebenarnya. Sebuah silaturrahim dan yang paling penting berharganya ikatan itu dalam menuju dan mencari cinta yang halal disisiNya. Pstttt: Mencari Cinta Halal. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja dan alam pertunangan yang sungguh mengajar saya banyak perkara! Jujurnya, saya rasa alam pertunangan ini adalah anugerah yang cukup indah. Sungguh lain. Mungkin lebih komitmen kot. =) takleh main-main dah cik mawar.



@ Temuduga (Julai)

Dah tamat belajar, bukan boleh terus ditawarkan penempatan ye. Pasal kami di UPSI bukan anak kandung KPM, tapi kami anak kandung suluh budiman. Waah, tiba-tiba rasa bangga pasal dah habis belajar ye. Dulu, masa belajar tak sabar benar nak habis. Haha. Berhutang dengan PTPTN, bukannya dapat elaun KPM. Julai menghadiri temuduga di Kota Bharu. Masa ni taktahu nak gambarkan perasaan. Berharap tapi risau juga kalau-kalau akhirnya kosong! Dah la saya ni jenis kecut perut sikit bab-bab temuduga ni. Paling ingat dan pasti ingat, bab disuruh berpantun 4 kerat tema percintaan secara spontan. Aduhai...... =) Dan, akhirnya, lepaslah ujian INSAK dan temuduga lisan. Alhamdulillah, lulus!! =) Terima kasih untuk panel itu, semoga beliau dimurahkan rezeki dan terima kasih Allah~


@ Konvo (Oktober)

Penat lelah 4 tahun belajar di Upsi akhirnya dapatlah naik pentas dan berjubah biru yang ada secalit songket itu dan berselempang warna pink! Itu baru dikira 4 tahun di u kan. Waah, kalau dikira dari umur tadika dah berapa tahun kak? Selama 19 tahun bergelar pelajar tuuu. Alhamdulillah, walaupun pernah bertukar-tukar bidang masa di sekolah dulu akhirnya grad juga dengan ISMP Bahasa Melayu!



@ Posting (November)

Akhirnya kemuncak penantian berakhir juga di tahun 2010! Syukur lagi pasal dapat jugak merasa gaji bulan Disember 2010. Hehe. Lebih kurang 6 bulan menunggu untuk penempatan ini. Eh, baru tersedar yang lama juga saya duduk di rumah membina badan. =) Walaupun sedikit jauh tapi syukurlah, sekolah ok dan seronok disini setakat ini. Harap berpanjangan hingga akhirnya.


* * * * * *


Itu semua yang manis-manis sepanjang perjalanan tahun 2010 ini. Bukan bemakna takde yang pahit tau. Banyakkkkk! Tapi biarlah. Semoga yang pahit itu kita telan dan tak perlu diluahkan di merata-rata tempat. Perbanyakkanlah komunikasi dengan Dia, pasti hati lebih tenang. Kita luahkan pada manusia pun belum tentu manusia mampu nak faham kan. Jadi, lebih baik kita luahkan pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Memahami.


Jazakallahu khayran.


Masam manis pahit tawar itu pasti! Tapi jika pandai mengadunkannya, pasti sedap juga. =) percayalah! Selamat Datang 2011~


No comments: